Benda Tumpang - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Benda Tumpang

2.1.19

Benda Tumpang


Mesti korang pernah lalu kat jalan yang gelap, sorang-sorang, tengah malam, yang agak menyeramkan. Kan? Kalau korang lalu kat jalan yang macam ni, antara naik kereta atau naik motosikal, yang mana lebih korang prefer?

Dulu sudah beberapa kali isteri aku marah bila aku nak keluar malam-malam, apatah lagi nak kena lalu jalan yang suram gelap sorang-sorang, tapi aku nak pergi dengan moto. Dia suruh aku naik kereta. Hahaha..

Benda Tumpang : motosikal atau kereta?


Serius, dalam situasi macam ni, sebenarnya aku lebih prefer naik motosikal aku, berbanding naik kereta. Korang mesti pilih naik kereta kan? Ini sebab kenapa aku lebih suka naik moto dalam keadaan yang macam ni.

Bayangkan, masa korang sorang-sorang lalu kat jalan yang menyeramkan tu, tetiba korang Nampak ada perempuan baju putih lau tepi jalan sambil angkat tangan nak tumpang. Apa yang akan berlaku selepas tu?

Kalau korang naik kereta, seat penumpang ada kosong banyak lagi kot. Sebelah driver ada, kat belakang pun ada seat kosong lagi. Silap-silap, naya je perempuan tu naik tumpang sekali. Kan bahaya tuh!

motosikal Yamaha YF R25 single seat


Tapi kalau moto, terutamanya motosikal #GadisBertudungBiru aku tu, korang selamat sikit. Sebab dia single seat! Tak boleh nak tumpang.

Selamber je korang boleh cakap kat kak ponti tu, “maaf la kak, moto ni single seat. Tak boleh tumpang. Pi tumpang orang lain nuh.”

Hahahahaha.... kbye.

42 comments:

  1. Hahaha... Kelakar... Punya lah ingat cerita seram ke apa...

    ReplyDelete
  2. Kalau ' si dia' nak tumpang boleh bertengek kat mana-mana walaupun single seat, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau si dia nk tumpang, tapi kalau Dia tak izinkan, jangan kata tumpang, nampak pun x.. hehehe

      Delete
  3. Naik motor bahaya lagi. Dia boleh bertenggek je kat mana2. kan hantu. mana tertakluk pd "law of physic" dunia. hahaha... lagi bahaya kalau dia bertenggek kat belakang, alih2 dia peluk ala2 pembonceng motor. tak ke haru...

    ReplyDelete
  4. hahaha...kdg2 dia tak tumpang seat..tumpang dekat bahu huhuhu hati2 tau
    k bye!

    ReplyDelete
  5. Sama la naik kereta lalu tempat sunyi rasa seram, kot kot ternampak sesuatu dah tumpang di seat belakang dalam cermin tu kan. Kalau naik moto just pecut je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betol2.. kan moto lebih selamat.. hehehe

      Delete
    2. Hahaha, la nie duk risau benda tumpang dalam badan ja

      Delete
  6. hahahahaha dia dok depan tu pun okay, tokleh block hati block pemandangan pun okay hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nk block hati tu? dia buat macam lagu roadblock hati ke? hehehe

      Delete
  7. KADANG APA YANG XINGINKAN TERJADI ITULAH YG TERJADI HATI2 PHAIS

    ReplyDelete
  8. Amboi ckp berani noh kt sini. Nty try sembang ngn member jln kt situ sambil layan angin bawak pelan2 haha try jwb sembang cm tu berani tak? Mau ponti jwb x kesah duk paut kt tengkuk pn xpa hahahahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. berani kerana benar.. eh.. hahaha..

      Delete
  9. Kalau kak ponti nampak motor tu mesti beliau kata, yang biru tu seat kosong. Boleh ajak member join sekali, sekor dok depan..sekor dok belakang. Yang tengah tukang bawak motor :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. mana aci macam tu.. nnti roadblock kena tahan dgn abam JPJ.. lebih muatan..

      Delete
  10. Adoiii hahaa... zaman moto kapcai dulu sy pernah kena tumpang cik pon. Serius ni.. betul. Kat area zoo negara, waktu tu jalan masih 2 hala, belum ada hiway mrr2 lagi. Moto rasa berat, saya tak nampak tapi org lain nampak. Ada juga kete lalu yg naik beam.. lepas tu ada yg tahan beritau lepas sampai area stesyen minyak ampang point.. huh..

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. kalau takut macam mana sekalipun, kuna cuba bagi berani la, sbb islam ajar supaya tak takut dengan makhluk, tapi hanya takut kepada pencipta..

      Delete
  12. Hahaha.. kelakar la ingatkan cerita seram tadi. Tapi rasanya kalau terserempak tu haishhh minta dijauhkanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau boleh, mmg nk mntak simpang dari terserempak..

      Delete
  13. kadang2 tak leh caya tajuk entri dgn content hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kenapa pulak.. kan ada kaitan tu antara tajuk dengan isi.. hehehe

      Delete
  14. logik jgk kah kah kah...tapi kalau dah nampak benda tu dari jauh..sempat le lagi nak borak dgn benda tu ahaha..takut2 nanti press lagi minyak..lawak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. angan-angan dalam kepala je.. sekali selisih, tak kata apa dah, pecut terus..

      Delete
  15. single seat katanya..hahhaa..buatnya nye dia naik tumpang atas bahu...seram oiiii akaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. jangan la atas bahu. berat sebelah nnti.. hehehe

      Delete
  16. single seat katanya..hahhaa..buatnya nye dia naik tumpang atas bahu...seram oiiii akaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti error terklik komen sama dua kali.. heheh

      Delete
  17. Pha Is..alamat masih sama ke..sbb nk pos ole-ole

    ReplyDelete
  18. Hahaha.. boleh lak macam tu.. dia nak tumpang, bukan dia kira seanhle seat or double ke triple ke.. dia tumpang je.. hahaha..

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com