30.1.19

CUKUR KEPALA BAYI | dalil, cara, dan tips


Tahun 2018 yang lepas, macam-macam jadi kat aku. Mac 2018 aku sah bergelar suami, Desember 2018 pulak aku sah bergelar bapak. Alhamdulillah. Agak “fast track” jugak la. Hehehe..

Selepas lahir, aku panggil tok bidan (orang tua-tua) untuk cukur kepala bayi. Maklumlah, anak pertama, nak buat sendiri tak ada pengalaman. Lepas ni dah tau dah cara, boleh la buat sendiri untuk anak seterusnya, insyaAllah.


Cukur kepala bayi


Aku cukur pada hari yang ke-14. Kalau ikutkan sunnah, afdhal masa hari ke-7. Tapi disebabkan hari ke-7 tu tali pusat tak jatuh lagi, aku tunda ke hari ke-14. Kalau ikut adat, selalunya memang lepas tali pusat jatuh.

Bukannya ada kepercayaan apa-apa pun. cuma kalau tali pusat tak jatuh lagi, susah sikit masa proses nak cukur kepala tu. Nanti seriau kat tali pusat tu masa nak pegang bayi masa nak cukur. Kalau dah jatuh tali pusat, mudah sikit kerja mencukur.

Dalil cukur kepala bayi


Mungkin ada orang ingat cukur kepala bayi, atau dalam adat melayu disebut bercukur jambul adalah adat semata-mata. Sebenarnya cukur rambut bayi ni bukan adat semata, tapi amalan yang bersandarkan dalil dari hadis nabi sendiri.

“Adat bersendi syarak,
     syarak bersendi kitabullah.”

Antaranya hadis dari dari Samurah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda,
“Setiap anak tertebus dengan aqiqahnya, disembelih di hari ketujuh, diberi nama, dan dicukur kepalanya.”
(Hadis Riwayat. Nasai 4149, Abu Daud 2837, Tirmidzi 1522 dan dishahihkan Al-Albani)

Selain itu, Rasulullah SAW telah mengarahkan kepada anaknya, Saidatina Fatimah R.A:
"Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.”
(Hadis riwayat Hakim dan al-Baihaqi)

Cara cukur kepala bayi


sebelum cukur


Menurut tok bidan yang cukur kepala anak aku hari tu, cara nak cukur kepala bayi sekarang ni ada 2 cara. Cukur kering dan cukur basah. Tok bidan aku pakai cara kering. Ni cara-cara dia buat.

1. bedung bayi. Lepas tu, terus cukur kepala bayi dengan mesin (yang macam kat kedai gunting rambut tu). Mesin rapat-rapat. Tak perlu pakai “clipper” mesin.

2. masukkan rambut tu kedalam plastik kecik. Sediakan 2 plastik. 1 berisi rambut, 1 lagi plastik yang sama, tapi kosong (untuk tolak timbangan berat plastic).

3. sediakan bekas (besen) berisi air, masukkan sedikit shampoo bayi kedalam air. Kemudian cukur kepala bayi dengan pisau cukur yang baru, sampai licin. Basuh pisau tadi dengan air berisi shampoo tadi.

4. guna pisau cukur lebih dari 1. Aku tengok tok bidan tu pakai sampai 4 pisau cukur. Bila agak dah tumpul, guna pisau baru. Repeat sampai licin.

5. lepas licin, lap kepala bayi, dan sapu bedak sejuk. Siap!

selepas cukur


Cara timbang rambut bayi.


Timbang rambut tu pakai penimbang khas untuk timbang emas tau! Penimbang lain kurang reliable. Mula-mula aku ke kedai emas cina. Maklumlah, kedai emas Melayu susah nak jumpa. Tokey kedai tu macam layan tak layan aku je.

Iyer la, aku ke sana bukan nak beli emas, tapi nak timbang ja. lagipun diorang memang kurang faham pasal amalan kita ni. So, memang dia tak beberapa nak layan aku sangat.

Sebab aku tak puas hati, aku ke Ar-Rahnu YaPEIM! Baru puas hati. Lagipun, pekerja dia muslim, memang faham dengan amalan cukur kepala bayi ni. Memang dia tolong sampai korang puas hati.

Cara timbang :

1. timbang rambut dalam plastic tu tadi.

2. timbang plastik spare yang kosong

3. tolak perbezaan berat untuk dapatkan berat rambut sahaja tanpa berat plastic.

4. berat rambut tu darab dengan nilai emas semasa (kalau tak mampu boleh guna nilai perak)

Contoh pengiraan nilai rambut bayi : 


kat bawah ni contoh dari kes aku hari tu.

Berat Rambut + plastic = 2.66g
Berat Plastic kosong = 1.50g
Berat rambut sahaja = 1.16

Harga emas semasa = RM169.98/g (contoh)
Nilai rambut = (RM169.98/g) x 1.16g = RM197.18

Lepas tu korang bundar je la kepada yang terdekat. Tambah sikit tak pe. Jadikan RM200 senang kira. Ni contoh je, bergantung kepada berat rambut dan harga emas semasa.

Sedekah kepada fakir miskin


Lepas tu, nilai tadi tu sedekah je kepada fakir miskin. Kalau ada yang kenal, bagi kepada mereka. Kalau tak kenal siapa-siapa yang fakir miskin, boleh Tanya AJK atau pengerusi qaryah masjid korang. Selalunya diorang akan ada senarai fakir miskin dalam qaryah tu, kalau ada la.

