29.3.18

Misteri Ikan Puyu


Kenal tak ikan puyu? bagi sesiapa yang kenal, kemungkinan besar masa kecil-kecil dulu mesti dia tinggal kat kawasan kampung yang berdekatan dengan sawah padi. Tapi tak ramai yang tau sebenarnya ada beberapa kisah mistik berkaitan dengan ikan puyu ni. Pernah dengar tak?

Ikan Puyu Penghalau Penanggal 



Cuba tengok gambar ikan puyu tu. Tajam kan sirip dia? Disebabkan ikan puyu ni sisik dan siripnya yang tajam, ikan ini antara ikan yang khabarnya ditakuti oleh makhluk bernama penanggal disebabkan duri yang terdapat pada sirip ikan ini.


Fungsinya sama seperti daun mengkuang yang tajam yang diletakkan dibawah rumah terutamanya oleh tok bidan semasa menyambut anak baru lahir, bagi menghalau penanggal semasa proses bersalin kerana khabarnya, uri bayi baru lahir ni makanan feveret penanggal.

Ini jugak antara sebab knapa wujud petua uri ditanam dengan paku atau benda2 tajam disebelahnya, dan beberapa pantang larang yang lain semasa menanam uri seperti tak boleh toleh ke kiri dan kekanan, tak boleh bercakap, dan sebagainya.


Puyu vs Lampam



Orang yang pernah memancing joran buluh di tali air (ban) mesti tahu kalau ada ikan puyu, mesti ada ikan lampam. Ibarat dua spesis ikan ini sentiasa ada bersama.

Sifat ikan lampam yang lembut, licin dan tidak tajam pula menjadikan ikan ini antara ikan kegemaran penanggal terutamanya isi perut ikan lampam.

Puyu penghalau gangguan makhluk halus


Selain itu, ikan puyu jugak turut dipedomankan dibela di dalam rumah yang selalu terdapat gangguan makhluk halus kerana rupa ikan ini yang tajam dan sifatnya yang tidak tidur, khabarnya makhluk halus susah nk kacau penghuni rumah yang terdapat didalamnya makhluk yang tidak tidur.

Kononyalah, mengikut pesan orang tua-tua. Antara cerita-cerita yang biasa didengar oleh budak2 kampung macam aku ni. Ada sapa-sapa lagi budak kampung yg nak tambah?

disclaimer : ini cuma aku yang aku pernah diceritakan masa aku kecik-kecik dulu oleh orang melayu tua-tua. kesahihannya, Wallahu a'lam

26.3.18

28 Tahun Alhamdulillah

28 tahun Alhamdulillah


Sebenarnya aku nak buat entri ni dari kesinambungan entri 4 tahun lepas, 24 Tahun | zaman gelap. Kalau pada 26 Mac 2014 dulu antara detik gelap dalam hidup aku, tahun ini Alhamdulillah boleh dikatakan cerah la sikit.

2014 | zaman gelap


2014 zaman dimana aku jadi budak repeat paper kat university. Zaman bila kenduri atau hari raya tatkala jumpa sedara mara yang jauh, aku lebih rela disoal “bila nak kahwin” berbanding soalan “eh, tak habis belajar lagi?”. Soalan tak habis belajar tu nak jawab lagi perit sebenarnya.


2014 zaman aku berjimat sebab tak apply biasiswa sepanjang aku extend 2 semester. Zaman hari-hari makan megi. Barely boleh survive berbekalkan join BE study terutamanya untuk bayar yuran pengajian. Tu pun untuk yuran semester kedua aku extend, aku kerja KFC sementara tunggu konvo untuk cukupkan yuran. Kalau tak memang tak berkonvo la aku.

2014 zaman aku makan sorang-sorang dalam bilik ditemani laptop yang terpasang anime dan tv series. Kawan belajar sekali semua dah grad. Aku Cuma mampu tumpang gembira untuk diorang yang dah start dapat penempatan kerja.

2018 | zaman cerah



2018 Alhamdulillah, sudah bekerja. Malah, dapat pilihan 1st choice yang aku isi dalam senarai pilihan penempatan FRP sejak 2016. Kerja pun best tak stress sangat. Just nice..

2018 Alhamdulillah, mampu memiliki #GadisBertudungBiru sejak 2016. Asal free hujung minggu je boleh ride solo. Kadang-kadang ride dengan kawan.

Tapi 2018 suku pertama aku masih lagi makan sorang-sorang depan laptop tengok anime. Hehehe.. old habits die hard. Tapi bermula hari ini, dah tak makan sorang-sorang dah kot..

And in 2018, I have You... Alhamdulillah..

The point is…


Kadang-kadang in some point of our life, kita rasa hidup kita ni macam dah tak ada makna. Bertubi-tubi kena dugaan. But just remember, the night is darkest just before the dawn..


Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

- Kehidupan (In-Team Ft. Nazrey Raihan)

23.3.18

Aku terima nikahnya Nurul Nabila....


Semasa entri ini dijadualkan untuk di-auto-published, jika kesemuanya berjalan lancar, aku dijangkan sedang dalam proses bertukar status daripada bujang kepada suami orang. Tulis entri ni siap-siap sebab takut hari kejadian ni aku sibuk.

Aku Terima Nikahnya...


Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, segala puja dan puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam, dengan limpah karunia dan izin-Nya, serta syafaat kekasihNya, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dengan karomah Ibu dan hikmah Bapa, dan dengan doa-doa keluarga dan sahabat semua, jodoh antara kami berdua yang telah tertulis di Lauh Mahfuz telah selamat dizahirkan ke alam nyata pada hari ini.

Aku terima nikahnya Nurul Nabila....

Doakan kami.. J

Jodoh itu sampai bila waktunya


gambar ketika majlis pertunangan, Jun 2017

Dari tahun 2015 lagi aku dah pasang azam untuk tamatkan zaman bujang pada tahun 2018 melalui azam #1092HariMencariCinta. Alhamdulillah, termaqbul.

Sedikit pasal latar belakang kami, aku dan Nabila ni sebenarnya sama-sama student Farmasi kat USM. Tapi sepanjang aku belajar kat sana, aku tak kenal pun budak ni walaupun dia junior 1 tahun ja! hahaha..

Itulah kata orang, jodoh itu sampai bila tiba waktunya. Kalau waktunya belum sampai, walaupun belajar sekali, tetap tak kenal, tak pernah terserempak. Tapi walaupun bila dah kerja kat tempat lain-lain, kalau masa dah tiba, jadi jugak akhirnya.

Bertemu atas taqdir, disatukan dengan jodoh yang dimulakan oleh pihak keluarga. Yup, boleh dikatakan jodoh kami dimulakan dengan pilihan keluarga...

Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kita berdua
Dua jasad menjadi Satu
Hidup mati jadi bersama


Jadi bagi yang masih mencari tu, jangan stress. Rilex.. jodoh tu dia macam rezeki. Dia datang kadang-kadang dengan jalan yang tak disangka.  


Jodoh itu tak ada yang tahu.. Seberapa kuat  menggenggam, seberapa jauh berjalan, seberapa lama bertahan, walaupun seberapa banyak cinta dan seberapa kuat perasaan ingin memiliki, Jika bukan jodoh yang tertulis di Lauh Mahfudz maka tak kesampaian juga.

Hanya terus lakukan yang terbaik. Jangan kerana fikir jodoh telah di tentukan Allah, jadi tak ingin berusaha dan hanya duduk diam tanpa memperbaiki diri dan tak pernah melakukan yang terbaik. J

p/s : #0HariMenantiCinta

p/s 2 : kenduri belah laki lambat lagi. Nanti aku jemput untuk rakan blogger..

21.3.18

Superbike mesra pembonceng muslimah


Dah lama tak tulis entri pasal motosikal.

