Mac Kini Tiba! - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Mac Kini Tiba!

5.3.18

Mac Kini Tiba!


Fuh, akhirnya, bulan mac pun dah sampai. Penantian demi penantian aku tunggu. Hahaha.. kenapa aku tunggu? Stay tuned...

Okay, pernah terfikir tak ada apa pada bulan Mac? Meh aku nak cerita. Apa peristiwa besar pada bulan Mac yang mungin korang tak tahu.


Apa Ada Pada Mac?


1. pembubaran system khalifah islamiah di turkey


Mustafa Kemal Atatürk


Pada 3 Mac 1924, Mustafa Kemal Atatürk telah secara rasminya membubarkan institusi Khilafah dan memindahkan kuasa kepada Parlimen Republik Turki menjadikan Sultan Abdul Majid II sebagai khalifah terakhir umat Islam, bermula daripada perlantikan Abu Bakr al-Siddiq r.a. pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11H sebagai pengganti kepimpinan Rasulullah SAW yang wafat pada hari yang sama.

Untuk berita penuh boleh lihat entri ni : 3 Mac | Hari Ini Dalam Sejarah

2. Kelahiran Sultan Muhammad Al-Fateh



Muhammad II yang  juga dikenali dengan nama Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Edirne. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah. Baginda sangat terkenal kerana berjaya menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

3. Perang Badar



Perang Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun Kedua Hijrah bersamaan 17 Mac 624 M di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Ia pertempuran penting dalam zaman awal Islam dan merupakan titik perubahan dalam perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dengan pihak lawannya di kalangan Quraisy di Makkah.

4. jambatan kedua Pulau Pinang dibuka secara rasmi


Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge

Pada 1 Mac 2014, secara rasminya Jambatan Pulau Pinang Kedua atau dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah dibuka kepada orang ramai. Dan dalam sebulan yang pertama, tiada toll dikenakan bagi melalui jambatan ni.

Untuk cerita penuh, boleh lihat entri : Jambatan Kedua Pulau Pinang 

Aku dan bulan Mac


Tu dari antara peristiwa bulan Mac secara amnya. Tapi bagi diri aku personally, bulan Mac ni pun ada impak besar jugak dalam hidup aku. Antaranya, dalam bulan Mac ni lah berlakunya :

1. birthday aku.
2. birthday tunang aku...
3. bulan dimana kami bakal menamatkan zaman bujang.. insyaAllah..

Dah alang-alang besday kami pun selang 2 hari ja, maka kami decide kahwin dekat-dekat tarikh tu jugak. Senang nak hafal tarikh. Tak payah nak ingat banyak-banyak tarikh penting.

Tapi lepas ni tak ada alasan la untuk aku lupa anniversary.. hmm.. 



sumber dan rujukan:
1. wikipedia : Muhammad al-Fatih. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih
2. Wikipedia : Perang Badar. dipetik dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Badar



p/s : #18HariMenantiCinta

28 comments:

  1. Info mac yg menari..btw bw sini..im done #1891

    http://www.byshaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir....Selamat pengantin baru...

    ReplyDelete
  3. woww... selamat menamatkan zaman bujang...

    ReplyDelete
  4. INFO MACH YG RELATE DGN PERISTIWA BERSEJARAH...HAPPY BESDAY PHAIS N TUNANG SELAMAT PENGANTIN BARU

    ReplyDelete
  5. selamat hari lahir dan selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, walaupun belum lagi.. ehehe

      Delete
  6. assalamualaikum. waaahhh senang lah besday sekali. hehe saveee bajet tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. kita tengok nnti macam mana..

      Delete
  7. dan.... jgn lupa jemput kami tauuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kenduri belah lelaki insyaAllah..

      Delete
  8. Salam bulan Mac PhaIs.. ok, nak ucapkan in advance juga.. Happy birthday dan selamat pengantin baru :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. advance sangat nih..haha..
      thanks anyway..

      Delete
  9. Happy birthday dan selamat pengantin baru...Banyak berita bagus bulan mac ni kan

    ReplyDelete
  10. selamat hari lahir dan selamat pengantin baru :)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. alaa.. jangan la kata macam tuh.. hehhe

      Delete
  13. bab nk kenduri tu bg tau awai2 kalau dak memang tak p laaaa. hahaha. bln mac hari lahir mak mesti igt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenduri belah saya lambat lagi.. hehehe

      Delete
  14. dah masuk bulan Mac ni..dah ada tarikhnya lom..ke next year :-)

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com