Bila Nampak Anak Kecil Naik Motosikal


Seringkali bila aku naik moto atau kereta di jalan raya, bila aku ternampak satu keluarga naik moto bersama dengan anak, hati aku jadi mudah tersentuh. Lagi-lagi kalau anak tu masih kecil. Lagi-lagi kalau si emak dukung saja anak tu tanpa sebarang perlindungan helmet.

Aku jadi kesian. Lagi-lagi kat si anak. Dengan panas matahari, dengan tak pakai helmet. Aku mudah tersentuh. Mungkin keluarga ni tak mampu dan tak ada pilihan lain, hanya ada motosikal sahaja sebagai alat pengangkutan.

Apa yang aku boleh buat, hanya mendoakan yang baik-baik sahaja. Semoga keluarga ini diberikan keberkatan rezeki yang meluas, agar dikurniahkan rezeki pengangkutan yang selesa dan yang lebih selamat buat ahli keluarga.

gambar dipetik dari Kosmo! Online

Doa seorang muslim terhadap saudaranya tanpa pengetahuan saudara tersebut.


Daripada Abi Darda’ RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Ù…َا Ù…ِÙ†ْ Ø¹َبْدٍ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ٍ ÙŠَدْعُÙˆ Ù„ِØ£َØ®ِيهِ Ø¨ِظَÙ‡ْرِ Ø§Ù„ْغَÙŠْبِ، Ø¥ِÙ„َّا Ù‚َالَ Ø§Ù„ْÙ…َÙ„َÙƒُÙˆَÙ„َÙƒَ Ø¨ِÙ…ِØ«ْÙ„ٍ

Maksudnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”.

Hadis Riwayat Muslim (4912)


Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْÙˆَØ©ُ الْÙ…َرْØ¡ِ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِ لأَØ®ِيهِ بِظَÙ‡ْرِ الْغَÙŠْبِ Ù…ُسْتَجَابَØ©ٌ، عِÙ†ْدَ رَØ£ْسِÙ‡ِ Ù…َÙ„َÙƒٌ Ù…ُÙˆَÙƒَّÙ„ٌ ÙƒُÙ„َّÙ…َا دَعَا لأَØ®ِيهِ بِØ®َÙŠْرٍ، Ù‚َالَ الْÙ…َÙ„َÙƒُ الْÙ…ُÙˆَÙƒَّÙ„ُ بِÙ‡ِ: آمِينَ ÙˆَÙ„َÙƒَ بِÙ…ِØ«ْÙ„ٍ

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.

Hadis Riwayat Muslim (4914)

Sengaja ambil risiko

Tapi baru-baru ni, terlintas di wall FB aku, seorang kenalan fb yang aku tahu ada kereta yang selesa, tetapi masih bawa anak kecil tanpa helmet jalan-jalan makan angin pusing Pulau Pinang. dia ada kereta, jenih bangsa “H” lagi. Tapi tetap memilih untuk risikokan anak naik moto tanpa helmet.

Aku tak tau nak kata apa lagi. Aku flip table! hmm...




Sumber dan Rujukan :

1. Umar Mukhtar Mohd Noor. (2016 Aug 8). Irsyad Al-Hadith Siri Ke-108: Doa Seorang Sahabat Kepada Sahabatnya. Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Diperik dari https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1125-irsyad-al-hadith-siri-ke-108-doa-seorang-sahabat-kepada-sahabatnya

2. Florina Deris. (2023 Jan 6). Ibu bawa 4 anak naik motosikal raih simpati. Kosmo! Online. Dipetik dari https://www.kosmo.com.my/2023/01/06/ibu-bawa-4-anak-naik-motosikal-raih-simpati/



Post a Comment

19 Comments

  1. dulu waktu ldy kecik2, beginilah kami.. arwah ayahanda tidak pernah memiliki kereta sehingga ke akhir hayatnya.. waktu tu kami tidak berfikir tentang isu keselamatan.. just bawa elok2 sahaja.. sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa membantu perjalanan kami.. Alhamdulillah kami membesar dengan sihat dan selamat.. semoga org2 seperti kami dahulu sentiasa dilindungi oleh Allah.. ameeennnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarga saya pun dulu tiada kereta. hanya ada motosikal lama yang hanya untuk kegunaan dalam kampung sahaja. kalau nak bandar beli barang, naik bas je. kalau hujung tahun nak beli barang-barang persekolahan, naik la bas kami semua anak-beranak macam buat rombongan pi beli baju dan peralatan sekolah. bila kami adik beradik dah kerja, baru merasa ada kereta.

      isu yang saya bangkitkan, ada orang yang memang tak mampu, terpaksa bawa anak kecil naik moto tanpa helmet. tapi ada juga yang sengaja mengambil risiko membahayakan keluarga dengan naik motosikal tanpa helmet dan memikirkan keselamatan walaupun sebenarnya mereka ada je kereta.

      Delete
  2. didoakan Allah lindung keselamatn mrk amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin.. semoha Allah lindungi dan meluaskan rezeki kepada mereka yang hanya mampu bermotosikal sahaja..

