16.4.24

Hikayat Budak Pening | Sebuah Legasi

Tahun 2024 ini, hanya sempat update blog sebanyak 6 entri. Itupun entri kopi pasta tentang hadis. Sekadar nak aktifkan blog saja. Dan baru-baru ni, aku dapat notifikasi daro godaddy.com berkenaan pembaharuan domain berbayar aku, “budakpening.com”.

Berbelah bahagi jugak sama ada aku nak teruskan langganan nama domain aku, atau nak tamatkan sahaja. Sebab blog pun dah macam terbiar. Nak update entri dan artikel Baharu, tak ada idea pula nak menulis.

Tak kan nak teruskan langganan domain tapi blog tak ber-update. Macam rugi dan membazir pula, bayar untuk domain tapi tak berbloging pun.

Tapi sayang sebenarnya. Nama domain budakpening.com ni cantik, berbanding nama url asal blog aku, pening-pala.blogspot.com . dah selesa dengan nama Hikayat Budak Pening dengan url budakpening.com melalui personal branding.

Lagipun, tak ada la mahal sangat. Alhamdulillah, masih dikira harga mampu bagi aku untuk teruskan langganan. Akhirnya, aku perbaharui juga langganan domain budakpening.com aku tu. Pasal tak berupdate tu, nanti bila-bila aku ada semangat nak menulis, aku tulis la.

Tapi, tujuan utama kenapa aku masih nak berblog, adalah satu, iaitu :

LEGASI

Blog budakpening.com ini legasi penulisan aku. Sayang untuk aku lupuskan. Biarlah isi kandungan blog ini berkekalan. Mana tahu kalau-kalau ada artikel dan kandungan yang masih membawa kebaikan, sedikit sebanyak boleh tambah saham kebaikan aku di akhirat kelak.

 

 

LEGASI (légasi) :

IB (bahasa Indonesia Belanda) perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah daripada kedutaan besar)

[Kamus Dewan Edisi Keempat]

 

LEGACY (Legasi):

1. pusaka, harta peninggalan;
2. warisan 
3. kesan 

[Kamus Melayu Inggeris Dewan]

17 comments:

  1. Betul, walau tidak lagi kerap update tapi sayang kalau terkubur.
    Tahniah kerana berjaya perbaharui langganan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak aizamia3 masih aktif berblog sampai sekarang yer... Banyak dah blogger yang dah x aktif.. Berapa kerat je yang masih berblog dan berblogwalking. Heheehe

      Delete
  2. sama Ana pon tenggelam timbul jugak.. beberapa tahun lepas pernah je hilang semangat & stop blogging agak lama jugak.. itupon Ana dah sayang dgn blog wlupun takdak beli domain hehehe

    moga terus kongsi entry Pha Is.. inshaAllah mesti ada yg dpt sikit sebanyak manfaatnya tu hehehe

    ReplyDelete
  3. copy paste pun xpe dik.. akk pun dulu ade, lepas tu xde beberapa tahun.. dan skrg baru timbul balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Tak banyak blogger yang masih bertahan berblog..

      Delete
  4. dah ada domain rugi xblogging...menulislah

    ReplyDelete
  5. Uiiii... jangan stop... dah banyak cam ni sayang kalau stop. Ini memang legasi....

    ReplyDelete
  6. Update sikit sikit pun jadilah. Asalkan ada dan tak sunyi gitu. Sayang domain ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. Sedang cuba bangkit kembali..

      Delete
  7. Apa yg telah diusahakan jika ia ada mantaaf pada yg membaca maka tak salah dikekalkan.. lagi pun legasi itu penting... Sy pun ada cita-cita utk tinggal kan legasi blog saya utk bacaan walau selepas ketiadaan saya nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Legasi TT hebat.. Orang boleh rujuk untuk nak travel dunia, berjalan dan bermusafir melihat kebesaran Tuhan yg diciptakan untuk mereka yg berfikir dan bersyukur diatas nikmat dan kurniaNya..

      Delete
  8. Jangan stop Abang. Tak apa ada jeda dalam menulis. Tapi nanti balik menulis lagi 😄. Betul tuh, nama domainnya unik. Sayang kalo dilepas kan.

    Saya pun terkadang ada rasa jenuh. Tp biasanya tak lama. Krn memang blog bagi saya dah semacam rumah yg membuat nyaman. Setiap kali habis menulis, rasanya happy.

    ReplyDelete