14.5.24

Dunia blog kini

Hampir bertahun blog aku ni tak aktif, tak berupdate, dan tiada entri terbaru. Sekarang aku cuba aktifkan kembali. Sayang sebenarnya dengan “legasi” blog aku ni yang terzahir ke alam maya ni sejak tahun 2010. Legasi selama hampir 14 tahun. Hmm.. Legasi la sangat. Hahaha.

Masa tak aktif berblog dulu, aku fikir dunia blog ni sudah hampir nazak. Group whatsapp “komuniti blogger utara” yang aku ahlinya, dah krik krik. Group FB blogger pun semakin sunyi.

Dunia blog kini

Aku lihat trend blogger sudah mula beralih ke “social media influencer.” Semua dah mula beralih ke media sosial, terutamanya untuk “cari duit”. Susah nak “cari makan” kalau sekadar berblog semata. Kan?

Tapi sejak aku kembali aktifkan diri menulis, ternyata sangkaan aku meleset. Masih ramai sebenarnya blogger yang kekal aktif dari dulu. Walaupun aku tak nafikan, ada juga yang kecundang.

Pendek kata, blogger yang aktif tu masih ada! Ruangan komen entri aku yang lepas masih rancak dikomen blogger yang membalas kunjungan. Tradisi blogwalking dan membalas kunjungan serta komentar tu masih diamalkan blogger.

Tapi biasalah, perubahan itu tetap wujud. Dunia blog 10 tahun lepas tak sama dengan dunia blog sekarang. Masing-masing ada perubahan dan penambah baikan yang dilakukan di blog.

Itu saja dulu celoteh aku pasal dunia blog sekarang. Apa pula pandangan korang?

7 comments:

  1. Guna gelanggang blog untuk asah skill berkarya.... kalau tak tumpul!

    ReplyDelete
  2. mohler kite kembali semarakkan dunia blog..

    ReplyDelete
  3. blogger dah ramai hilang dari radar ...kak blogging simpan karya ja

    ReplyDelete
  4. blog x sama dgn socmed lain...
    sng ckp ia 'tak sepantas' FB, X etc
    sbb tu ramai yg 'berpaling tadah'
    hahaha...
    sy akan kekal menulis kat blog ni selagi mampu...

    ReplyDelete
  5. Masih lagi mencari masa untuk membalas kunjungan, tidak berjanji tapi ku cuba usahakan.

    ReplyDelete
  6. Saya masih nak berblog sebab saya rasakan jika kita jadi influencer dan ada juga platform blog, lebih mudah nak halakan rakan di sosial media ke blog. Lagipun saya suka menaip panjang, cuma di blog saja yang saya boleh menaip tanpa kawan rapat atau kenalan baca haha

    ReplyDelete
  7. abe kie tetap istiqamah sbb sygkan tapak blog yg sudah dibina sekian lama ini. Jgn biarkan ia berkubur..

    ReplyDelete