Saja la kali ni aku nk berkongsi cerita. Sebab sekarang ni kan tengah hangat dengan kes Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan 2024. Dan orang islam pula mula berbalah antara tauhid sifat 20 dan tauhid 3. Aku tak pandai nak kupas Panjang, Cuma nak ceritakan kisah hidup aku saja.
Sifat 20
Dari kecil, selain sekolah rendah harian, budak-budak di kampung aku juga kena pergi “sekolah arab”. Nama saja arab, tapi sebenarnya, cuma kelas KAFA. Kelas tu diadakan pada hari jumaat, sabtu dan ahad sahaja.
di “sekolah arab” tu, bagi mata pelajaran Aqidah, aku diajar tentang tauhid sifat 20. Rasanya kita semua biasa belajar kan? Siap ada nasyid lagi. “Allah Wujud Qidam Baqa’….” Tapi malangnya pengajian tu tak pernah habis.
Ya, aku hafal nasyid sifat 20 tu. Tapi sekadar tahu istilah sahaja. Pengajiannya tak pernah khatam.
Aku tak pasti korang belajar sampai khatam tak kesemua sifat 20 tu. Tapi aku rasa macam aku tidak! Contohnya, hari pertama belajar tentang sifat Allah yang pertama, sifat “wujud”.
Sifat wajib bagi Allah, yang pertama, adalah Allah itu wujud, Allah itu ada. Dan lawannya adalah tiada, Yang juga merupakan sifat mustahil bagi Allah. Sifat mustahil bagi Allah ini pula, juga ada 20 sifat, yang berlawanan dengan sifat wajib tadi.
Adanya Allah itu bukan kerana ada yang mengadakan atau menciptakan, tetapi Allah itu ada dengan zat-Nya sendiri. Dan seterusnyalah, tentang sifat wujud ini. Habis je sifat pertama, masuk pengajian sifat kedua, ketiga, dan seterusnya.
Tapi tak pernah aku sampai hingga ke sifat yang ke-20. Selalu terhenti di tengah jalan. Lepas tu, bila mengaji bab sifat 20 ini, ulang balik sifat pertama, sifat wujud tu. Ulang balik semua. Tapi tak pernah habis.
Masa belajar, ada beberapa persoalan yang aku tertanya-tanya. Kenapa 20? apa beza sifat 20 dengan asma ul husna? Kenapa macam sama saja? kenapa ada sifat yang berulang? Dan sebagainya.
Tauhid 3
Kemudian, bila dah masuk ke sekolah menengah, belajar pulak tentang tauhid 3. aku tak pasti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang aku ambil masa PMR atau dalam mata pelajaran Syariah Islamiah yang aku ambil masa SPM (aliran sains tulen agama).
Tauhid Uluhiyah, Rububiah, dan Asma’ wa sifat. 3 sahaja. Mudah. Sekali belajar dalam 1 kelas pun, dah boleh habis.
Mungkin sebab ini, aku bersetuju dengan pendapat Prof. Madya Dr. Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak, seorang pensyarah di Unisza yang menukilkan dalam Blog beliau pada tahun 2012 yang mengatakan :
Tauhid tiga cukup jelas dan sesuai untuk dipelajari oleh orang awam dan mereka yang baru memeluk islam. Sifat ‘50’ pula ataupun aliran Asyaerah pula sangat penting untuk dipelajari dan difahami kepada mereka yang mendalami pengajian syariah.
Sumber dan rujukan:
1. Maahad Al-Tahzib Wa Al-Ta'alim. (2021 Jan 18). Mengenal Sifat 20 Allah Swt Dan Memahami Penjelasan Tentangnya. Dipetik Dari https://mtwt.edu.my/2021/01/18/mengenal-sifat-20-allah-swt-dan-memahami-penjelasan-tentangnya/
2. Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak. (2012 Feb 2). Sifat 20 dan Tauhid Tiga : Menilai Yang Lebih Utama. Bayu Timur : Hidup sebagai pengembara. Dipetik dari https://muhammadshahrulifwat.blogspot.com/2012/02/sifat-20-dan-tauhid-tiga-menilai-yang.html
3. Muhammad Rashidi Wahab. (2016 Oct 6). Implikasi pengajian konsep Tauhid Tiga. BH Online. Dipetik dari https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/10/199307/implikasi-pengajian-konsep-tauhid-tiga
4. Abdul Rachman Saleh Siregar. (2024). Mengenal Sifat 20 (Awwaluddin Makrifatullah).
5. Ustaz Muhaizad Muhammad. (2021). Belajar Tauhid 3, Tetapi Tak Belajar Sifat 20?. Media Ilmu (Youtube). Dipetik dari https://www.youtube.com/watch?v=fapHGqMAJ6M
5 Comments
terima kasih atas tazkirah pendek yg disampaikan ini.
ReplyDeleteSaya ambil subjek Syariah Islamiyyah masa SPM, tapi lupa pulak pasal Tauhid 3 🤭. Mungkin sebab dah terlalu lama, dah lupa...memori sekitar 30 tahun lalu.
ReplyDeleteyang tauhid 3 tu sy belajar asas je. tu pun dah pening nak faham😁zmn sekolah mcm tu laa
ReplyDeleteAlhamdulillah...terima kasih atas perkongsian, refresh.
ReplyDeleteSaya tahu sifat 20 basic tauhid utk umat islam.. dan kemudian asma ul husna itu nama nama bagi Allah Taala.
ReplyDelete