7.6.23

ChatGPT: Membantu Mencipta Pengalaman Interaktif

     

ChatGPT, yang diperkenalkan oleh OpenAI, adalah sebuah model bahasa generatif yang dibangunkan menggunakan arsitektur GPT-3.5. Dengan keupayaannya untuk memahami dan menghasilkan teks, ChatGPT telah membuka pintu kepada interaksi manusia yang lebih intim dan terperinci dengan teknologi.

ChatGPT: Membantu Mencipta Pengalaman Interaktif

Dalam persekitaran yang semakin digital ini, ChatGPT telah menjadi satu alat yang berguna dalam pelbagai bidang. Ia digunakan secara meluas dalam perkhidmatan pelanggan, penyelesaian masalah teknikal, penulisan kreatif, dan banyak lagi. Kelebihan utama ChatGPT adalah kemampuannya untuk memahami konteks dan memberikan jawapan yang relevan dan bermakna kepada pertanyaan atau pernyataan yang diberikan.

Salah satu keunggulan ChatGPT adalah kemampuannya untuk belajar dari set data yang luas dan bervariasi. Dengan menggunakan pemodelan bahasa neural, ChatGPT dapat mengesan pola dan corak dalam teks yang ada dan menggunakan pengetahuannya untuk menghasilkan teks yang baru. Ia boleh menyesuaikan gaya bahasa dan pengetahuan mengikut keperluan pengguna.

Walaupun keupayaan ChatGPT sangat mengagumkan, terdapat juga cabaran dalam penggunaannya. Kadang-kala, ChatGPT mungkin menghasilkan jawapan yang tidak benar, atau tidak mencukupi dalam memberikan maklumat yang tepat. Justeru, penting bagi pengguna untuk mengawal dan menilai secara kritis output yang dihasilkan oleh ChatGPT.

OpenAI juga sedang bekerja untuk meningkatkan kesedaran akan etika penggunaan ChatGPT dan memastikan bahawa ia digunakan dengan tanggungjawab. Penekanan diberikan kepada menjaga integriti maklumat dan meminimakan kesan negatif yang mungkin timbul daripada penyalahgunaan teknologi ini.

Secara keseluruhannya, ChatGPT telah membawa kemajuan dalam pengalaman interaktif antara manusia dan mesin. Dengan keupayaannya untuk memahami dan menghasilkan teks, ia membantu memperkaya cara kita berkomunikasi dan mempercepatkan penyelesaian masalah. Bagi masa depan, diharapkan bahawa ChatGPT akan terus diperbaiki dan digunakan secara bertanggungjawab untuk manfaat kita semua. 


p/s : artikel ini sebenarnya ditulis sendiri oleh ChatGPT. hahahahah.. pemelas betul aku ni.. senang buat keje.. 

6.4.23

Mentality yang belum bersedia


Baru-baru ni, ada kawan aku si Zack teruja sebab dia cadang nak beli motosikal Yamaha YZF-R25 terpakai daripada kawan dia. Maka Zack pun tanya la aku berapa kos untuk penjagaan dan penyelenggaraan motosikal R25 ini memandangkan aku pernah pakai moto tu.

Aku pun terang secara kasar kos-kos maintenance bagi sebuah jentera R25. Lebih kurang seperti apa yang pernah aku tulis dalam artikel ini : Maintenance Yamaha YZF R25. Dari kos servis rutin sehinggalah kos servis yang jarang-jarang seperti valve clearance.

“Boleh tahan mahal!” kata Zack.

Aku pun terang kat dia, kes ni sebenarnya macam ni, kalau kita rasa kos penjagaan dan menyelenggaraan tu mahal, maksudnya kita yang belum bersedia mentally untuk ‘bela’ jentera tu. Nak seribu daya. Kalau betul minat, mesti akan usahakan sampai dapat. Kalau tak nak, seribu dalih.

