Thursday, September 1, 2016

Gaji Ahli Farmasi


Sebenarnya dah lama aku nak tulis pasal gaji ahli farmasi ni sebab ini merupakan keywords tertinggi dalam blog aku untuk bulan ini. So, nak sangat kan tahu berapa gaji ahli farmasi? Meh nak cerita berapa sebenarnya gaji ahli farmasi ni. Banyak sangat ke? Kaya ke kerja farmasi?


Gaji Ahli Farmasi


Pertamanya, aku rasa keyword ni merujuk kepada entri aku yang tertajuk Farmasi gaji Tertinggi! dalam entri tu, aku ada senaraikan top 10 gaji bagi fresh graduate di malaysia menurut laporan dari sebuah akhbar tempatan dan bancian dari jobstreet[3]. Dan menurut kedua-dua list top10 tu, farmasi menggungguli carta dengan gaji tertinggi! lihat entri tersebut untuk maklumat lanjut.


Gaji Farmasi Sektor Kerajaan 


Bagi farmasi lepasan graduan, korang kena jadi PRP (provisional registered pharmacist) gred U41 dulu dan dalam fasa ni, gaji korang adalah lebih kurang RM2500 sebulan tidak termasuk alaun.[4]

Lepas berjaya habiskan fasa PRP setahun kemudian gaji korang akan naik sikit. Dan dari situ, bermula la peningkatan gaji secara time-based , kalau korang masih dalam sektor kerajaan la.

Anggaran selepas 11 tahun berkhidmat, korang dah boleh dapat gred U52 dimana dari situ, gaji basic korang boleh pergi sehingga RM5000 - RM6400. Tu baru basic. Lepas tu tambah lagi dengan elaun semua dalam anggaran RM2000. [5]


Gaji Farmasi Sektor Swasta


Ha, bab ni seronok sikit nak cerita. Secara amnya, sekarang tak ada lagi gaji yang standard dalam sektor swasta bagi farmasi ni. Khabarnya dari PRP yang bekerja di sektor swasta kata yang gaji diorang boleh dapat dalam minimum RM2600. ada yang sampai RM3000 tapi jarang.

Beza sektor swasta dan kerajaan adalah lepas PRP, korang lebih bebas nak jurus ke bidang mana. nak masuk korporat, administration, atau boleh buka kedai sendiri. Sebuah bisnes kedai farmasi yang berjaya boleh menjana income sebanyak 5 angka sebulan tau![9]

Gaji Farmasi Luar Negara


Tak puas lagi? Boleh try aply kerja farmasi kat luar negara. Yang terdekat di Singapore. masa aku student kat USM dulu, wakil Guardian Pharmacy Singapore ada datang bagi talk dan buka peluang pendaftaran kepada mereka yang berminat kerja kat sana. Aku tak isi sebab pointer aku berapa je. kerja kat sana aku rasa konfom lagi lumayan.

Antara info lain yang aku dapat termasuklah gaji kerja farmasi kat UK. Tengok sendiri la banyak mana gaji farmasi diorang :

"the salary of a newly qualified pharmacist working for the National Health Service (NHS) ranges between £26,041 to £34,876 (MYR 138,893 – 186,015) per annum. Their salary will be further increased to around £41,000 (MYR 218,679) with further training and qualification. The most senior pharmacists in the service can expect to earn up to £98,000 (MYR 522,696) per annum"[7]

Tu tak masuk lagi sektor swasta kat sana. hmm..

Gaji Farmasi Tinggi?



So, persoalannya, berbaloi ke kerja farmasi ni? Tepuk dada tanya selera dan tanya diri, untuk apa kita bekerja? adakah kerana duit semata? sebab bila kau dah start bekerja, jadi PRP terutamanya, rasa macam tak ada life je untuk tahun pertama tu. lepas tu, baru la ada ruang nak bernafas sikit.

nak kata tertinggi, doktor lagi tinggi.. dan banyak lagi kerjaya lain yang jauh lebih tinggi, kalau korang sekadar nak mengejar gaji.

