28 Tahun Alhamdulillah - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: 28 Tahun Alhamdulillah

26.3.18

28 Tahun Alhamdulillah

28 tahun Alhamdulillah


Sebenarnya aku nak buat entri ni dari kesinambungan entri 4 tahun lepas, 24 Tahun | zaman gelap. Kalau pada 26 Mac 2014 dulu antara detik gelap dalam hidup aku, tahun ini Alhamdulillah boleh dikatakan cerah la sikit.

2014 | zaman gelap


2014 zaman dimana aku jadi budak repeat paper kat university. Zaman bila kenduri atau hari raya tatkala jumpa sedara mara yang jauh, aku lebih rela disoal “bila nak kahwin” berbanding soalan “eh, tak habis belajar lagi?”. Soalan tak habis belajar tu nak jawab lagi perit sebenarnya.


2014 zaman aku berjimat sebab tak apply biasiswa sepanjang aku extend 2 semester. Zaman hari-hari makan megi. Barely boleh survive berbekalkan join BE study terutamanya untuk bayar yuran pengajian. Tu pun untuk yuran semester kedua aku extend, aku kerja KFC sementara tunggu konvo untuk cukupkan yuran. Kalau tak memang tak berkonvo la aku.

2014 zaman aku makan sorang-sorang dalam bilik ditemani laptop yang terpasang anime dan tv series. Kawan belajar sekali semua dah grad. Aku Cuma mampu tumpang gembira untuk diorang yang dah start dapat penempatan kerja.

2018 | zaman cerah



2018 Alhamdulillah, sudah bekerja. Malah, dapat pilihan 1st choice yang aku isi dalam senarai pilihan penempatan FRP sejak 2016. Kerja pun best tak stress sangat. Just nice..

2018 Alhamdulillah, mampu memiliki #GadisBertudungBiru sejak 2016. Asal free hujung minggu je boleh ride solo. Kadang-kadang ride dengan kawan.

Tapi 2018 suku pertama aku masih lagi makan sorang-sorang depan laptop tengok anime. Hehehe.. old habits die hard. Tapi bermula hari ini, dah tak makan sorang-sorang dah kot..

And in 2018, I have You... Alhamdulillah..

The point is…


Kadang-kadang in some point of our life, kita rasa hidup kita ni macam dah tak ada makna. Bertubi-tubi kena dugaan. But just remember, the night is darkest just before the dawn..


Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

- Kehidupan (In-Team Ft. Nazrey Raihan)

32 comments:

  1. Alhamdulillah, setiap kesusahan, In shaa Allah, akan ada kemudahan...mematangkan kita dlm mengharungi kehidupan..happy birthday...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. awat entry And in 2018, I have You... tu klik x dapat. xcted nau nak baca

    ReplyDelete
  3. 28 thn bernafas di bumi fana ini...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..bukan senang nak jadi senang..apa yg penting usaha..semoga terus berjaya dan cemerlang..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah selamat menjadi suami

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULILLAH HUJAN RIBUT PUN ADA RENTINYA

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. suratan hidup mmg macam tu.. cuma kita manusia kadang2 terlupa..

      Delete
  8. Alhamdulillah, tahniah dah berjaya ke fasa yg baru dlm hidup. Saya pulak masih merangkak slow-slow sebelum nak jumpa zaman cerah haha

    ReplyDelete
  9. alhamdulillahh.. semua tu pengalaman. tak semua dpt rasa masam manis yg sama. hehehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, congrats sebab dah kerja. Susah dulu baru senang 👌

    ReplyDelete
  11. oho, no worries, sama je kita pha is oii..
    timm je masih dok cari pluang kje baru nih,
    taun depan 28 xtau apa nak jadi pulak, kih3..
    btw, selamat pengantin baru, nak wish bebyk..hihi

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... Susah2 dahulu.. Senang2 kemudian..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, bukan senang nak senang kan 😄

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah pengalaman yang mendewasakan.

    ReplyDelete
  15. hobi tengok anime ni payah nak ditinggalkan. aku pun masih menonton anime, cuma tak sekerap macam dlu.

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com