 Mentality yang belum bersedia

Dalam kes yang lain, semalam isteri aku “diterjah” oleh seorang ibu kepada rakan sekelas anak aku yang bersekolah di tadika Genius Aulad. Pelbagai hal yang disembangkan berkenaan tadika tersebut. Antara yang banyak ditekankan, adalah bayaran yang perlu dijelaskan kepada tadika.

anak aku, Ali Iskandar

Mahal, rungut si ibu tersebut. Katanya lagi, banyak tadika-tadika lain yang telah di survey olehnya yang jauh lebih murah berbanding situ. Isteri aku hanya mampu menyatakan harga itu memang harga kebiasaan. Standard.

Seperti kes tadi, pada hemat aku, bukan harga yang mahal, tetapi mentality si ibu itu yang tidak bersedia untuk membayar dengan harga tersebut. Dia bukannya tiada pilihan lain. Sekiranya dirasakan mahal, boleh saja dia menghantar anaknya di tadika yang lain.

Tapi dia masih juga memilih untuk menghantar anaknya ke tadika ini. namun masih juga merungut. Harga itu tidak mahal, Cuma mentalitinya yang belum bersedia membayar.   

 

Korang ada alami kes yang hampir seperti ini?

21.3.23

Tentang Doa


Saja tiba-tiba rasa nak berkongsi satu isu yang mula bertandang dalam fikiran aku baru-baru ini. Mohon betulkan aku kalau pendapat aku ni salah. Aku terfikir perkara ni selepas melalui beberapa pembacaan mengenai cara Allah memakbulkan doa hamba-hambaNya.

Tentang Doa

Seperti firmanNya,

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Ghaafir 40:60)

Dan seperti mana sabda nabi,

“Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Rabb kita Tabaraka wata'ala setiap malam turun ke langit dunia ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman; Siapa yang berdoa kepada-Ku, niscaya Aku akan mengabulkan, siapa yang meminta sesuatu kepada-Ku, niscaya Aku akan memberinya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampuninya." 

(HR: Bukhari)

Bagaimana cara yang dimaksudkan dengan Allah memakbulkan doa hamba-hambanya? Kata nabi,

“Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandungi dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahim, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara;

1. Allah akan mengabulkan doanya dengan segera,

2. Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak,

3. Allah akan memalingkan darinya keburukan seumpamanya.

Mereka (para sahabat) berkata: “Kalau begitu, kami akan memperbanyak berdoa.” Nabi SAW bersabda: “Allah akan banyak mengabulkan doa-doa kamu.”

(HR: Ahmad).

Intipati doa adalah kurang penting.

Jadi, dari sini, aku mula terfikir, Nampak macam seolah-olah intipati doa itu tidak penting. Yang lebih penting adalah memperbanyakkan doa. Apa yang aku faham dari sini, asalkan doa tersebut adalah doa yang baik-baik, tak kisah pun kalau kita berdoa tentang apa. Asalkan kita berdoa.

Sebab belum tentu Allah akan ikut apa yang kita doakan, tetapi Allah tetap kabulkan doa tersebut dengan cara dan hikmah Allah yang tersendiri.

Sebagai contoh, katakanlah ada si fulan ini berdoa supaya dapat kahwin dua. Adakah doanya menjadi kenyataan? Belum tentu! Tapi adakah doa dimakbulkan? Ya! Tapi dengan salah satu (atau boleh jadi keseluruhan) dari 3 cara yang disebutkan nabi.

Mungkin apa yang si fulan tu doakan, Allah lebih mengetahui yang dia sebenarnya tak mampu. Tapi Allah tetap makbulkan, Cuma dengan cara yang lain (mungkin dengan cara ke dua dan ketiga).

Berdoalah!

Jadi, tak kisah lah apa yang kita hajatkan. Berdoa sahaja. Sesungguhnya tidak rugi sedikitpun kalau kita memohon dan berdoa kepada Allah. Di kesempatan bulan Ramadhan kali ini, jangan lupa selitkan doa2 kita pada mana-mana kesempatan yang ada, apatah lagi dalam waktu-waktu yang mustajab berdoa.

Salam Ramadhan!