Okay, cukup dulu takat tu, nanti ada masa kita bincang pasal Aqiqah dan tahnik pulak. insyaAllah..

entri berkaitan :
1. cukur jambul
2. tahnik 
3. aqiqah (cooming soon)

sumber dan rujukan : 
1. Hasnita Sawal. (2018 Mar 23). Cukru rambut bayi baru lahir bukan adat tapi sunnah Rasulullah. Majalah Pa&Ma. dipetik dari https://majalahpama.my/cukur-rambut-bayi-baru-lahir-bukan-sekadar-adat-tapi-sunnah-rasulullah 
2. Umar Mukhtar Mohd Noor. (2016 Feb 25). AMALAN CUKUR RAMBUT BAYI DI DALAM ISLAM. Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. dipetik dari http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1782-amalan-cukur-rambut-bayi-di-dalam-islam
3. Tanya jawab tentang islam. (2016 Feb 5). Apakah Termasuk Sunnah Mencukur Rambut Bayi Perempuan ?. dipetik dari https://islamqa.info/id/answers/59869/apakah-termasuk-sunnah-mencukur-rambut-bayi-perempuan
4. Ustadz Ammi Nur Baits. (2013 Apr 8). Waktu Mencukur Rambut Bayi. Konsultasi Syariah. dipetik dari https://konsultasisyariah.com/17275-waktu-mencukur-rambut-bayi.html
5. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. dipetik dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=adat+syarak&d=287324&#LIHATSINI
6. Hargaemas Trading. Harga emas hari ini. dipetik dari https://www.hargaemas.com.my/harga-emas-hari-ini


42 comments:

  1. yaa amalan yang sebetulnya cukur sampai abis rambut tu..kdg x semua buat

    ReplyDelete
  2. N3 Menarik n sgt bermenfaat kpd bakal ibu bapa agar mengambil berat mencukur rambut bayi bukan semata adat ..selalunya disekalikan dengan berendoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. berendoi tu adat. walaupun ada unsur-unsur keagamaan..

      Delete
  3. Tempat Etu7za jg ada majlis ni sambil berselawat ke atas nabi

    ReplyDelete
  4. Sangat elok kita sambut orang baru dengan adat yang sangat menceriakan ini.
    Gambar baby sebelum dan selepas, dua dua pun comel.

    ReplyDelete
  5. sangat menarik penjelasan ini bro.

    anak pertama memang macam tu...

    kalau dah dua dan tiga..kira ok jer

    ReplyDelete
  6. alolololo comeynye hero kecik dah botak dia hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. tertunai satu amanah. Semoga Allah sentiasa memberkati Pha Is sekeluarga dengan rahmat kesejahteraan dan limpah kasih sayangNya.. aamiin :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, selesai majlis akikah..syukran diatas penjelasan yg detail..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, aqiqahnya belum.. ni baru cukur jambul.. hehehe

      Delete
  9. terima kasih atas perkongsian.. saya pernah buat cukur kepala baby, tp xdelah sampai timbang berat rambutnya..boleh juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..
      tak ada masalah, kalau tak buat, sebab ini cuma sunat dan sunnah.
      wallahu a'lam..

      Delete
  10. yg sy x fhm, rambut bayi yg dicukur tu diletakkan dlm kelapa muda (ada air) hmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu-dulu orang banyak guna teknik cukur basah. rambut yang dicukur diletakkan dalam bekas berisi air. tujuannya supaya rambut tu jadi basah dan berat, supaya tak mudah ditiup angin. tu je tujuan dia..

      kalau cukur kering macam saya, kipas kena tutup kejap.. takut nanti rambut terbang ditiup angin.

      bab dalam kelapa tu, mungkin sebab orang melayu sinonim dengan benda semula jadi. walaupun boleh je dia gantikan dengan mangkuk, tapi kelapa muda nampak lebih semula jadi. so, kelapa muda tu cuma sebagai bekas saja.. yang nampak lebih semula jadi..

      macam kes saya, rambut tu diletakkan atas daun keladi. sebab daun keadi dengan air tak rasi. lagipun, daun dia agak kesat, mudah nak uruskan rambut tu nanti untuk ambil nak simpan/timbang... tak ada maksud tambahan apa-apa yang khurafat pun.. hehehe..

      Delete
  11. Alhamdulillah, selesai cukur jambul anak. Personally, dalam bab cukur jambul ni, akak paling suka bab timbang rambut :)

    ReplyDelete
  12. info yang bermanfaat! thank you share! Singgah n follow sini ya!

    ReplyDelete
  13. Wah ensem boy lepas cukur rambut terus bulat Mata dia

    ReplyDelete
  14. sunat cukur kepala ni..rambut yang baru yg tumbuh nanti akan lebih segar, hitam dan lebat..adu du du..dah botak pun still encem!!!

    ReplyDelete
  15. Pernah tengok proses tu cuma tang timbang je tak lagi.

    ReplyDelete
  16. Tahniah, baby dah besar. Saya pun buat cukur baby aritu pun lepas hari ke7. Tak sempat ulang alik masuk hospital pasal baby jaundice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay dah tu kalau hari ke7.. elok sangat dah..

      Delete
  17. comelnye...tahniah dah jadik bapa....

    ReplyDelete
  18. Alalalala... comei baby. Kemain rileks dia. 😅 Alhamdulillah dah selesai satu bab kan... Tahniah.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah dah selamat..
    Tapi ramai mak bapa moden tak nak cukur rambut anak.. yang nie saya tak faham..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe diorang ingat yg tu adat semata.. maybe la...

      Delete
  20. Sory...nk tnye...lpas timbang rambut tu...ape nk buat dgn rambut tu?? Buang? Or tanam??

    ReplyDelete