Yang penting, perbetulkan niat balik. kerja kerana tanggung jawab, bukan sekadar bekerja tapi berkhidmat. Kalau kerja kerana Allah, insyaAllah, kerja apa pun tak kisah. Sebab rezeki itu semua datang daripadaNya. Jangan diharap gaji yang tinggi, tapi pohonlah rezeki yang melimpah.




sumber dan rujukan:

1. Pha Is. (2015 July). Farmasi gaji tertinggi. Hikayat Budak pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2015/07/farmasi-gaji-tertinggi.html
2. Pha Is. (2014 Jan). WW #79 | Top 10 Best Paying Jobs. Hikayat Budak Pening; dipetik dari http://www.budakpening.com/2014/01/ww-79-top-10-best-paying-jobs.html
3. JobStreet.com. (2014). Top 10 Best Paying Jobs in Malaysia. dipetik dari http://www.jobstreet.com.my/career-resources/top-10-best-paying-jobs-in-malaysia/#.VyWX_j8y5_s
4. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. (2016). Pegawai Farmasi Gred U41. Ministry of Health Malaysia. dipetik dari : http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1128
5. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2007).  Pembangunan Kerjaya: Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ministry of Health Malaysia. Putrajaya.
6. Ooi GL. (1991). British Colonial Health Care Development and the Persistence of Ethnic Medicine in Peninsular Malaysia and Singapore. Southeast Asian Stud;29(2).
7. AGCAS. (2016). Job Profiles: Hospital Pharmacist. dipetik dari: https://www.prospects.ac.uk/job-profiles/hospital-pharmacist
8. AGCAS. (2016). Job Profiles: Community Pharmacist dipetik dari : https://www.prospects.ac.uk/job-profiles/community-pharmacist
9. Mak Wen Yao. (2016 July 29). Pharmacist Salaries: How competitive is Malaysia? MIMS. dipetik dari http://today.mims.com/topic/pharmacist-salaries--how-competitive-is-malaysia-?country=malaysia

READ MORE- Gaji Ahli Farmasi

Wednesday, August 31, 2016

WW #137 | Panglima Merdeka

[Wordless Wednesday]

silat cekak malaysia, psscm, psscmusm, pendekar, 31 ogos, panglima, silat,


"Usah Bicara Mempertahankan Agama, Bangsa, Dan Negara Jika Diri Sendiri Pun Tak Mampu Dipertahankan"
-Pesan Panglima

gambar diambil sebelum perarakan sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri Pulau Pinang pada tahun 2010 di Padang Kota Lama. 

salam merdeka
pada nama dan makna
pada sejarah dan diri
pada merdeka hakiki
kerana merdeka kita
adalah merdeka seorang hamba

Salam Merdeka yang ke-59.
READ MORE- WW #137 | Panglima Merdeka

Monday, August 29, 2016

Luahan Hati Seorang Ahli Farmasi


Ini pesakit paling confident saya rasa.
Makan ubat tak pernah tinggal katanya.
Confident sungguh betul cara makannya.
Confident sungguh tahu semua ubat untuk apa.
Lihat saja cara penyimpanan ubatnya.
Simpan macam bijirin sarapan pula.
Tanya bini terus tahu semua ceritanya.
Tipu belaka.
Makan ubat ikut suka.
"Ha? Appointmen esok?"
harini telan semuanya.

Kepatuhan ubat itu penting. Itu dia.
Kesihatan itu amanah. Itu dia.
Usah disebut pasal cukai ya.
Macam anda paling layak dapat ubat kononnya. Kooonoonnnyaaa.
Kami pun bayar cukai juga,
Mungkin banyak dari anda.
Tu ubat membazir tu macam mana?
Ada bahagian cukai kami juga rasanya.

Masuk bahagian kecemasan, marah tunggu lama nak masuk wad.
Tak habis habis mulut zikir tiada, hanya keluar yang kesat.

Baru masuk wad dua hari asyik komplen wad panas
Family ziarah sekali datang bawa dua bas,
Siapa yang rimas?
Maklong, makngah, maksu, adekman, semua tanya soalan cepumas.
"Nak bawak pesakit balik boleh tak? nak jumpa bomoh dari gemas"

Okay

Minggu depan admit balik, fungsi hati macam selamat tinggal.
Bila tanya, katanya haritu bomoh bagi ubat tangkap penanggal.
Entah ubat biji apa pesakit makan, bomoh bagi secara pukal.
Bila dah sakit makin teruk macam ni, kompem la datang hospital.
Tersenyum bomoh gemas, dalam bank ada beribu riyal.