 

 

 

Sumber dan rujukan :

1.       Hanafy bin Zakariya. (2021 sept 15). 3 Cara Allah Mengabulkan Doa Hamba-Nya. Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis. Dipetik dari https://muftiperlis.gov.my/index.php/minda-mufti-2/568-3-cara-allah-mengabulkan-doa-hamba-nya

2.       Surah.my terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu. Dipetik dari https://www.surah.my/40

3.       Mstar. (2022 mei 13). Ad-din : Ketahui 4 cara Allah menerima doa hamba-Nya dan waktu berdoa yang mustajab pada hari Jumaat. Dipetik dari https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2022/05/13/ketahui-4-cara-allah-menerima-doa-hamba-nya-dan-waktu-berdoa-yang-mustajab-pada-hari-jumaat

4.       Nazurah Hassan. (2021 Feb 24). NUR : Inilah Antara 6 Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa & Dikabulkan Hajat. SirapLimau. Dipetik dari https://siraplimau.com/waktu-mustajab-doa/

 

26.10.22

Panglima Awang Hitam : Sunnah Menamakan Barang Peribadi.

Kalau dulu aku menamakan motosikal Yamaha YZF-R25 aku dengan nama #GadisBertudungBiru, Kenapa aku namakan Honda CBR650R aku sebagai Panglima Awang Hitam? Beza kan? Dari keayuan kepada kejantanan. Hahaha..  

Panglima Awang Hitam

Nama ini sebenarnya terinspirasi dari sebuah novel sejarah karya Harun Aminurrashid yang diterbitkan pada tahun 1958 berjudul “Panglima Awang”. Novel ini berdasarkan sejarah Henry the black (henry si hitam) atau Enrique of Malacca (Enrique dari Melaka), seorang melayu yang bersama dengan kapten Ferdinand Magellan dalam misi pelayarannya mengelilingi dunia.

Aku menamakan motor aku dengan nama Panglima Awang Hitam ni, dengan harapan kalau tak dapat kelilingi dunia macam Henry the Black tu, dapat kelilingi Malaysia, cukup la. 

Sunnah Menamakan Barang.

Tahukah korang bahawa menamakan barang-barang kegunaan harian peribadi adalah merupakan satu sunnah nabi?

Berdasarkan hadis dari Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan,

“Apabila Rasulullah mengenakan pakaian baharu, Baginda akan memberikan nama dengan nama yang dikhususkan untuknya. Tidak kiralah serban, gamis ataupun selendang.”

(H.R. Tirmizi)

Banyak nama-nama barangan peribadi nabi yang agak popular. Contohnya Muezza, nama kucing nabi, Dzul Fiqar, nama pedang nabi, qaswa, nama unta nabi, dan sakb, nama kuda nabi.

Antara barangan peribadi nabi yang lain yang diberikan nama termasuklah : 

Nama gelasnya adalah ar-Rayyan

Nama tikarnya adalah al-Kazz

Nama cerminnya adalah al-Mudillah

Nama tongkatnya adalah al-Mamsyuq

Nama tongkatnya yang ujungnya besi adalah an-Namir

Nama kudanya yang berwarna hitam adalah as-Sakb

Nama kudanya yang berambut perang adalah al-Murtajiz

Nama kudanya yang lain adalah al-Lahif, az-Zharb, dan al-Lizaz

Nama unta (betina)-nya adalah al-Qashwa atau disebut pula al-Adhba’

Nama baghal-nya adalah Duldul

Nama keledainya adalah Ya‘fur

Nama kambing yang sering diminum susunya adalah Ghaytsah

Nama tabung panahnya adalah al-Kafur atau Dzul Jum‘

Nama busur panahnya adalah Dzus Sadad

Nama perisainya adalah al-Dzafn

Nama baju perangnya yang dilapisi tembaga adalah Dzat al-Fudhul


Korang ada barangan peribadi yang diberikan nama?