Sebagai seorang rider single tapi akan menamatkan zaman bujang beberapa hari sahaja lagi, antara perkara yang aku fikirkan adalah cara supaya aku dapat kongsi hobi aku ni dengan my future wife.

That’s the dream!

Tapi masalah mula timbul bila moto aku sekarang, Yamaha YZF R25 bernama GadisBertudungBiru termasuk dibawah katagori “sportbike” yang agak tak mesra penumpang, terutamanya penumpang muslimah.



Terutamanya bab posisi badan. Bagi sportbike, posisi penunggang pun dah kena tunduk menonggek, apatah lagi posisi penumpang di belakang yang seat lebih tinggi, yang sememangnya memerlukan posisi yang lebih seksi dan berahi. [Lihat entri Naik Superbike Kena tonggek]


Superbike mesra pembonceng muslimah


Jadi antara plan aku untuk masa hadapan adalah untuk tukar jenis superbike bila nak upgrade cc nanti. Antara beberapa model middle-weight level superbike yang sedang berlegar dalam fikiran aku sekarang antaranya dari jenis naked bike, sport touring bike, ataupun chopper.

Naked bike



Walaupun berbanding dengan sportbike, naked bike lebih selesa dari segi posisi tunggangan, tetapi sebenarnya tak banyak jauh sangat perbezaannya. Masih kena tunduk, Cuma tunduk yang santai. kelebihannya, masih boleh nakal layan koner walaupun tak sehebat sportbike.

Antara sedang dalam pilihan aku termasuklah :

1. Honda CBR650



2. Yamaha MT 09



Sport-Touring bike


Sport touring bike ni posisi memang sangat selesa. Badan tak perlu tunduk dan Nampak posisi tunggangan yang lebih sopan dan ‘steady’. Masih boleh seronok layan koner tapi tak boleh merapat sangat la disebabkan body selalunya lebih besar dan berat untuk counter stearing.

Antara yang aku dok pandang-pandang termasuklah :

1. Benelli TRK 502


2. Kawasaki Versys 650



3. Yamaha MT 09 Tracer



Chopper


chopper ni paling rileks dan paling steady dari segi posisi badan. kelemahan utama, konfom dah tak seronok nak layan koner sebab design dia yang agak inconvenience untuk ambik selekoh tajam dengan kelajuan high speed corner.

so far yang aku dok ushar dari jenis ni cuma 1 model je:

1. Kawasaki Vulcan S



korang pilih yang mana? cadangan?


p/s : #2HariMenantiCinta !

19.3.18

Ride | Pantai Merdeka


Kalau hari tu aku share pasal Ride ke Gunung Jerai, kali ni aku share pasal jalan ride ke Pantai Merdeka pulak. Segalanya bagi melengkapkan jelajah lagu Cinta Pantai Merdeka

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...

Okay, Back to the topic, tetiba aku rasa gian nak ride tapi malas jalan jauh, jadi aku open table untuk sapa-sapa nak join ride santai yang pendek ke Pantai Merdeka. Akhirnya, dapat jugak 12 biji moto follow.


Jalan Gua Kepah (P107)



RV (rendezvous) kat KFC bertam untuk tunggu geng dari Kulim. then aku bawak diorang lalu jalan ni ke Pantai Merdeka. jalan ni memang layan jugak la sebab banyak koner dan koner dia tajam 90 darjah.

Tapi tak boleh laju sebab jalan kampung. Pasir pun banyak. Tapi kalau stakat ride santai-santai lalu tengah sawah padi layan angin petang-petang memang sempoi ah.


Jalan K172 (Pekan Kota-Pantai Merdeka)



Lepas tu lalu jalan K172. Memang kalau nak ke pantai merdeka, orang selalu guna jalan ni kalau dari pekan kota. Sini pun koner rilex-rilex sebab jalan kampung tapi view dia memang nice la.

