Hikayat Ali - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Hikayat Ali

13.1.19

Hikayat Ali

Alhamdulillah

"abang dah tulis entri pasal Ali?" Soal isteri aku, tiba-tiba. Mungkin terlalu sibok dengan Ali sendiri, sampai aku lupa nak tulis pasal Ali. Siapa Ali? Ali Iskandar itu anak aku. Alhamdulillah, hujung disember 2018, putera sulong cahaya mata aku dan isteri telah selamat dilahirkan ke alam nyata.

Hikayat Ali


Dua perkara penting yang berlaku dalam hidup aku dalam tahun 2018. Mac aku sah bergelar suami, dan Disember pulak aku sah bergelar bapak. Apa yang aku boleh cakap, tahun 2018 yang lepas adalah tahun yang baik buat aku. Kusangkakan dapat 1,tapi rupanya 2 permata hati.

Pernah dengar tak cadangan bila dapat bayi, buat email. kemudian tulis semua pasal baby tu kat email tu, dan bila tiba hari jadi dia yang ke-18, bagi password email tu. pernah?Aku pernah terfikir untuk buat dengan cara yang sama, tapi aku nak tukar kepada blog.

Plan asal aku, nak buat 1 blog baru, private-kan blog tu. kemudian nanti aku tulis ja apa-apa perkembangan pasal ali kat situ. bila masanya dah tiba, aku bagi password blog kat dia. okay jugak kan?

Tapi aku last-last aku tukar, daripada blog, aku tulis diary dia je kat buku. nanti bila besday yang sesuai, aku hadiahkan buku diari tu, yang bernama "hikayat ali". hehehe.. okay tak?

bacaan tambahan : Bolehkah Upload Gambar Anak Dalam Pantang?



20 comments:

  1. tahniah. selamat menempuh alam kebapaan.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum, tahniah abg pais dan isteri. Doakan kami juga :)

    ReplyDelete
  3. Alolo, tomei2x, mancung hidungnya..
    Tahniah dah menjadi seorg bapa.

    ReplyDelete
  4. Alah, tulis je kisah Ali kat sini, share ngn kami.

    ReplyDelete
  5. Tahniah phais. Comel babynya.. Kedua2 nya ok. Cuma klo blog pn ok blh attch gmbr siap2 setiap moment. Klo bku print br boleh tmpal. Tp kalau dpt buat buku pn comel dua2 ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. skrg pakai kamera polaroid.. otomatik dia print.. hehehe

      Delete
    2. Buat buku la terus comel hehehe

      Delete
  6. Tahniah. Comel nya new comer ni. Bagus juga buat diari untuk nya.

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat Pha Is dan isteri. Bagi saya idea buat diari buku tu pun menarik sbb tak tertakluk pada mana2 perubahan teknologi dah.. long term dan nostalgia rasanya hehe :)

    ReplyDelete
  8. Haha..sentimental jugak bapak Ali ni ye. Saya simpan buku merah je, nanti dah besar, kasi kat anak..nah, amek buku ni bukti mak mengandungkan ko dulu kecik2..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Pha Is kerana telah bergelar suami dan bapa. Bagus juga buat diari camtu kan...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah tahniah phais...comelnya Ali...eloklh buat blog yg private sbg diari

    ReplyDelete
  11. Tahniah.. Comel Ali. Pernah terfikir juga nak buat blog khas untuk anak. Tapi belum ada anak lagi. hehehe

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com