Sumber dan rujukan

Wikipedia : Panglima Awang. Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Panglima_Awang

Wikipedia : Henry si Hitam. Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Henry_si_Hitam

Ikhlas. (2021) Sunnah Menamakan Barang. Facebook Photo. Dipetik dari https://www.facebook.com/ikhlasdotcom/photos/sunnah-menamakan-barangabu-said-al-khudri-ra-meriwayatkan-apabila-rasulullah-men/279323760307612/

C Jangkang. (2011). Rasulullah Suka Menamakan barang-Barang Peribadinya. Iju Budak Baik. Dipetik dari http://buatbatu.blogspot.com/2011/08/rasulullah-suka-menamakan-barang-barang.html

Wikipedia: Muizzah. Dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Muizzah

Syaikh al-Allamah al-Muhaddits Yusuf Ismail an-Nabhani, Wasa’il al-Wushulila Syama’il al-Rasul (Dar el-Minhaj, Beirut, 2009)

Orang Pekan. (2019). Pedang-Pedang Yang Digunakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. The Patriots. Dipetik dari https://www.thepatriots.asia/pedang-pedang-yang-digunakan-baginda-nabi-muhammad-s-a-w/




24.8.22

Bertolak Ansurnya Orang Melayu Malaysia


Entri ke-4 blog aku bagi tahun 2022 ni. Sendu sangat ni. Sampai aku pun dah lupa yang aku ada blog. Sampai nak mengaku aku blogger pun malu. Hahaha.

Okay, berbalik kepada tajuk. Tidak, aku tak maksudkan dengan bertolak ansurnya orang melayu dengan kerakyatan orang cina dan india dibawah persekutuan Tanah Melayu saat tiba waktu merdeka. Mentang-mentang la sekarang kita dalam bulan kemerdekaan. kan?

Bertolak Ansurnya Orang Melayu Malaysia

Yang aku maksudkan adalah bertolak ansurnya orang melayu Malaysia bila tiba saat bertutur dalam perbualan seharian. Faham? Aku bagi contoh.

Orang melayu Indonesia, saat tiba ke Negara Malaysia, masih kekal dengan dialek bahasa indonesianya kalau bercakap dalam bahasa melayu. Langsung tidak berubah. 

Aku dapat idea tentang tolak ansur ini semasa aku bersarapan di kedai mamak yang selalu aku pergi, pagi tadi. Aku perasan hari ini, kedai mamak ni dah mula mengambil orang Indonesia sebagai pekerja. 

“permisi pak, ini teh tariknya.”

Cuba kalau orang melayu Malaysia ke tanah Indonesia. Langsung dingomong bahasa melayu dialek Indonesia jika bertutur dengan orang tempatan disana!

Pelik bukan? Jangankan ke Indonesia, saat bercakap dengan orang Indonesia dalam Malaysia sendiri, orang melayu Malaysia sudah bertukar ke dialek Indonesia pada pertuturannya. Tengok sahaja baru-baru ini di stesyen radio Hot fm bila Fad dan Fizi Ali menjemput penyanyi Indonesia, Keisya Levronka ke konti.


Malah, bila orang melayu Malaysia bercakap dengan orang cina dan india dalam bahasa melayu, terkadang akan bertukar dialek mengikut gaya percakapan orang cina dan india.

“taukey, wa mau angkat ini barang.”

“amoi, manyak cantik ini hari.” 

Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau mengaum, Masuk kawan gajah berdering. 

Persoalannya, adakah ini suatu yang negative atau positif? 


  


22.6.22

Cukup ke motosikal 600cc?


Lama betul dah tinggal blog bersawang. Dan lama jugak aku tak tulis pasal moto. Kali ni terasa nak tulis pasal motosikal balik. Tulis tentang persoalan, Cukup ke motosikal 600cc?

Bagi yang belum tahu, Alhamdulillah, bulan februari tahun ni aku dah Berjaya tambah koleksi motosikal aku dengan pembelian moto Honda CBR650R. Azam tahun 2022 dah tercapai, Alhamdulillah. Sedikit info pasal motosikal Honda CBR650R ini, boleh tengok specs kat bawah ini.

Engine Type: 649cc liquid cooled inline 4 cylinder

Compression ratio : 11.6:1

Valve Train : DOHC, four valves per cylinder

Final Drive : #525 O-ring chain; 15T/42T

Cukup ke motosikal 600cc?

Cukup ke motosikal dengan sesaran enjin katagori middle-weight sport-touring ni? Jawapan ringkas bagi aku, cukup dah! Jawapan panjang, bergantung kepada tujuan korang beli motosikal.