      Delete
  3. Pernah nampak jiran bawa anak kecil sebab nak hantar pengasuh. Kanan pegang handle motor dan kiri kendong baby. Ish Ish....kalau brek mengejut tu pasti terjatuh baby tu kan?. Bukan orang yang tak mampu tu.....mampu...tapi tu lah....keselamatan No. 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia yang ambil risiko, kita pula yang panas. Hahaha.. Kalau berlaku apa-apa, kan dah susah. Benda macam ni kalau boleh elak, kita elakkan.

      Kalau dah tak ada pilihan lain, kita paham, dan kita pun tumpang simpati. Kita tolong mana yang mampu dan kita doakan yang baik-baik.

      Tapi kalau diorang sendiri yang memilih untuk tak ambil kisah soal keselamatan walaupun mampu, kita tak boleh nak buat apa-apa la. Didoakan semoga beroleh kesedaran...

      Delete
  4. Tapi kalau sengaja cari pasal, jangan la.... kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Kalau dah mampu naik kenderaan yang lebih selamat, kenapa nak bahayakan bayi kecil bawak naik moto secara merbahaya. Kecuali kalau anak tu dah besar sikit, naik dengan berhemah, tanpa ambil mudah soal keselamatan. Kalau macam ni, nak jalan-jalan makan angin pun tak apa.

      Delete
  5. abe kie siap belikan helmet utk anak2 bila naik motor dgn mrka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama.. anak, wife, semua ada helmet sendiri walaupun diorang jarang2 sangat naik moto. sekadar naik jalan-jalan makan angin petang-petang sekali sekala. hari tu siap borong banyak helmet kat kedai helmet. sampai tempat letak helmet kat rumah pun dah penuh.

      Delete
  6. Salam Aidiladha. Saya pun salah seorang guilty parent yg pilih bonceng motor dgn anak2 masa dieorg baby dulu, contohnya nak ke pasar malam sbb senang nak parking motor huhu. Tapi tak de la sampai sambil bawak motor sambil gendong anak; biasanya suami bawak motor saya pegang anak kat tengah2. Tapi bila anak2 dah besar, memang kiteorang belikan helmet dan ajar anak2 pakai helmet setiap kali naik motor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bawa anak tanpa helmet kalau sekadar pusing-pusing taman sambil makan angin. kalau jauh daripada tu, memang pakaikan helmet kat anak.

      semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini. sebaiknya, kalau kita boleh elakkan risiko, kita elakkan. itu lebih baik. :)

      Delete
  7. Salam...dulu...masa kami kecik- kecik..PZ cuma ada moto honda cup biasa je..itulah kenderaan kami..5 beradik ye...adakala kami bergilir2 naik PZ hantar ke sekolah, pasar malam...kenangan sangat...sekarang bila almost semua dh ada kereta kalau nampak ada yang bawak anak ramai naik motor..terus teringat masa kami susah dulu..pernah tahan satu motor yang uzur, bawak wife, anak kecik 3 orang...kami tahan dan tanya nak kemana..kami nak hantarkan...walau ditolak tetap kami pelawa nak hantarkan...rasa puas dapat tolong...kesian kan..dengan hari nak hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita hampir sama. masa arwah ayah meninggal, kami cuma ada motosikal kapcai suzuki lama sahaja. tiada kereta. kalau nak jauh-jauh, pergi asrama contohnya, naik bas saja.

      saya pun mudah tersentuh hati bila nampak sekeluarga naik moto dalam cuaca panas/hujan. semoga Allah balas kebaikan yang PZ dah buat untuk mereka, dan semoga Allah membantu mencukupkan rezeki mereka untuk selesa berkenderaan dengan selamat.

      Delete
  8. semoga Allah pelihara mereka...akk pun seriau tengok mereka yg bawa baby naik motor tanpa security measures...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.... Semoga Allah pelihara, dan kurniakan kecukupan rezeki untuk berkenderaan yang lebih selamat dan selesa.

      Delete
  9. Sesiapa pun mereka... Moga Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga.. pernah tgk si ayah bawa motor roda tiga dgn anak di sebelah. Da kebetulan berhenti di stesyen minyak yg sama kita nak pergi . Cuba menghulur sedikit duit utk bayr kan minyak tpi ditolak dgn ucapan terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin.. semoga usaha tuan dinilai olehNya sebagai satu kebaikan yang menambah timbangan pahala.. amiin..

      Delete
  10. Yg seperti ini banyaaak sekali di Indonesia ini bang. Sedih juga liatnya, tapi saya agak sukar menerima kalo sampai si anak tak dipakaikan helm. Ataaau naik motor hingga 5 orang. Bagi saya sukar diterima, Krn toh angkutan umum yg murah di sini masih banyak. Kenapa hrs ambil resiko yg bisa mencelakakan anak.

    Tapi saya memang tak bisa judge kan. Berharap saja semoga orangtua seperti ini paham dengan bahayanya, dan mau lebih berhati2.

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)