26.2.18

Taman Rimba Teluk Bahang

sungai teluk bahang

Macam yang aku dah pernah cerita dalam entri Mandi Laut vs Mandi Sungai, aku memang kaki andi sungai, tapi tak suka mandi laut. baru-baru ni pulak aku dan family sempat plan nak mandi sungai kat Taman Rimba Teluk Bahang. memang menjadi la plan tuh.


Tarikan di Teluk Bahang


kalau korang datang ke Penang, aku rasa Teluk Bahang adalah tempat yang patut  korang singgah sebab macam-macam ada kat sini. antaranya :

1. Taman Rimba (Hutan Lipur) teluk bahang - camping dan mandi sungai
2. Taman Negara Teluk Bahang - hiking / jungle trekking, naik bot, mandi laut [lihat entri Taman Negara Pulau Pinang Antara Yang Terbaik Di Asia]
3. Empangan Teluk Bahang - view cantik, dan kejohanan perahu naga
4. Entopia - taman rama-rama yang baru renovate yang sangat besar
5. Toy Muzium
6. Escape park - taman tema air (terbaru) dan taman tema aktiviti hutan [lihat entri Pharmiliday 2013 | Escape Theme Park]
7. pantai Teluk Bahang
8. jalan berliku lereng bukit - naik moto memang layan [lihat sini : Jalan Layan Corner Penang]
9. jalan keras - terkenal dengan kisah seram dari mulut mat rempit [lihat entri Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala]

see! banyak kan tarikan yang ada kat Teluk Bahang. padahal kawasan dia kecik je. oh, kalau nak ke sana, korang patut try naik bas Penang Hop-On Hop-Off . layan kot! [lihat entri Review | Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off by Blogger Utara]

cuma kali ni aku nak share pasal Taman Rimba tu je.

Taman Rimba (Hutan Lipur) Teluk Bahang


tarikan utama kat taman rimba ni adalah sungai. memang best mandi sungai kat sini. terutamanya lepas dah renovate dimana sungai tu dikorek dan bersimen nampak macam kolam. boleh berenang puas-puas!. Dua dalam 1. sungai, tapi macam kolam.


air memang jernih. memang puas hati la kalau mandi sebab boleh muka mata dalam air, nampak clear.

tapi ada orang komplen kata sungai di taman rimba Teluk Bahang tak feel rasa macam mandi sungai sebab dia tak "natural", bukan sungai lagi dah tapi dah jadi kolam, cuma guna air sungai je.

kalau korang rasa macam tu, tak ada masalah, tak jauh dari situ ada sungai titi terawang. korang boleh ke sana. tapi kat sini tak ramai yang tahu (dan tak ramai yang mandi) atas beberapa sebab. hehehe..

[lihat entri Bersilat di Titi Kerawang]

bersilat di sungai Titi Kerawang

p/s : #25HariMenantiCinta

26 comments:

  1. lama tak mandi air terjun... kena gi holiday juga ni...

    ReplyDelete
  2. Zumal pun lebih suka mandi sungai daripada mandi laut...

    ReplyDelete
  3. MENARIK. Sungai di simen kan, tak jerlus la kan, sbb takut lemas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. x perlu risau lantai sungai sebab memang nampak klear x de pasir.. selamat x jerlus.. heheh

      Delete
  4. Dulu zaman study kat penang, tak sempat nak pergi Teluk Bahang. Tapi escape park dah pernah pergi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. escape baru sekali je pergi.. pergi sekali je sbb mahal.. heheh

      Delete
  5. Bestnya mandi air terjun.. nak ajak anak2 g jugak laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mandi air terjun ni org tua2 pun seronok jugak.. hehehe

      Delete
  6. sy smpi empangan je... pastu g jeti kt taman negara tu... nnt dtg penang boleh laa sggh kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelah tu je.. dekat sangat dah.. lain kali maybe..

      Delete
  7. Lama rasanya tak mandi sungai pulak bila tengok ni. Seronok tempat mcm ni apatah lagi ia terjaga.. mmg syoook!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini memang agak terjaga.. tandas pun ok..

      Delete
  8. best kan mandi dekat tempat orang tak ramai. Baru syok nak mandi.

    ReplyDelete
  9. x ramai org baru best nk berendam..agak2 ada tak orang terkecning dlm kolam tu

    ReplyDelete
  10. dh bukak ke taman rimba nie sbb thun lpas ttup utk renovate...

    ReplyDelete
  11. Kalau pegi hari sekolah, ramai orang tak?

    ReplyDelete
  12. salam Pha Is, taman rimba campsite ok dak? ada pengalaman camp kat situ overnight?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pernah camping kat situ.. camping pakai khemah pernah, sewa hostel kat situ pun pernah.. tapi dah lama la.. berkemah kat situ tahun 2003. overnight sewa hostel kat situ tahun 2011 kalau tak silap. dua2 pengalaman best..

      Delete