Pantai Merdeka


Dah sampai Pantai Merdeka, pekena ais kacang gunung jerai lu. lepas tu balun laksa Pantai Merdek plak sambil layan angin pantai.

gambar lepak bersama ZarulChai sambil pekena laksa Pantai Merdeka. Cai ni otai R25 dan pemilik fon Huawei P10 Plus yang ambik gambar semua ni. hahaha.. 




p/s :
 #4HariMenantiCinta

12.3.18

Makhluk Halus Berbulu di Air Terjun Puteri Mandi



Air terjun puteri mandi, Gunung Jerai, Kedah



Pernah dengar nama air terjun puteri mandi ni? baru-baru ni aku tersesat sampai ke air terjun ni. yes, tersesat! Sebab plan asal nak hiking ke puncak gunung Jerai, Kedah. Tapi rupanya trail yang kami lalu tu hanya untuk ke air terjun puteri mandi ni je. Hiking 3km hanya untuk ke air terjun!

tangga kenari, tangga hiking ke gunung jerai


Kami tahu dah yang tangga kenari tu trail yang betul untuk ke puncak gunung jerai, tapi saja try trail yang satu lagi sebab Nampak dalam peta macam trail ni bersambung, rupanya tak. So, tersilap trail. Kira sesat la jugak...

pintu masuk trail hiking ke air terjun puteri mandi dari air terjun titi hayun


Tapi bila dah sampai ke air terjun puteri mandi ni, serius tak menyesal walaupun tak sama dari plan asal. Sebab air terjun ni sangat cantik. Tinggi gila! Air sejuk pulak tu. Siap boleh mandi lagi. 


Jarak masa dan perjalanan ke air terjun puteri mandi



Lagipun, nak ke air terjun puteri mandi ni pun dah kena hiking hampir 3 jam. Dah macam hiking naik gunung dah! 3 km sehala menjadikan total 6km hiking pergi dan balik. Kalau ikut apps yang kawan aku guna, total 7.47 km pergi balik. 

seberang sungai

0900 - 1130 : hiking dari Titi Hayun Forest Eco Park ke Ait terjun Puteri Mandi
1130 - 1200 : mandi di Air Terjun Puteri Mandi
1200 - 1330 : hiking balik dari Air Terjun Puteri Mandi ke Titi Hayun Forest Eco Park


rehat kejap. mana mai entah asap putih kat belakang tuh

air terjun puteri mandi. tinggi. tak sure berapa ratus meter


Air kat sini memang sejuk gila. Kami mandi tengah hari pun sejuk macam rendam dalam air ais. Sampai kaki aku kejang. Sejuk sangat. Masa hiking turun balik tu memang sambil tahan sakit kaki kejang. Nasib baik ada member bawa ubat tahan sakit. 

mandi luu.. pantang nampak sungai!

Makhluk Halus Berbulu di Air Terjun Puteri Mandi


#MisiMuatBajuPengantin

Masa kami ke sana, balik je dari air terjun puteri mandi tu, kami terserempak dengan makhluk halus berwarna hitam  yang agak berbulu. sehinggakan bila sampai je kat bawah, salah seorang dari kami masuk hospital bahagian unit kecemasan akibat buatan makhluk halus berbulu tu!

Kisahnya begini. Masa hiking balik, tetiba kawan aku rasa ada benda berbulu sentuh tengkok dia. Dia kais buat tak tau ja. Lepas tu rasa macam ada benda dalam baju dia. Lepas buka baju, tengok dah 1 badan berbintik-bintik!

Sampai je kat bawah, dia dah macam lemah dah. Terus kami bawak pi hospital. Bila kat hospital, dia kena tahan wad kecemasan yellow zone. Dahsyat tak dahsyat buatan makhluk halus berbulu tu.

Makhluk halus berbulu tu memang orang kampung area situ tau, memang dia ada kat area hutan gunung jerai tu. Orang kampong kat situ panggil makhluk halus berbulu tu dengan nama “ulat bulu”. Yup, member aku kena allergic reaction sebab ulat bulu terjun dari atas pokok masuk dalam baju.