Bunyi

Aku beli Honda CBR650R ni pertamanya sebab nak enjin inline 4 silinder. Nak bunyi yang smooth berbanding bunyi enjin 2 silinder R25 yang aku pernah pakai. So far aku amat berpuas hati dengan bunyi enjin Honda CBR650R ni.

Tapi, bergantung kepada cita rasa individu jugak. Sesetengah orang mungkin nak bunyi yang kasar macam inline 4 silinder crossplane macam motosikal Yamaha R1. 

Atau mungkin juga yang nak bunyi enjin menderum macam enjin v-twin, contoh macam aprilia shiver 750. Atau ada yang tak kisah, bunyi enjin inline 2 silinder pun dah cukup. Terpulang.

Kuasa 

Dengan kuasa bulan, akan menghukum mu! Eh, bukan. Dengan kekuatan Honda CBR650R sebanyak 93.8 hp bagi aku dah cukup sudah. Ada orang, selagi tak berkuasa atas 100hp, tak puas bagi dia. Bagi aku, 93.8 hp ni cukup la buat pakai daily ride dan weekend ride layan koner jalanan.

Lagipun, aku dah tukar ekzos scorpion. Kalau ikut atas kertas, sepatutnya kuasa aku akan naik 1hp. Tapi tak cuba dyno pun la. Sebab tak kisah sangat pun. Bunyi tu yang penting. Hahaha..

Top speed

Ha, part ni ramai yang nak tahu. So far aku pulas dapat la dalam 240km/j. cukup sudah bagi aku, tu pun takut-takut masa pulas habis throttle tu. Dulu masa naik Yamaha YZF-R25, rilex je pergi kerja pun dah full-throttle kejar top speed. Sekarang, dah start takut-takut nak sampai top. Cukup-cukup la.

Cornering

Walaupun Honda CBR650R ni Cuma katagori sport touring bike, dan bukannya pure sportbike, tapi takat nak layan koner jalanan tu, boleh dah. Cukup la nak buat asah tayar. Tak banyak, berbulu sikit pun jadi la walaupun tayar standard kilang!

Okay, takat sini dulu aku celoteh. Nanti aku review lagi.



Sumber dan rujukan : 

Zigwheels. Honda CBR650R. dipetik dari https://www.zigwheels.my/new-motorcycles/honda/cbr650r

Honda. CBR650R specification. Dipetik dari https://powersports.honda.com/street/sport/cbr650r/specifications

Mcs. Aprilia SL 750 Shiver. Dipetik dari https://www.motorcyclespecs.co.za/model/aprilia/aprilia_shiver_750%2007.htm

Wikipedia. Aprilia SL 750 Shiver. Dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/Aprilia_SL_750_Shiver



7.2.22

Blog dan iklan


Memang dah lama sebenarnya aku seolah-olah berhenti seketika dari dunia blog. Sampai aku personal diri aku sendiri, layak ke aku bergelar seorang blogger? Hahaha.

Sejak aku baru buka balik blog aku, dan mula ber-blogwalking, aku mula perasan yang blog-blog kini tidak lagi seperti dahulu. Antara perubahan yang aku Nampak agak menonjol, blog kini lebih meriah dengan ruangan iklan. Terutamanya iklan dari google adsense. 

Blog dan iklan.

Bila aku perhati balik blog aku ni, Nampak “kosong” sangat dari sebarang iklan. Dulu ada la sedikit iklan nuffnang. Old school betul aku ni. Sekarang mana ada orang pakai nuffnang dah. Noob betol. Hahaha.. 

Aku rasa, semua ni berbalik kepada tujuan asal kita berblog. Kini aku berblog sekadar suka-suka, sekadar nak menulis. Tak mengharapkan pulangan dan habuan pendapatan dari blog.

Sebab tu sekarang ni aku pun dah buang semua iklan yang ada. Nampak “suci” sikit. Pageview, follower pun aku dah tak kejar dah. Kalau ada pembaca, adalah. Kalau ada orang yang nak komen, Alhamdulillah.

Apa yang korang harapkan dari blog?