19.2.16

Wonderfood Museum | A Review

Wonderfood Museum? muzium ni bukan selalunya pasal sejarah ke? Wonderfood Museum ni sejarah pasal makanan ke? haa..  sebelum nak bercerita pasal wonderfood museum ni, meh nak kabor. muzium tu bukan untuk sejarah je. kalau tak percaya, tengok definisi muzium kat bawah ni.

A museum is an institution that cares for (conserves) a collection of artifacts and other objects of artistic, cultural, historical, or scientific importance and makes them available for public viewing through exhibits that may be permanent or temporary
[Wikipedia]

Penang Wonderfood Museum



hampir 3 minggu yang lepas (nampak tak bertangguhnya entri ni sebab tak ada mood nak buka blog), aku bersama komuniti blogger utara buat gathering dalam lawatan sambil belajar ke wonderfood museum penang ni.

not bad la muzium ni. be advise, muzium ni bukan untuk orang yang nerd okey, tapi untuk orang yang ohsem. hahah.. antara tarikan kat sini termasuklah:

1. makanan yang super besar. sesuai bagi yang makan banyak, yang selalu order nasi kandar tasi tambah, kuah campur, banjeer...

laksa penang size bapak dinosour. belakang tu ais kacang everest. ais kacang gunung jerai special kat Pantai Merdeka pun kalah tau! kau hado?

2. beraksi dengan makanan-makanan yang terdapat disini. macam-macam style boleh buat. the limit is only your mind.

teh tarik abugen. kau hado?

3. kalau tadi makanan besor, kali ni makanan miniature pulak. aku respect dengan hasil kerja museum ni. detail habis!

bagi abam photographer, tak payah nak buat tilt-shift effect dah. ni memang real miniature yang nampak real. kau hado?

4. ruangan 'kau kunci cintaku di dalam hatimu'

romantik nau depa dua orang nih. bayangkan lagi romantik kalau bersama si dia. ewwah... 
kau hado? aku tak ado lagi.... 


5. dan di sepanjang perjalanan korang dalam muzium tuh, ada banyak nukilan ayat-ayat cinta kata-kata bermakna yang terpahat dihatiku tertulis di dinding-dinding muzium ni.


ha, tu sikit je tu. baru preview. banyak lagi yang ada dalam muzium ni. tak cukup quota broadband kalau nak buh semua. hehehe.. gambar yang aku share tu pun cuma salah satu contoh dari bahagian-bahagian yang ada dalam muzium tu.

antara lainnya, ada makanan diperbuat dari emas (diorang guna emas betol, siap berpagar lagi bahagian tu), seni dengan makanan (makanan nampak macam mona lisa. nangis Leonardo da Vinci kalau dia tengok), dan yang paling penting, setiap bahagian ada mesej yang nak dibawa. bukan datang tengok nganga saja.

macam yang aku kata. ohsem!tak percaya, boleh tengok review dari geng komuniti blogger utara yang lain. antaranya:

1. WONDERFOOD MUSEUM, PENANG - REVIEW BY KOMUNITI BLOGGER UTARA 
2. WONDERFOOD MUSEUM . THE BEST !
3. Wonderfood Museum Penang Awesome!
4. WONDERFOOD MUSEUM PENANG

Wonderfood Museum Penang



Wonderfood Museum Penang
49, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang
(next to CIMB bank)
04-2519095/ 012-2251968
https://www.facebook.com/Wonderfoodmuseum

GPS Wonderfood Meseum Penang
5°25'02.7"N 100°20'31.9"E

Harga Tiket Wonderfood Museum Penang
Dewasa : RM 15 (Mykad) RM 25 (Non IC)
Student/Pelajar : RM10
Kanak Kanak : Percuma

A fun, creative, informative and interactive Food Museum
Open from 9am-6pm 7 days a week



Terima kasih kepada team Wonderfood Museum Penang dan Geng Blogger Utara yang sama sama menjayakan program review ini 31 Januari yang lepas. Geng Blogger Utara yang terlibat adalah Miss Zyaroses, Cik En , Lady Yana, YunSing, ArzMoha , Pha Is dan Zumal.



31 comments:

  1. lps keluar dari museum tu mesti korang lapar kann...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. lepas keluar terus pi pekena kapitan order biryani tanddori claypot

      Delete
  2. wah...nk kna pergi ni....byk lg tempat menarik kt penang yang rietta lorm terjah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan rietta..sis JM pun baru tahu..kat Penang byk tul lokasi best

      Delete
    2. ha ah.. penag sekarang ada lebih dari 20 muzium kalau x silap, mengikut laporan kat mana ntah p[ernah terbaca dulu.. tu dulu, rasanya nombor ni dah makin bertambah..

      Delete
  3. Museum nie memang menarik, bermaklumat dan interaktif...

    ReplyDelete
  4. melting tengok makanan tu dan betullan tu baru sikit yang dipaparkan kat blog ni.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. banyak lagi yg tak tergambar kat sini..

      Delete
  5. first time dengar pasal museum ni... bagus "lawatan sambil belajar" ni.. :D

    ReplyDelete
  6. Nanti ada rezeki ke Penang boleh lah pergi :)

    ReplyDelete
  7. negara kita mewah dgn makanan hingga muziumnya pun ada..menarik dilawati tu.

    ReplyDelete
  8. sesuai utk org ohsem je? dh tu org nerd cam sis JM ni x leh masuklah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. mana tau lepas keluar terus jadi ohsem.. ahahha

      Delete
  9. replika makanan je...ada food tester x? baru berbaloi byr rm15 ;p

    ReplyDelete
  10. sis JM pun love food gak tp time org lanje lah heee

    ReplyDelete
  11. buat kaki makan elok lah hehehe food hunting

    ReplyDelete
  12. eh muzium makanan pun ada juga, baru tahu :)

    ReplyDelete
  13. saya ermmm... saya jeles dengan geng blogger utara. aktif betul.. saya nak join tapi jauh............................ :'(

    ReplyDelete
  14. untumg laa..dapat berkenalan dengan makan-makananan

    ReplyDelete
  15. Wonderful wonderfood museum enrty hahaha ta sangka Penang banyak muzium2 macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. penang mmg banyak muzium.. saya pun x terkira..

      Delete