Bukan marah bukan benci.
Cuma kesal, ubat diberi guna macam suka hati.
Kami diherdik diugut di kaunter ubat pagi pagi,
Bila dah bagi, jadi pula macam ni

Jom sama sama peduli ubat anda.
Guna hari hari penuh saksama.
Bukan untuk kami, tapi untuk anda semua.
Supaya bomoh gemas, tidak semakin kaya.


dipetik dari:
Ammar Kamar. (2016 Aug 26). Facebook Status.
url https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10210560955406433&set=a.2490641631705.2147632.1422673953&type=3
READ MORE- Luahan Hati Seorang Ahli Farmasi

Friday, August 26, 2016

Review | Overstepped Cafe Sungai Petani


kalau korang tinggal area sungai petani kedah, dan tetiba kawan korang tanya 1 soalan yang paling susah nak jawab yang berbunyi:

"malam ni nak makan kat mana?"

ha, kali ni aku nak tolong korang dengan suggest satu tempat makan yang agak sempoi, kalau korang nak bajet hipster makan kat tempat yang unik, lain dari yang lain, boleh try kat overstepped cafe ni.

Review | Overstepped Cafe Sungai Petani



dulu aku dengan geng #BloggerUtara pernah lepak makan-makan kat sini. memang oghang kedah cakap sempoi baq ang.! la ni tok sah dok cakap banyak, jom kita pedeghaih pi tengok apa yang sempoi kat sana. dah alang-alang kat kedah, mai cheq nak cakap kedah sat.

Menu Special Overstepped Cafe Sungai Petani


antara ayaq special di overstepped cafe

rupa dah style. nama pun style jugak. Tinker Bell, Cendoi, Pocahontas, dan Peter Pan. cendoi ja yang bunyi dia "cendoi" sikit. hahaha.. hat lain semua sempoi. nama-nama ayaq ni depa panggey Genie in the Bottle. senang ceghita, jin dalam botoi la.. hahaha..

tu baru ayaq. hat makan tok sah dok cakap la, toodia baq hang...

western sini sempoi

depa ada Oriental Chicken Chop, Crab Shack Burger, Teriyaki Grilled Chicken, dan Percik Grilled Chicken. toodia aih.. ha, pilih hat mana bekenan.

dah makan nak kena boh sekali ngan desert plak. banyak jenih gak desert kat sini..  maneh melecaih bak ang. takat nak merasa bleh la, bukan selalu. hat ni kalau hari-hari hang balun muleh kencing maneh potong kaki kot. baru ada akai. hahaha..


toodia desert depa. semua segak-segak. tu baru makanan. tak kira tempat makan lagi. ni nak habaq mai, hangpa try test pi tengok. memang sempoi. memang jenih yang budak la ni yang dok kata hipster tuh.


Review Overstepped Cafe 


geng Blogger Utara dan makanan masing-masing
Zya Akma, Pha Is, Arz Moha, dan Yana

komen aku, tempat ni apa yang paling best dan unik adalah disebabkan keramahan dan keceriaan staff dan pekerja kat cafe ni. bayangkan setiap kali ada orang masuk, diorang akan sambut korang secara berjemaah. everytime! lepas tu masa korang dah nak balik pun diorang bye-bye secara berjemaah! nampak tak semangan "amal jam'ie" kat situ. hahaha..

so, tempat ni memang sempoi untuk mereka yang ceria. bukan sekadar nak pergi makan tetapi sambil enjoy. itu yang aku sangat-sangat kagum dengan cafe ini. memang happening ah..! sebab tu sangat sesuai kalau nak buat event besday dan sebagainya kat sini. meriah!


kedua, selain design yang mantap, ruang udara cafe ni disusun strategik mengikut selera korang. kalau nak chill, rilex2, boleh dok kat dalam yang berhawa dingin. kalau nak ambik angin outdoor, atau yang nak "berasap" lepas makan, ada ruangan luar yang disediakan. cafe ni di tingkat atas yer. so, tempat outdoor ni pun layan jugak.

nampak tak kelebihan kat situ. tak perlu risau kalau korang tak tahan bau asap rokok dan tetiba ada orang yang hisap rokok sebab tempat untuk merokok diasingkan.

makanan, superb. dia punya level sama macam makan kat hotel.  antara kelebihan lain termasuklah free wifi, dan makanan untuk kanak-kanak adalah percuma! (tertakhluk kepada terma dan syarat)


so, apa nak pikir lagi. kalau dok area sungai petani kedah, dapat ja soalan "nak makan kat mana?" tapi tak tau nak jawab apa, ajak ja depa mai makan kat sini. 

