Skip to main content

Review | Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off by Blogger Utara

[awas, entri bergambar]

Seperti yang telah aku janjikan dalam entri “Prelude | Famtrip Funride Penang Hop-on Hop-off”, dan "Teaser Fam Trip Fun Ride with Penang Hop On Hop Off",  pada 25 Oktober 2015 baru-baru ni, kami geng #BloggerUtara telah mengikuti rombongan che kiah dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bas Penang Hop-On Hop-Off, The Original Double Decker Tour of Penang di sekitar kawasan pantai dan Bandar Pulau Pinang.

antara ahli geng Blogger Utara yang berkesempatan join Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off ni antaranya CikpinzAmaninaAryshafayyadhElZai ZamreeAliaFarah, Pha IsIzzeydaSiti Nurzafirah, dan Murni

Penang Hop-On Hop-Off, The Original Double Decker Tour of Penang


Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off by #BloggerUtara

bas Penang Hop-On Hop-Off ni beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga pukul 8 malam setiap hari.
Bermula jam 10 pagi, kami geng #BloggerUtara berkumpul di Gurney untuk memulakan perjalanan. Bas ni ada dua pilihan sama ada beach route ataupun city route. Mulanya kami naik laluan pantai (beach route).

Penang Hop-On Hop-Off Beach Route


menunggu bas di bus stop Penang Hop On Hop Off nombor 1 di Gurney Drive, bus stop yang terletak di hadapan Gurney Plaza.  


pagi tu ada briefing sikit dari staf Penang Hop On Hop Off. nampak tekun kan aku dengar briefing tu. bukan macam Nina. entah apa la yang dia tengah buat tu. hehehe.

antara view dari atas bas Penang Hop-On Hop-Off di laluan pantai.
picture credit to Nina


I like this picture!

bagi aku, beach route ni memang sangat-sangat best, terutamanya kalau korang naik sebelah pagi. dengan cahaya dan suhu yang masih suam-suam kuku, memang layan menikmati permandangan sekitar pesisir pantai di pulau pinang dengan bas Penang Hop On Hop Off ni.

kalau dok kat bahagian open yang kat atas tu pulak, memang layan angin macam duk atas kapal. tanpa henti dari tanjung bungah, pantai miami, pantai batu feringghi, sampai la ke taman negara teluk bahang.

thorbaek la...!
.
memang layan baq ang..!

aku post gambar naik bas Penang Hop-On Hop-Off ni sampai member penang aku komen :


"hang ni macam tak pernah mai penang!!" 

padahal aku orang penang. nampak tak, sampai orang penang sendiri pun yang dah pernah banyak kali lalu kat laluan yang bas tu pun, still... rasa best gila pusing2 negeri sendiri dengan bas Penang Hop-On Hop-Off ni.

bayangkan feel dia kalau korang orang luar dari penang.!

Next, selepas 2 jam, kami tukar bas pulak, naik bas laluan Bandar (city route). Walaupun beach route ambil masa 2 jam, tapi tak terasa pun 2 jam tu berlalu, sebab masing-masing asyik bergambar dan layan corner layan permandangan sepanjang perjalanan tu.

Penang Hop-On Hop-Off City Route


turun untuk tukar bas City Route pulak. 

dalam laluan kali ni, banyak pergi tempat-tempat yang menarik kat dalam bandar Penang. antara tempat-tempat tu termasuklah Botanical Garden, Kuil Kek Lok Si, Bukit Bendera, Fort Cornwallis, Komtar, Penang Times Square, Masjid Negeri Pulau Pinang dan sekitar bandar George Town Unesco World Heritage Site.

dia punya hembusan angin sampai boleh terlelap. 

antara permandangan yang boleh dilihat dari atas bas Penang Hop-On Hop-Off melalui city route. kalau naik kereta, mesti korang tak pernah perasan gambar meriam kat fort Cornwallis tu kan? (gambar kiri bawah)
gambar kredit kepada Nina

city route ni pun best jugak. ada beberapa tempat tarikan pelancong yang dia bawa, yang ada antaranya aku orang penang sendiri pun tak pernah tau.