Seram tak?  



p/s : #11HariMenantiCinta

8.3.18

Mentaliti kita | Melayu dan menepati masa


25 Desember yang lepas, masa tengah shoping YES, sedang asyik aku lunch di secret recipe ditemani adik aku, tetiba ada orang tu tanya kat aku soalan ni:

“Pha Is, orang yang macam mana yang Pha Is tak suka?”

Masa tu, ligat juga otak aku fikir. Sikap yang macam mana yang aku tak suka? Setelah dua tiga saat, jawapan aku mudah. “entah. Tak ada yang specific. Semua sifat mazmumah, semua tu tak suka. Semua tak suka sama rata. Tak lebih tak kurang.”

Orang yang Tanya aku tu? Jawapan dia siap ada list kot! Hahaha.. menunjukkan tajam pemerhatian dan kuat ingatan dia dalam berinteraksi sesama manusia sehingga boleh buat list macam tu. Andaian aku la.. 

Tapi, baru-baru ni berlaku 1 scenario  yang membuatkan aku persoalkan balik jawapan aku tu. Aku hampir hilang sabar bila ada orang yang tak menepati masa sehingga menyusahkan orang lain (baca = aku).

Melayu dan menepati masa



Orang melayu ni memang tak boleh menepati masa ke? Janji pukul 4 petang tapi sampai 5.30 petang tak sampai-sampai lagi? Sampai bila kita nak maju macam jepun? Susah ke nak faham yang janji pukul 4 tu maksudnya pukul 4.00 dah sampai, bukan pukul 4.15 baru nak bersiap keluar rumah!

Aku sedar, benda ni susah nak berubah. Sama la kes dengan sikap suka buang sampah merata-rata. Kena ada kesedaran yang berterusan dari diri sendiri dan diterapkan kepada orang bawahan/anak-anak kita.

Bak pesan mak aku:

“Biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita”

Menepati masa dan rugi


Allah dah sebut dalam surah Al-Asr,

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia itu berada dalam kerugian."
(Al-'Asr 103:1-2)

Kerana tak pandai mentadbir masa, manusia rugi. Tapi kan, kat Malaysia ni lain sikit! Kat Malaysia, orang yang menepati masa adalah orang yang rugi! Pelik kan?

Sebab orang lain konfom datang lambat. Kalau dia sorang sahaja yang datang menepati masa, nanti dia pulak yang kena tunggu orang lain. Dia pulak yang rugi masa. Kan?

Situasi yang macam ni la kadang-kadang membuatkan aku faham kenapa kita saja tak nak menepati masa walaupun tanpa ada halangan. Tapi sampai bila kita nak jadi macam ni?

15 minutes rule



Aku pernah terbaca kat mana entah pasal 15 minutes rule ni. agak menarik dan praktikel. 15 minutes rule ni mudah, orang yang lambat 15 minit dari janji asal tidak lagi dikira sebagai lambat, tetapi telah dikira sebagai memungkiri janji!

Dan kalau kita dah tunggu orang sampai melebihi 15 minit, kita ada hak untuk anggap janji tu terbatal dan ada hak untuk belah!

Contoh lain, kita dah janji nak ride dengan kawan, kita kumpul dulu kat satu tempat RV (rendezvous) point untuk bertolak sekali. Katakan janji pukul 8 pagi. Kalau orang tu tak sampai sehingga 8.15 pagi, dia dikira mungkir janji. Dan kita boleh ride terus sorang-sorang tinggalkan dia. Itu contoh je.. hehehe..

Aku rasa kalau dah semua orang jenis susah nak ikut masa ni, kita patut “kuatkuasakan” undang-undang 15 minutes rule ni. simple dan tak merugikan sebelah pihak.

Sapa setuju?  

5.3.18

Mac Kini Tiba!


