Amalan Menyambut Kelahiran Bayi

Adi Rayyan

Tanggal 15 Mei 2024 baru-baru ni, Alhamdulillah, dengan segala puji bagi Allah, Tuhan sarwa sekelian alam, isteri aku selamat melahirkan anak kedua kami di Sunway Medical Center Penang. Welcome to the land of the living, anakku Adi Rayyan.

bersama Dr Salina Sany

Pengalaman bersalin di Sunway Medical Centre Penang sangat menyenangkan, dibawah seliaan consultant Dr. Salina Sany. Bayaran yang dikenakan pun berpatutan, dengan harga lebih kurang RM11500 untuk kelahiran Pembedahan Caesarean dan bilik berseorangan selama 3 malam 3 hari. Kalau nak tanya tentang maklumat lebih lanjut, boleh ajukan di ruangan komen, nanti aku cuba jawab.

Amalan Menyambut Kelahiran Bayi

Dan Alhamdulillah juga, hampir semua urusan selepas kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkanNya. Dimulakan dengan azan dan iqamat di telinga bayi sejurus selepas kelahiran. Maklumat tambahan berkenaan ibadah azan di telinga bayi, boleh baca di sini : Hadis | Azan Di Telinga Bayi.

Tahnik

Kemudian diikuti dengan bersihkan dan tanam uri. Upacara bertahnik atau disebut orang melayu sebagai belah mulut pun sudah, dilakukan oleh bapa mertua aku sendiri dengan menggunakan kurma ajwa Aliyah dan sedikit air Zamzam. Detail berkenaan ibadah tahnik, boleh rujuk sini : Tahnik | Belah Mulut Bayi.

Cukur kepala bayi

Seterusnya, upacara bercukur pun sudah. Kami upah seorang bidan kampung untuk buat. Rambut telah ditimbang dengan bantuan pegawai di Ar-Rahnu YaPEIM dan nilai emas bagi timbangan rambut telah selamat disedekahkan. Boleh rujuk info tambahan disini : CUKUR KEPALA BAYI | dalil, cara, dan tips

Yang terakhir, yang tertinggal cuma majlis kenduri aqiqah yang kami rancang untuk dijalankan pada bulan Julai nanti. InsyaAllah. Doakan majlis nanti berjalan lancar. Amiin.

Post a Comment

24 Comments

  1. Tahniah...jadilah anak penyejuk mata dan hati ibu ayah ye Adi Rayyan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tahniah selamat menimang cahaya mata

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas kelahiran anak ke-2. Blog pun dah lain dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Terima kasih.. Blog baru je berubah wajah. Cubaan buat sendiri..

      Delete
  4. alhamdulillah... tahniah! dan selamat berjaga malam ya ;-)

    ReplyDelete
  5. Syukur, hadiah Allah dari syurga!

    ReplyDelete
  6. yeeaaa.. dak Abang dah ada kawan..
    Alhamdulillah, tahniah buat Pha is dan isteri. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Amiin..

      Si abang masih eksaited nak cium adik baru.. :)

      Delete
  7. Alhamdulillah... Tahniah dapat baby baru anugerah dari Allah.
    Terima kasih untuk perkongsiannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Terima kasih.. Semoga bermanfaat..

      Delete
  8. tahniah diatas kelahiran anak kedua. Semoga dia menjadi anak yg soleh. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Amiin.. Terima kasih atas doanya..

      Delete
  9. Alhamdulillah. Tahniah di atas kelahiran cahaya mata kedua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... terima kasih atas ucapan...

      Delete
  10. Tahniah Pha Is...dah berempat. Semakin meriahlah rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. ALhamdulillah... meriah la sikit, kalau tak, kesian kat si abang, sorang2 je.. skrg dah ada kawan..

      Delete
  11. so far baby Adi macam mana? senang x nak jaga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... so far so good.. hehehe.. mungkin sebab dah pernah ada pengalaman jaga abang dia si Ali.. jadi nak jaga Adi ni macam lebih memudahkan..

      Delete
  12. Alhamdulillah, tahniah... syukur yg amat... semoga membesar dengan sihat walafiat.. ameennnn

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)