Pilihan Cara Naik Bas Penang Hop-On Hop-Off


sebenarnya, bila korang beli tiket bas Penang Hop-On Hop-Off ni, korang ada beberapa pilihan cara nak naik. antaranya :

1. Turun bas untuk melencong sekejap

kalau korang rancang nak singgah lama sikit kat salah satu perhentian tu, korang boleh turun je. ada perhentian yang diorang akan stop (Standard stop), dan ada perhentian yang diorang akan stop kalau korang nak berhenti kat situ (on demand stop). kalau nak berhenti kat "on demand stop", tekan je loceng macam naik bas biasa.

peta. klik gambar untuk tumbesaran sempurna.


yang kaler biru tu "standard stop" manakala yang kaler pink tu "on demand stop".
klik gambar untuk tumbesaran sempurna

sebagai contoh, katakan korang nak mandi sungai kat hutan lipur teluk bahang. korang turun je kat perhentian nombor 33 (taman rimba), tinggalkan bas tu, then pergi mandi manda, hu-ha-hu-ha kejap. lepas tu bila dah habis mandi, korang tunggu kat bus stop tempat korang turun tadi.

kalau korang nak naik kat standard stop, memang bas ni akan berhenti kat situ. tapi kalau korang nak naik kat on demand stop, korang kena pull the pole sehingga tanda berubah menjadi "Pick Me Up". lihat gambar bawah ni:



nanti akan ada bas Penang Hop-On Hop-Off ni yang akan berhenti pick up korang. jarak masa untuk setiap bas datang ke setiap stop lebih kurang 20-30 minit. tak perlu bayar tambah, sebab tiket korang sah untuk mana-mana bas Penang Hop-On Hop-Off dalam masa 24 jam! itu pun kalau korang beli tiket yang 24 jam la. ada yang untuk 48 jam punya.

2. Naik Bas Penang Hop-On Hop-Off Tanpa Turun

ini style yang kami geng #BloggerUtara buat. sebab nak jimat masa, kami tak turun bas. cuma bergambar dari atas bas je. lagipun, dalam bas tu dah ada macam tour guide bagi penerangan pasal tempat-tempat menarik sepanjang laluan tu melalui speaker.



kalau rasa panas, masuk kat bahagian dalam yang ada aircond. kalau cuaca kurang panas dan nak rasa sedap angin bertiup, keluar kat bahagian open kat atas bas tu.

kalau nak buat macam ni, tak nak turun dah kat mana-mana stop, korang naik je dua-dua laluan sampai puas.! your choice..

Cara Beli Tiket Bas Penang Hop-On Hop-Off


korang boleh beli tiket terus atas bas double decker ni, atau kat kaunter tiket bergerak di perhentian Gurney Drive (stop 1) atau di perhentian chowrasta market (stop 9). harga tiket bas Penang Hop-On Hop-Off untuk warganegara malaysia yang mempunya MyKAD adalah seperti berikut:


- Dewasa - RM19 (24 Jam) dan RM 32 (48 Jam)
- Kanak-kanak / OKU / Pelajar - RM12 (24 jam) dan RM 20 (48 jam)
- Kanak-kanak di bawah umur 5 tahun : PERCUMA

sekarang ada promosi! kalau korang tempah tiket secara online dari 1hb September 2015 hingga 30hb November 2015, boleh dapat harga RM 5! caranya:


1. daftar dan isi BORANG DAFTAR PENYERTAAN PROMOSI TIKET RM5 ni
2. diorang akan email-kan pengesahan pendaftaran.
3. print salinan pengesahan email tu dan bawa masa naik bas.
4. bayar hanya RM 5 atas bas nanti.

[edited on 29/1/2015 : harap maaf, promosi RM 5 ni dah habis disebabkan sambutan yang tersangat meriah]

junior-junior usm aku ada tanya cara nak beli tiket ni sebab diorang plan nak bergambar pre-konvo pakai jubah konvo usm atas bas ni. kreatif kan idea diorang? kalau korang nak bergambar pre-wedding pun cun jugak. just sayin.. hehehe..

Terima Kasih Penang Hop-On Hop-Off!