Overstepped Cafe
No. C 97&98, Tingkat 1, Jalan Indah 2, Taman Sejati Indah, 
08000 Sungai Petani, Kedah.

waze: Overstepped Cafe Sungai Petani

coordinate :   5°36'49.50"N 100°29'3.56"E (lebih kurang)

No. Telefon: 04 430 0187
FACEBOOK : OVERSTEPPED CAFE


ok bye..


sumber gambar dan rujukan : 
1. Lyana Ishak. (2016 Apr 13). REVIEW : OVERSTEPPED CAFE , SUNGAI PETANI , KEDAH .Lyanaishak.com. dipetik dari http://www.lyanaishak.com/2016/04/review-overstepped-cafe-sungai-petani.html
2. Miss Zya Roses. (2016 Feb). OVERSTEPPED CAFE, SG PETANI | PERSONAL REVIEW. Misszyaroses. dipetik dari http://misszyaroses.blogspot.my/2016/02/overstepped-cafe-sg-petani-personal.html
3. Overstepped cafe facebook page. ; https://www.facebook.com/oversteppedcaferestaurant

READ MORE- Review | Overstepped Cafe Sungai Petani

Wednesday, August 24, 2016

[Gambar] Zul Ariffin | Ejim Si Tombiruo

dulu dalam entri aku yang bertajuk "Tombiruo Difilemkan", aku ada sebut yang novel trilogi tombiruo (Tombiruo, Semangat Hutan, dan Tombiruo Terakhir) karya Novelis thriller nombor 1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid diumumkan bakal difilemkan.


Zul Ariffin | Ejim Si Tombiruo


dan baru-baru ni, barisan pelakon yang terlibat dah pun diumumkan. Watak utama, Ejim si Tombiruo bakal dilakonkan oleh pelakon Zul Ariffin! hmm.. okay la. tiada bantahan dari aku personally, sebab aku rasa sesuai dengan tubuh badan dia.

walaupun ejim sasa, tapi kalau dah duk dalam hutan tak boleh nak sado besar-besar sangat nanti tak logic la pulak. so, Tahniah buat pelakon Zul Ariffin sebab berjaya turunkan berat badan sebanyak 13kg dalam masa 3 minggu bagi menjayakan watak tersebut.

hasilnya, tadaa..!

semangat hutan, penunggu, RAMFC, RAM, Ramlee Awang Murshid, novel, filem adaptasi novel
pelakon Zul Ariffin sebagai Ejim si tombiruo (penunggu rimba)


sumber dan rujukan :
1. Zul Ariffin instagram photo
2. Astro Gempak. (2016 Aug 19). Diet keras demi watak dalam Tombiruo, Zul Ariffin turun 13kg. Astro Awani; dipetik dari http://www.astroawani.com/berita-hiburan/diet-keras-demi-watak-dalam-tombiruo-zul-ariffin-turun-13kg-114537

READ MORE- [Gambar] Zul Ariffin | Ejim Si Tombiruo

Tuesday, August 23, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Ogos 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


p/s : dah lama x join segmen.. 
READ MORE- Segmen 12 Jam Bloglist #22 Mialiana.com

Wednesday, August 17, 2016

Disapa Gadis Bertudung Biru

petang tu lepas kerja aku terus ke gurney plaza untuk misi tangkap pokemon. kenapa kat gurney plaza? sebab masa tu ada promotion. tangkap 5 ekor pokemon dalam gurney plaza (beserta bukti snapshot) di 5 lokasi yang berbeza akan dapat baucer chatime


tangkap pokemon dan sembang dengan member aku syafiq sampai ke maghrib. then aku singgah kat masjid kapitan keling untuk berhenti solat maghrib kejap. pokemon, pokemon jugak, solat jangan abai. kalau lalai, tu yang mufti dok marah..


Disapa Gadis Bertudung Biru


gadis bertudung biru
*gambar sekadar hiasan*

dalam perjalanan keluar seusai solat, sesudah aku di pintu masuk masjid aku disapa seorang gadis bertudung biru dengan berkaca mata.

"pha is..!"

*aku menoleh

"pha is kan?" soal dia lagi

"yup. siapa nih?" aku pandang dia atas bawah. cuba mengecam tapi langsung aku tak perasan muka.

"blogger kan?" soal dia kembali.

fuh, rasa macam pemes kejap. ada orang kenal melalui blog.! (padahal blogger cikai je..)

rupanya blogger Nina pemilik blog yang diberi nama "Awan Nina". dulu selalu jugak dia rajin komen datang blog aku zaman dia masih aktif berblog. dah lama dah, beberapa tahun yang lepas. mungkin sekarang dia dah kurang aktif. dan aku pun tak perasan muka dia sebab dia jarang letak muka dalam blog.

tapi terharu weh, ada orang cam muka aku nih.. ! haha.. thanks Nina, u just made my day...



READ MORE- Disapa Gadis Bertudung Biru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...