Fuh, akhirnya, bulan mac pun dah sampai. Penantian demi penantian aku tunggu. Hahaha.. kenapa aku tunggu? Stay tuned...

Okay, pernah terfikir tak ada apa pada bulan Mac? Meh aku nak cerita. Apa peristiwa besar pada bulan Mac yang mungin korang tak tahu.


Apa Ada Pada Mac?


1. pembubaran system khalifah islamiah di turkey


Mustafa Kemal Atatürk


Pada 3 Mac 1924, Mustafa Kemal Atatürk telah secara rasminya membubarkan institusi Khilafah dan memindahkan kuasa kepada Parlimen Republik Turki menjadikan Sultan Abdul Majid II sebagai khalifah terakhir umat Islam, bermula daripada perlantikan Abu Bakr al-Siddiq r.a. pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11H sebagai pengganti kepimpinan Rasulullah SAW yang wafat pada hari yang sama.

Untuk berita penuh boleh lihat entri ni : 3 Mac | Hari Ini Dalam Sejarah

2. Kelahiran Sultan Muhammad Al-Fateh



Muhammad II yang  juga dikenali dengan nama Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Edirne. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah. Baginda sangat terkenal kerana berjaya menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

3. Perang Badar



Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah bersamaan 17 Mac 624 M di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah.

4. jambatan kedua Pulau Pinang dibuka secara rasmi


Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge

Pada 1 Mac 2014, secara rasminya Jambatan Pulau Pinang Kedua atau dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah dibuka kepada orang ramai. Dan dalam sebulan yang pertama, tiada toll dikenakan bagi melalui jambatan ni.

Untuk cerita penuh, boleh lihat entri : Jambatan Kedua Pulau Pinang 

Aku dan bulan Mac


Tu dari antara peristiwa bulan Mac secara amnya. Tapi bagi diri aku personally, bulan Mac ni pun ada impak besar jugak dalam hidup aku. Antaranya, dalam bulan Mac ni lah berlakunya :

1. birthday aku.
2. birthday tunang aku...
3. bulan dimana kami bakal menamatkan zaman bujang.. insyaAllah..

Dah alang-alang besday kami pun selang 2 hari ja, maka kami decide kahwin dekat-dekat tarikh tu jugak. Senang nak hafal tarikh. Tak payah nak ingat banyak-banyak tarikh penting.

Tapi lepas ni tak ada alasan la untuk aku lupa anniversary.. hmm.. 



sumber dan rujukan:
1. wikipedia : Muhammad al-Fatih. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih
2. Wikipedia : Perang Badar. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Badar



p/s : #18HariMenantiCinta

2.3.18

Mambang Altimet Untuk Malique


Selepas Berjaya merangkul anugerah persembahan terbaik AJL baru-baru ini, kini Altimet terus muncul dengan lagu terbaru dari beliau yang bertajuk Mambang. Dah dengar lagu terbaru ni? Korang patut dengan sebab lirik lagu ni seolah-olah ditujukan kepada Malique!

Kalau belum dengar, nah lagu tu : Mambang

Lirik Mambang (2018) by Altimet


Lirik Lagu Altimet - Mambang (2018)[1]
Title : Mambang
Artist : Altimet
Song Writer : Altimet
Produced, Composed &
Arranged : Alif Ilham & Emir Hermono
Album : Lagu Malaysia Terbaru (2018)
Label : Warner Music Malaysia
Genre : Rap, Hip Hop
Language : Malay


Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang

Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu Aku budak baru kau lepas pandang
Sekarang Aku lagi hantu dari kau mambang

Duduk Gua cuma dengar suara
Dulu Maharajalela di kuala
Yang Aku sangka emas rupanya hanya suasa
Kerenah Lama member nak layan
Pun Dah tak kuasa

Mari Aku lagukan ini
Kiraah Untuk engkau
Bakar Line ludah api studio ini jadi relau
Dulu Tunggang ombak langgar game ini macam todak

Sekarang Macam dah rosak
Kejap Bagi aku congak
9 Tahun 3 album
Bro Aku boleh kira
Dapat Satu tiap tiga yang pertamanya gila

Lepas Tu boleh la
Lepas Tu tak boleh belah
Apa Kes ulang lagu macam karaoke brah
Member Tanya mana pergi engkau punya sengat
Dulu Otak cair sekarang akan naik pekat

Ilham Kering writers block
Pena Kau kena sekat
Dulu Lawas now your ****like
Tak Cukup serat mambang

Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang

Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu Aku budak baru kau lepas pandang
Sekarang Aku lagi hantu dari kau mambang

Aku Tanya apa khabar pada kamu
Kalau Tanya siapa lapar itu aku
Siapa Masak belajar sabar itu kita
Jantan Senyap bila dicabar itu gila

I Can’t stand in the shadows bruh
I’m Too tall
Cant’t Walk in you size uh
They Too small

Guess I’m too big for your boots
And You too much of a kid
For The truth

Kau Acah deep tulis lagu untuk budak acah deep
Still Asleep aku chill buat lagu dengan adeep
Acah Tak kisah kecik hati bila baca tweet
Bro You sweet bawa bertenang ok aku delete

Apa Aku buat semua kau sibuk semak
Baju Kau pakai tak boleh buat aku segak
Apa Aku makan tak pernah buat engkau b***k
Bawah Kain kita lain jangan sampai aku selak mambang

Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang

Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu aku budak baru kau lepas pandang
sekarang aku lagi hantu dari kau mambang

Mambang, Altimet untuk Malique


Ini just spekulasi dari aku. Eh, bukan aku sorang, ramai yang terfikir pasal Malique bila dengan lagu ni.[2] Terutamanya kalau korang peminat malique. (aku minat la jugak sikit-sikit). Walaupun khabarnya Altimet menafikan, tapi sekali dengar pun dah boleh Nampak kot!

Aku malas nak ulas lebih pasal spekulasi aku ni. Sendiri boleh dengar, sendiri boleh tafsirkan. Cuma aku rasa personality antara malique dan altimet ni agak kontra antara rappers kat Malaysia ni.

Altimet VS Malique



Bagi aku, Altimet tak macam Malique. Altimet terus straight to the point dari segi bait lirik rap dia. Simple, ringkas dan padat. Orang sekali dengar pun dah boleh faham apa yang nak disampaikan.

Mungkin sebab itu dalam lirik lagu Amboi yang menang persembahan terbaik dalam AJL baru-baru ni dikatakan agak pedas dan boleh buat ramai orang tersentap.


Tapi malique lain! Lirik dia berseni. Bait-bait rap dia berlapik. Ada kesantunan dan kelembutan dalam ketegasan. Ibarat cara orang melayu beradab dalam berpesan dan nasihat.

Dan lirik dia pun sekali dengar kadang-kadang susah nak faham. Kena buka kamus! Atau sekurang-kurangnya kena rujuk maksud tersirat yang diterangkan oleh beliau sendiri. Kalau nak bandingkan, aku rasa malique ni level dia dah nak sampai level Eminem!

Contoh macam lagu Mentera Beradu. Sampai sekarang aku tak faham keseluruhan ayat dalam lirik rap dia. Faham sikit-sikit ja.

Personally, aku memang lebih suka Malique berbanding Altimet. Korang minat yang mana satu?


sumber dan rujukan :
1. Pancaswara. (2018). Lirik Lagu Altimet - Mambang. Pancaswara.com. dipetik dari https://www.pancaswara.com/2018/02/lirik-lagu-altimet-mambang.html
2. Azam A. (2018 MAr 1). 5 Rujukan Tentang Malique Yang Ada Dalam Lagu ‘Mambang’. The Vocket. dipetik dari https://www.thevocket.com/5-rujukan-tentang-malique-yang-ada-dalam-lagu-mambang/


p/s : #20HariMenantiCinta