19.4.24

Oh Baju Melayu

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Maaf Zahir dan batin. Bak kata senario,  Selagi syawal masih ada. Kan?

Saja nak Kongsi pakaian raya aku pada hari pertama dan kedua raya. Hari pertama, aku pakai jubah. Semua 1 set termasuk kain rida’ dan kopiah aku beli kat Madinah masa kerjakan umrah tahun lepas.

Pada raya kedua pula, aku pakai set baju dan seluar kurta. Aku beli di tiktok shop. Hehehe.. kalau ada siapa yang ikuti tiktoker Azrul Affandi Sobry “tak gitu”, mesti korang akan terbiasa Nampak baju kurta yang dijual beliau.

Persoalannya, kenapa aku tak berbaju melayu bersamping dan bersongkok pada hari raya?

Boikot baju melayu slim fit

Sebab baju melayu yang terjual sekarang ni, kebanyakannya (tak semua) adalah scam! Sebab apa scam? Sebab nama saja baju melayu tapi tak menepati syarat baju melayu! Hahaha..

Antara syarat yang patut ada pada sebuah busana yang menjadikannya sebagai “baju melayu” adalah dengan berpesak dan berkekek. Tapi cuba tengok kebanyakan baju melayu yang dijual sekarang, kebanyakannya slim fit! Tak berpesak dan berkekek.

Ini namanya mencarik adat! Hahaha..

Azam aku, untuk baju raya tahun depan, aku akan cuba cari baju melayu yang berpesak dan berkekek, lengkap dengan samping. Kalau boleh, bertanjak sekali. Ha, baru melayu! Tak gitu? (ter-copy tagline azrul affandi pulak).

InsyaAllah..  

Sumber dan rujukan:

1. Tiktok : Azrul Affandi Sobry (https://www.tiktok.com/@penceritatv)

Glosari:

1. pesak : 

(pésak) kain yg dijahit pd kelangkang atau depan seluar (tempat kancing) atau di ba­wah ketiak baju; berpesak ada pesaknya, mempunyai pesak.

[Kamus Dewan Edisi Keempat]

2. kekek IV: 

(kékék) bahagian ketiak baju kurung.

[Kamus Dewan Edisi Keempat]

29 comments:

  1. Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin... zaman skrg ni orang lelaki pun nak show off badan sado, sebab tu fesyen baju Melayu makin seksa. Saya lebih prefer baju Melayu tradisional utk suami pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya, kesian la kat kami lelaki yg tak sado n perut boroi.. Ketat sendat.. Hahaha..

      Delete
  2. Selamat Hari Raya..maaf zahir & batin....baju Melayu fushion...siap letak brand besar2 mcm lencana sekolah...yg lama jg lebih manis, sedap dipandang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.. Tu belum masuk bab logo yg x nak kalah.. Hahaha

      Delete
  3. Haa…betul la tu. Suami saya pun pilih kurta sebab pilihan baju melayu terhad. Slim fit je yang banyak, macam balut nangka pulak kalau dipakai 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju melayu trend sekarang sangat diskriminasi terhadap kami2 yang tak beberapa slim ni. Hehehe.. Baju melayu pun dah pandai main selek..

      Delete
  4. Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin.
    Design lama juga yang menarik kan. Tapi tulah, tak banyak jual design asal. Banyak dah dimodenkan mengikut peredaran zaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Ada benda yang boleh dimodenkan, dan ada benda yang kita kena kekalkan. Bukan semua benda kita nak tukar.. Nanti warisan apa yang tinggal untuk anak cucu kita...

      Delete
  5. kacaknya berbaju Melayu identiti lelaki Melayu sejati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azrul tu ke? Dia kacak sebab badan pun ok. Mungkin sbb dia pesilat yang aktif..

      Delete
  6. selamat hari raya aidil fitri. hari pertama je pakai baju melayu lengkap. hari kedua pakai kurta je sbb mudah nak bergerak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya abam kie.. Baju melayu warisan kita. Kena ada. Itu identiti kita sebagai orang melayu. Kurta dan jubah dan lain2 boleh pakai, tapi baju melayu tak boleh dilupa.

      Delete
  7. Uncle tak pernah lengkap... ada je yg tak cukup.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita berazam untuk lengkapkan baju melayu kita..

      Delete
  8. Selamat Hari Raya Aidilfitri... Mhlohon Maaf Zahir Dan Batin..

    ReplyDelete
  9. Baju melayu sebenarnya amat dituntut dipakai di pagi raya terutamanya.. melambangkan kemelatuan dan lambang islam.. tapi zaman skrg ni baju melayu byk diolah mengikut trend gaya yg kdg2 jangkal kita tgk.. sbb tu suka beli baju melayu di pasaraya biasa jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Orang sekarang berlumba-lumba nak olah baju melayu warisan demi nama pemodenan dan trend.

      Delete
  10. baju melayu tu mcm baju kurung kan? tengok pd lukisan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah.. Baju melayu sebenarnya termasuk dalam katagori baju kurung. Dua2 ada pesak dan kekek.

      Delete
  11. baju melayu slim fit tu kesian laa utk mereka yg gempal...
    yg kurus kering ok laa nampak terletak
    tp secara peribadi sy pun kurang gemar baju melayu slim fit ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... kesian yg kami yg tak beberap nk slim ni.. hehehe

      Delete
  12. btw salam aidilfitri
    maaf zahir dan batin...

    kejap je ya dah besar anak teruna tu ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya..
      ha ah, dah 6 tahun dah..

      Delete
  13. Selamat idul Fitri Abang.. minal Aidin wal Faizin ,🙏..

    Saya baru tahu pula baju Melayu yang sebenarnya seperti apa. Krn selama ini banyak melihat yg modern, jadi saya pikir memang seperti itu 😅

    ReplyDelete
  14. Selamat hari raya .
    Betul sekarang rata-rata banyak memilih baju melayu slim fit .

    ReplyDelete
  15. selamat hariraya maaf zahir batin dari mama sekeluarga. tu la mama pn tak gemar baju melayu slim fit tu

    ReplyDelete
  16. Salam Aidilfitri buat Pha is dan family.

    Tahun ni pertama kali deme pakai kurta, nasiblah anak tak meragam nak baju Melayu juga. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  17. Memang susah nak cari baju melayu berpesak berkekek sekarang ni. Ada kedai-kedai tertentu sahaja yang masih menjualnya. Jenuh pusing jugaklah mencari hari tu untuk 3 jejaka kat rumah ni.

    ReplyDelete