Mambang Altimet Untuk Malique - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Mambang Altimet Untuk Malique

2.3.18

Mambang Altimet Untuk Malique


Selepas Berjaya merangkul anugerah persembahan terbaik AJL baru-baru ini, kini Altimet terus muncul dengan lagu terbaru dari beliau yang bertajuk Mambang. Dah dengar lagu terbaru ni? Korang patut dengan sebab lirik lagu ni seolah-olah ditujukan kepada Malique!

Kalau belum dengar, nah lagu tu : Mambang

Lirik Mambang (2018) by Altimet


Lirik Lagu Altimet - Mambang (2018)[1]
Title : Mambang
Artist : Altimet
Song Writer : Altimet
Produced, Composed &
Arranged : Alif Ilham & Emir Hermono
Album : Lagu Malaysia Terbaru (2018)
Label : Warner Music Malaysia
Genre : Rap, Hip Hop
Language : Malay


Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang

Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu Aku budak baru kau lepas pandang
Sekarang Aku lagi hantu dari kau mambang

Duduk Gua cuma dengar suara
Dulu Maharajalela di kuala
Yang Aku sangka emas rupanya hanya suasa
Kerenah Lama member nak layan
Pun Dah tak kuasa

Mari Aku lagukan ini
Kiraah Untuk engkau
Bakar Line ludah api studio ini jadi relau
Dulu Tunggang ombak langgar game ini macam todak

Sekarang Macam dah rosak
Kejap Bagi aku congak
9 Tahun 3 album
Bro Aku boleh kira
Dapat Satu tiap tiga yang pertamanya gila

Lepas Tu boleh la
Lepas Tu tak boleh belah
Apa Kes ulang lagu macam karaoke brah
Member Tanya mana pergi engkau punya sengat
Dulu Otak cair sekarang akan naik pekat

Ilham Kering writers block
Pena Kau kena sekat
Dulu Lawas now your ****like
Tak Cukup serat mambang

Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang

Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu Aku budak baru kau lepas pandang
Sekarang Aku lagi hantu dari kau mambang

Aku Tanya apa khabar pada kamu
Kalau Tanya siapa lapar itu aku
Siapa Masak belajar sabar itu kita
Jantan Senyap bila dicabar itu gila

I Can’t stand in the shadows bruh
I’m Too tall
Cant’t Walk in you size uh
They Too small

Guess I’m too big for your boots
And You too much of a kid
For The truth

Kau Acah deep tulis lagu untuk budak acah deep
Still Asleep aku chill buat lagu dengan adeep
Acah Tak kisah kecik hati bila baca tweet
Bro You sweet bawa bertenang ok aku delete

Apa Aku buat semua kau sibuk semak
Baju Kau pakai tak boleh buat aku segak
Apa Aku makan tak pernah buat engkau b***k
Bawah Kain kita lain jangan sampai aku selak mambang

Aku Seru kau masuk balik gua mambang
Duduk Diam jangan qiam di dalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam gelanggang
Kalau Berani jemput datang mari bertandang

Aku Tahu kau bukan calang calang mambang
Orang Lain basah seluar celah kangkang
Dulu aku budak baru kau lepas pandang
sekarang aku lagi hantu dari kau mambang

Mambang, Altimet untuk Malique


Ini just spekulasi dari aku. Eh, bukan aku sorang, ramai yang terfikir pasal Malique bila dengan lagu ni.[2] Terutamanya kalau korang peminat malique. (aku minat la jugak sikit-sikit). Walaupun khabarnya Altimet menafikan, tapi sekali dengar pun dah boleh Nampak kot!

Aku malas nak ulas lebih pasal spekulasi aku ni. Sendiri boleh dengar, sendiri boleh tafsirkan. Cuma aku rasa personality antara malique dan altimet ni agak kontra antara rappers kat Malaysia ni.

Altimet VS Malique



Bagi aku, Altimet tak macam Malique. Altimet terus straight to the point dari segi bait lirik rap dia. Simple, ringkas dan padat. Orang sekali dengar pun dah boleh faham apa yang nak disampaikan.

Mungkin sebab itu dalam lirik lagu Amboi yang menang persembahan terbaik dalam AJL baru-baru ni dikatakan agak pedas dan boleh buat ramai orang tersentap.


Tapi malique lain! Lirik dia berseni. Bait-bait rap dia berlapik. Ada kesantunan dan kelembutan dalam ketegasan. Ibarat cara orang melayu beradab dalam berpesan dan nasihat.

Dan lirik dia pun sekali dengar kadang-kadang susah nak faham. Kena buka kamus! Atau sekurang-kurangnya kena rujuk maksud tersirat yang diterangkan oleh beliau sendiri. Kalau nak bandingkan, aku rasa malique ni level dia dah nak sampai level Eminem!

Contoh macam lagu Mentera Beradu. Sampai sekarang aku tak faham keseluruhan ayat dalam lirik rap dia. Faham sikit-sikit ja.

Personally, aku memang lebih suka Malique berbanding Altimet. Korang minat yang mana satu?


sumber dan rujukan :
1. Pancaswara. (2018). Lirik Lagu Altimet - Mambang. Pancaswara.com. dipetik dari https://www.pancaswara.com/2018/02/lirik-lagu-altimet-mambang.html
2. Azam A. (2018 MAr 1). 5 Rujukan Tentang Malique Yang Ada Dalam Lagu ‘Mambang’. The Vocket. dipetik dari https://www.thevocket.com/5-rujukan-tentang-malique-yang-ada-dalam-lagu-mambang/


p/s : #20HariMenantiCinta

20 comments:

  1. aku pun minat malique lagi berbanding altimet. lirik lagu malique lebih kurang sama level macam lagu m.nasir. lagu m.nasir pun banyak gak tersirat sebab ada berkait dengan hikayat, sejarah, kitab, etc. ni high level punya lagu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni betul.. dalam lagu mentera beradu tu, pergh, bahasa.. hahah

      Delete
  2. Minat Malique. Hihihi. Kalau international, 2pac. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau international x kenal sangat banyak rappers.. kecuali eminem.. heheh

      Delete
  3. yes
    memang layan lagu nih
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Altimet ramai peminatnya...lirik laguya bersahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malique pun ramai peminat.. masing2 ada citarasa dan gaya tersendiri..

      Delete
    2. malique pun ramai peminat.. masing2 ada citarasa dan gaya tersendiri..

      Delete
  5. karya malique blh berpuitis. tgk saja laa ms dia tulis lagu2 utk penyanyi lain lps kuar too phat

    ReplyDelete
  6. Sorang berlapik, sorang lagi straight to the point.. ok bolehlah suka dua2 sbb masing2 ada kelainan tersendiri hehe :)

    ReplyDelete
  7. altimet dah cakap bukan tuju untuk malique tapi untuk diri dia sendiri. Tapi ramai yang tak percaya sebab ada certain part yang fishy. Rap Altimet level biasa jauh beza nak compare dengan malique.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb ada at least 5 part dalam lagu tu yang nampak sangat tuju kepada malique.. bukan satu dua... obvious sangat kot.. hahha

      Delete
  8. suka altimet..dia nyanyi mcm bercakap hihih

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com