Tanggungjawab vs Pengorbanan


Entri kali ni berkisar video aku kat tiktok yang antara hangat sambutannya. Tentang sebuah quote yang aku simpulkan dari satu ceramah ustaz Samsul Debat, tapi dari perspektif yang sarkastik. Rujuk video asal di sini ->(Korban dan tanggungjawab) 

Dalam video tu, ramai pulak yang komen sokong, terutamanya para wanita. Jadi persoalannya disini, adakah semua apa yang isteri buat adalah pengorbanan? Adakah semua yang suami buat itu sekadar tanggungjawab semata?

Tanggungjawab vs Pengorbanan

[tang.gung.ja.wab] | تڠݢوڠجواب

Definisi : kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung 

[Kamus Dewan Edisi Keempat]


[kor.ban] | قربان

Definisi :(orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa

[Kamus Dewan Edisi Keempat]


Sebab kalau ikutkan definisi daripada kamus dewan, pertakaan korban ada konotasi* penderitaan dalamnya. Jadi apa yang kaum wanita buat selama ini untuk rumah tangga adalah satu penderitaan?

Maksud asal Ustaz Samsul Debat

Tapi, maksud asal yang ingin disampaikan oleh Ustaz Samsul Debat ni, sebenarnya dia nak kata yang pada pandangan wanita, apa yang lelaki buat, walau susah macam mana sekalipun, untuk rumah tangga, tak layak dipandang sebagai pengorbanan di mata mereka. semua itu bagi mereka hanyalah tanggungjawab sahaja. itu je.

kalau nak tengok video (suara) asal yang disebut oleh Ustaz Samsul Debat, boleh tengok video kat bawah ni:  (atau kalau video x keluar, boleh tengok di sini > Rakaman Suara Ustaz Samsul Debat)

@phais47 Replying to @unknown_negative_00 ♬ original sound - Phais

bagi aku, apa yang kita buat dalam rumah tangga, semuanya adalah wasilah untuk buat kebaikan. medan rumah tangga adalah satu ladang pahala. tak kisah la, wajib atau tak, menderita atau tak, kalau diniatkan dengan niat yang baik, insyaAllah , beroleh kebaikan.

so, apa pendapat korang?



*daftar kata

[ko.no.ta.si] | کونوتاسي

Definisi : (Lin) asosiasi atau idea yg dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. [Kamus Dewan Edisi Keempat]

Post a Comment

11 Comments

  1. tanggungjawab dilakukan dengan ikhlas selari juga dgn pengorbanan yg tidak ketara tafsirannya xpenting asal saling menghargai

    ReplyDelete
    Replies
    1. part ikhlas tu saya setuju. itulah point saya. tak kisah la kerana kewajipan, atau suka rela tolong pasangan, atau bersusah payah dalam melancarkan urusan rumah tangga, yg penting kena ikhlas dan hanya mengharapkan balasan Allah semata.

      sebab sesetengah orang, dia buat sesuatu dalam rumah tangga mengharapkan pasangan balas. dan kadang-kala, sumbangan tu tak dibalas, maka mula la bibit-bibit pergaduhan.

      ekspektasi itu membunuh.

      buatlah sesuatu, apa-apapun dalam rumah tangga ini, dengan hanya harapkan redha Allah, bukan pasangan semata. :)

      Delete
  2. Kadang-kadang beza antara tanggungjawab dan pengorbanan tu memang bergantung pada perspektif masing-masing. Apa yang penting, dalam rumah tangga jangan sampai pengorbanan sebelah pihak dianggap perkara biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agama sudah menggariskan tanggungjawan dan hak seorang isteri dan suami, tapi beberapa perkara darinya adalah bukan 1 ketetapan qat'ie, tapi hanya ijtihad dan pandangan ulama'. jadi, saya agak bersetuju dengan pandangan yg menyatakan ada beberapa perkara dalam rumahtangga ni adalah subjektif walaupun mungkin sesetengah pihak mendakwa itu adalah dari ajaran dan garis panduan agama sendiri.

      sebab itulah munculnya golongan-golongan yang menggunakan agama untuk menjustifikasikan pandangan peribadinya tentang rumah tangga sehinggakan ada yang agak ekstrem dalam berhujah.

      bagi saya, yang penting jangan terlalu ekstrem, mengatakan ini tanggung jawab suami, ini tanggung jawab isteri, ini hak suami, ini hak isteri dan sebagainya. masing-masing kena bertolak ansur dan bermusyawarah kerana setiap pasangan tak sama situasi. ada yg dua-dua pasangan bekerja, ada yang suami sahaja bekerja, malah ada yang isterisahaja yang bekerja. jadi tanggung jawab dah tak sama.

      masing-masing kena bahagikan tanggungjawab ikut keadaan dan situasi masing-masing. masing-masing ada tanggung jawab, bukan hanya sebelah pihak sahaja. sama-sama berbincang, sama-sama bahagi tugas. dan yang penting, sama-sama buat tanggungjawab kerana Allah.. (o)

      Delete
  3. suami ada tanggungjwb, isteri pun ada jugak tanggungjwb, cuma suami punya lagi byk dan lagi berat gitu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin, dari perspektif Mama Zharfan. tapi pandangan saya, dua-dua sama berat. tanggungjawab suami sememangnya sedia berat kerana apa yang dia buat, semuanya disoal di akhirat. malah, banyak tanggungjawab suami sudahpun digariskan dengan jelas dalam islam seperti nafkah, dan sebagainya.

      tapi tanggungjawab isteri pun tak kurang hebat. contoh dari hadis riwayat At-Tirmidzi tentang besarnya hak suami keatas isteri.

      masing-masing ada tanggungjawab dan peranan yang kena dimainkan.

      Delete
  4. Replies
    1. jarang-jarang vtt nak sampai tahap views macam tu... vtt lain dalam nak dapat 300 pun susah.. hehehe...

      Delete
  5. hidup dalam rumahtangga bukan tentang siapa yg lebih banyak berkorban, buat itu ini. tapi tentang sama2 saling melengkapi each other :D

    ReplyDelete
  6. Salahnya lelaki kerana dia bergelar suami gitu hahahaha...

    ReplyDelete
  7. tanggungjawab
    tangggung di dunia
    jawab di akhirat ;-)

    masing2 ada pandangan tentang perkara ni
    yg penting kita jgn ambil culas

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)