Sebab kenapa blog aku ni bernama Hikayat Budak Pening, sebab sejak kecil lagi aku selalu sakit kepala sampai la sekarang. Cuma bermula tahun 2018, baru aku secara rasminya di-diagnose mengalami penyakit migraine dan ada follow up dengan klinik pakar neurologi di Hospital Pulau Pinang.

Secara lebih tepat lagi, sakit kepala yang aku alami sekarang ini adalah dari jenis migraine dan cluster headache. Cluster headache ni bagi aku lebih parah sebenarnya berbanding migraine biasa. Sangat sakit.

“Cluster headache is a very painful type of headache. It usually occurs in periods of frequent attacks known as clusters. Cluster headaches can wake people from sleep. These headaches cause intense pain in or around one eye on one side of the head. Cluster periods can last from weeks to months”   

-Mayo Clinic

Statistic cluster headache aku

Disebabkan sangat sakit dan sangat kerap, aku akhirnya tulis data sakit aku tu dalam google sheet dalam fon bagi “musim” yang terkini, sejak bulan April-Mei 2024. Total sebanyak 44 attack yang aku rekodkan dalam masa 43 hari.


Dan penemuan hasil daripada data yang aku kumpul tentang cluster headache aku adalah:

maximum attack yang aku terima adalah sebanyak 13 attack cluster headache dalam masa seminggu, purata sebanyak 2 attack dalam masa sehari direct selama 7 hari.

selalunya, cluster headache aku attack selama 30-35 minit. tapi ada sesetengah kes attack yang sampai lebih dari sejam.

cluster headache yang aku kena ni kebanyakannya aku kena masa tengah buat benda ni. paling banyak kali kena, masa aku tengah tidur atau tengah baring.

berdasarkan carta ni menunjukkan ubat tak banyak beri kesan yang baik terhadap tempoh masa aku kena attack. makan ubat ka, tak makan ubat ka, sama je tempoh waktu aku kena attack, malah ada yang lebih dahsyat bila makan ubat.

walaupun masa aku tidur/baring adalah yang paling kerap aku kena attack, tapi kebanyakaknya adalah moderate saja. paling banyak severe attack yang aku kena adalah attack masa aku tengah duduk, makan, dan mandi.

sekian dapatan kajian aku. hehehe... ada sapa nak ambik buat publish paper? hahaha... 

Sumber dan rujukan :

1. Mayo Clinic. (2023 Aug. 26). Cluster headache. Dipetik dari : https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cluster-headache/symptoms-causes/syc-20352080