Ucapan jutaan terima kasih dari kami Geng #BloggerUtara buat pihak Penang Hop-On Hop-Off kerana sudi menjemput kami Blogger Utara untuk mempromosikan Penang HOHO dan menaja makanan petang kami di Seoul Garden, Gurney Plaza.

lepas ber-HOHO, kami melantak pulak. 
gambar kredit kepada Nina

thanks Penang Hop-On Hop-Off. dah belanja makan, siap dapat sijil lagi. hehehe..
(gambar) sijil disampaikan oleh dari Junior Executive Hop-On Holidays, Munirah Roslan dari MyHop-On Hop-Off kepada wakil Blogger Utara, Cikpinz. Cik Munirah ni datang khas dari Kuala Lumpur untuk melayan kami.
(gambar kredit kepada Nina)   


Cuti sekolah pun bermula, buat yang tengah merancang nak bawa family bercuti boleh singgah utara. Pakat mai sini...

review by Blogger Utara yang lain : 


1. Amanina Mads. (2015 Nov 1). Fam Trip Fun Ride Penang Hop-On Hop-Off (Penang HOHO); Kisah Seiring Usia. dipetik dari http://sukasamko.blogspot.my/2015/11/fam-trip-fun-ride-penang-hop-on-hop-off.html


untuk maklumat lanjut berkenaan Penang Hop-On Hop-Off :

http://www.myhoponhopoff.com/

Tel : +6 04-899 2713
Fax : +6 04-899 2713
Hot-Line : 1800-88-5546

For inquiry please contact Marketing Department :
Tel : +6 03 92822713
Fax : +6 03 92822716
Email : inquiry@myhoponhopoff.com | angeline.chen@myhoponhopoff.com

Blogger Utara FB Page

Comments

  1. Terbaik la entri Pha Is..kita enjoy....

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni kita enjoy! dengan nora danish plak.. hehehe

      Delete
  2. wow enty menarikk..rasa nak p lagi naik hop on hop off...hehehehe

    ReplyDelete
  3. wow...menarik...idea pre wedding tu boleh la pha is merealisasikan..... hehe

    murah je pun tiket hop on hop off ni ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh baru perasan, yg xdak sekali ngan depa.. awat x join depa?

      Delete
    2. hahaha....depa tak bagi join.... :P ada keja hari tu....urusan seri paduka baginda

      Delete
  4. Wow sangat menarik.. jimat duit transport klu bercadang nak pusing pulau.. boleh singgah kejap kat mana2 ..

    ReplyDelete
  5. sari boleh pusing2 penang dgn bas saja...best juga tu..

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak naik bas.
    Baca entry ni teruja pulak nak naik bas hop on hop off tu. Tapi kat Seremban takdak na... Semua bas berbumbung

    ReplyDelete
  7. ND ..?? argh... meroyan je kan hampa..

    ReplyDelete
  8. wah bestnye...rietta sendiri xpernah naek...hmm....bleh buat plan cuti sem ni...hehehe...siap makan kt seoul garden....sukanya....

    ReplyDelete
  9. giler kentang ride hari tu
    happening
    tkasih pada pihak penganjur
    hopefully ada next plan tuk #bloggerutara
    gooooooooooooooo #Bloggerutara

    ReplyDelete
  10. dah lama tak pusing-pusing penang bestnya naik bus

    ReplyDelete
  11. rupanya geng blogger utara dapat invitation utk buat review lah ni dari Penang Hop-On Hop-Off..bestnya lah hai...ada baca di blog Firah

    ReplyDelete
  12. wahh...perlu cepat ni kalau nk dapat harga rm5 tu

    ReplyDelete
  13. best dan enjoy kan Pha Is...lepas nie jom naik HOHO KL pulak..heee

    ReplyDelete
  14. ingat dalam group suka bahan nina dalM blog pun buat hihihi

    ReplyDelete
  15. nak tiket nak tiket ada giveaway kan

    ReplyDelete
  16. dengar citer cem ada orang buat show salin baju =P hahaha..

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. ZF dah dapat tiket kan semalam..boleh la naik HOHO pasni..

      Delete
  18. Replies
    1. jom Nina kita ajak Pha Is pi lagi..boleh membahan lagi hehe

      Delete
  19. Kalau dekat, kompem Sha rebut promo Rm5 tu. Untung betul :)

    ReplyDelete
  20. menarik tu naik bas penang hop-on hop-off

    ReplyDelete
  21. Dah habis dah promo RM5 tu.. hehehe.. X sempat nak merasa naik..

    ReplyDelete
  22. Wow bestnya. Teringin juga nak merasa naik bas penang hop-on hop-off

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi