ramai dah yang cakap pasal kejadian yang berlaku kat Lahad Datu. ramai dah yang ulas. sebolehnya, aku malas nak jadi "nasi tambah." lagipun, aku bukannya ahli untuk membicarakan pasal peristiwa ni. tapi, tiba-tiba member aku si sarah ada komen dalam entri yang sebelum ni, bertanya kepada aku :

"hg tak mo tulis psl lahad datu?"
-sarah

kalau aku nak tulis pasal sejarah, dah banyak blog yang share. kalau aku nk tulis pasal berapa pejuang negara kita yang dah meninggal, dah ramai orang sedia maklum.

aku cuma nak tulis, bila berlakunya peristiwa ni, aku sedih. sedih sangat, apabila sesama umat islam terpaksa berperang sesama sendiri, sampai mengakibatkan pertumpahan darah.

dah la orang melayu islam dalam negara kita sendiri dah berpecah, berbalah dan "berperang" kerana politik. Sekarang, ada pulak pertempuran sesama orang islam, sampai melibatkan kematian.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."
(An-Nisaa' 4:29)

Doa aku, agar kejadian ni cepat setel. harap tak ada lagi orang islam yang dibunuh, atau membunuh.

untuk info tambahan, boleh rujuk disini : http://tausug-global.blogspot.com/

sumber gambar : 
Ismi Aisah. facebook cover photo. (2013 March 4). retrieve from http://www.facebook.com/photo.php?fbid=528580700520422&set=a.447208001991026.105228.100001054893371&type=1&relevant_count=1

maa'ssalamah,

Pha is