Aqiqah Adi Rayyan

kad jemputan kenduri aqiqah Adi Rayyan

Dalam entri sebelu ini yang bertajuk Amalan Menyambut Kelahiran Bayi, aku dah sentuh tentang amalan Azan Di Telinga Bayi, amalan Bertahnik, dan amalan Bercukur untuk kelahiran anak kedua aku, Adi Rayyan. Kali ni aku nak sentuh pasal amalan Aqiqah pulak.

Aku dan isteri (Nabila) serta anak-anak kami, Ali dan Adi

Alhamdulillah, 27 Julai 2024 hari tu, selesai sudah kenduri Aqiqah anak aku Adi Rayyan. Kenduri sederhana sahaja, tetapi dengan penuh kesyukuran.

Aqiqah Adi Rayyan

Adi Rayyan

daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

Riwayat al-Bukhari (2839)

Kami buat pada hari ke-74, bukan pada hari ke-7 sebab hari ke-7, bini aku belum cukup sihat untuk menerima tetamu. Jadi, kami lewatkan sedikit.  Afdhalnya pada hari ke-7 berdasarkan hadis :

daripada Samurah RA:

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.

Riwayat Abu Daud (1522)

Tapi lewatkan sedikit boleh saja, sebab pendapat yang rajih dalam mazhab al-Syafie adalah hukum sunatnya aqiqah kekal sehingga anak itu baligh.

bacaan yasin

Kami mulai majlis dengan Bacaan Yasin, Doa selamat, dan diikuti dengan majlis Alunan Barzanji dan Marhaban. Kami jemput team marhaban bapa mentua aku sendiri.

FIL dan team marhaban

kambing bergolek-golek

Kami buat kenduri sederhana sahaja. Kenduri 2 ekor kambing. Seekor buat masak kurma, dan seekor lagi buat kambing golek, mengikut permintaan bini aku. Afdhal 2 ekod kambing berdasarkan hadis :

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

Maksudnya: “Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.

Riwayat Abu Daud (2842)

Alhamdulillah, selesai sudah amalan menyambut kelahiran anak kedua aku. Anak ketiga nanti tak tahulah macam mana, kalau ada rezeki lagi, ada lah. Hehehe…

"Ya Allah, jagalah dia (bayi) dari keburukan jin, manusia dan ummu sibyan, serta dari segala keburukan dan maksiat. Jagalah dia dengan penjagaan dan tanggunganMu yang terpuji, dengan kebaikan dan perlindunganMu yang berpanjangan. Amiin"

 

Sumber dah rujukan :

1. Umar Mukhtar Mohd Noor. (2017 Jun 19). Al-Kafi #633 : Hukum Aqiqah Bagi Diri Sendiri. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Dipetik dari : https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/787-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri

 

 

Post a Comment

26 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah atas kelahiran anakanda. Semoga menjadi penyejuk mata keluarga 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... terima kasih atas ucapan.. amin

      Delete
  2. Alhamdulillah...Adi Rayyan comelnya awak...semoga menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab nanti ye

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah terbaikkk... Semoga adi rayyan membesar menjadi anak yg soleh yg sentiasa menjadi penyejuk di mata dan hati ayah ibu..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat berkenduri aqiqah Rayyan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Tahniah dapat baby baru. Semoga menjadi anak yang soleh. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Amiin.. thanks atas ucapan dan doa

      Delete
  6. Alhamdulillah.....macam rupa Ali masa kecil.....moga membesar menjadi anak-anak yang soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ramai yang kata macam tu.. :)

      Delete
  7. Sedap tu kambing golek dan kurma kambing. Semoga jadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  8. Tahniah kerana dpt anak yg kedua. Semoga menjadi anak yg soleh. Aamiin..

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah selesai sudah majlis akikah...
    ckp psl akikah dan kambing ni, sy teringat ada seorg ustaz ni pernah ckp. dia dah arwah daa... katanya kenapa kambing? knape bkn ayam bkn lembu etc? dia smbg... dahing kambing ni bersifat panas. so kalau org lelaki yg pergi kenduri akikah n makan kambing, dia akn rs panas dan punya keinginan utk bersama isteri. jika ditakdirkan krn itu mrk dpt zuriat maja akn bertambah lg umat nabi. sbb tu daging akikah utk org islam shj. tu katanya. sy x amik serius pun. sekadar beritahu apa yg penah sy dgr je. wallahu 'alam😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teori yang menarik. Boleh dikaji dan dioerkembangkan.. :D

      Delete
  10. Alhamdulillah, selamat sudah..semoga Adi Rayyan membesar dgn baik & jadi penyejuk mata ayah bonda..amiinn2..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...kerana sudah buat aqiqah semoga Adi Rayyan jadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua nanti

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah,, tahniah Pha Is dan isteri. Moga anak-anak membesar dengan baik dan sihat. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)