Skip to main content

3 March | Hari Ini Dalam Sejarah



Hari ini, pada 3 Mac 1924, Mustafa Kemal Atatürk telah secara rasminya membubarkan institusi Khilafah dan memindahkan kuasa kepada The Grand National Assembly, Parlimen kepada Republik Turki yang dibentuk.

Pengisytiharan itu menjadikan Sultan Abdul Majid II sebagai khalifah terakhir umat Islam, selepas status kepimpinan umat itu berterusan bermula daripada perlantikan Abu Bakr al-Siddiq r.a. pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11H sebagai pengganti kepimpinan Rasulullah SAW yang wafat pada hari yang sama.

Institusi Khalifah berterusan di era al-Khulafa al-Rashidun, disusuli oleh Bani Umayyah di Syam dan Andalus, Abbasiyyah hingga ke tahun 1258 apabila Baghdad jatuh dalam serangan Moghul. Biar pun ia semakin berubah kepada simbol dan konsep, gelaran Khalifah terus hidup di era Mamluki, Fatimiyyah, malah di Sokoto, Afrika, dan seterusnya Osmanlı.


3 Mac 1924 dikenang sebagai salah satu titik terendah dalam jatuh dan bangunnya umat Islam sepanjang zaman.


dipetik dari :
Hasrizal Abdul Jamil. (2013 March 3) facebook page.
(http://www.facebook.com/photo.php?fbid=485506161496914&set=a.208756269171906.46835.189792471068286&type=1&ref=nf)





maa'ssalamah,

Pha is

Comments

  1. pengajaran untuk umat islam sekarang

    ReplyDelete
  2. harap jadi iktibar utk kita.moga agama Allah ni di pertahankan.

    ReplyDelete
  3. hg tak mo tulis psl lahad datu?

    ReplyDelete
  4. Owh, tambah lagi satu ilmu dari pembacaan sya :)

    ReplyDelete
  5. semoga kita mengambil iktibar dr peristiwa nie..dah banyak tuhan tunjukkan seksa pd mustafa kamal..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kat dunia lagi Allah dah tunjuk..

      Delete
  6. tarikh yang sepatutnya semua umat Islam tahu dan ambil pengajaran

    ReplyDelete
  7. Dia ini memang teruk..kesan sekular masih segar sampai ke hari ini terutama bagi orang Islam

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi