Ride | Pantai Merdeka - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Ride | Pantai Merdeka

19.3.18

Ride | Pantai Merdeka


Kalau hari tu aku share pasal Ride ke Gunung Jerai, kali ni aku share pasal jalan ride ke Pantai Merdeka pulak. Segalanya bagi melengkapkan jelajah lagu Cinta Pantai Merdeka

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...

Okay, Back to the topic, tetiba aku rasa gian nak ride tapi malas jalan jauh, jadi aku open table untuk sapa-sapa nak join ride santai yang pendek ke Pantai Merdeka. Akhirnya, dapat jugak 12 biji moto follow.


Jalan Gua Kepah (P107)



RV (rendezvous) kat KFC bertam untuk tunggu geng dari Kulim. then aku bawak diorang lalu jalan ni ke Pantai Merdeka. jalan ni memang layan jugak la sebab banyak koner dan koner dia tajam 90 darjah.

Tapi tak boleh laju sebab jalan kampung. Pasir pun banyak. Tapi kalau stakat ride santai-santai lalu tengah sawah padi layan angin petang-petang memang sempoi ah.


Jalan K172 (Pekan Kota-Pantai Merdeka)



Lepas tu lalu jalan K172. Memang kalau nak ke pantai merdeka, orang selalu guna jalan ni kalau dari pekan kota. Sini pun koner rilex-rilex sebab jalan kampung tapi view dia memang nice la.

Pantai Merdeka


Dah sampai Pantai Merdeka, pekena ais kacang gunung jerai lu. lepas tu balun laksa Pantai Merdek plak sambil layan angin pantai.

gambar lepak bersama ZarulChai sambil pekena laksa Pantai Merdeka. Cai ni otai R25 dan pemilik fon Huawei P10 Plus yang ambik gambar semua ni. hahaha.. 




p/s :
 #4HariMenantiCinta

24 comments:

  1. Nice lyrics.
    Interesting ride
    Great destination.

    ReplyDelete
  2. Lagu tu akak suka..
    Happy riding.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu orag Kedah.. kalau suka lagu tu, kna mai kedah mai kat tempat2 dalam lagu tu..

      Delete
  3. lama tak p pantai merdeka hahaha.. xtau nk cari apa kt sana

    ReplyDelete
  4. Tak pernah sampai Pantai Merdeka lg tapi lagu tu feveret masa kecik2 dulu, hafal kot

    ReplyDelete
  5. tak pernah sampai ke Pantai Merdeka ni..hrp2 nti ada pluang

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah la kalau sampai kedah.. hehehe

      Delete
  6. lama x ke siniiiiii last time sy smpi 2010 kot warrghhhh mesti dah byk berubah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. pantai dia pun dah banyak berubah..

      Delete
  7. terbaek.. teringin nak pegi sana.. hehe

    ReplyDelete
  8. blog semakin cantik dan kemas..

    ReplyDelete
  9. Laksa Pantai Merdek plak? Merdek tu apa hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. typo.. kasi chance la.. hehehe

      Delete
  10. apa lagi yg ada selain ais kacang dan laksa tu..boleh mandi tak? air laut kat pantai tu bersih tak? sbb kalau pantai kat morib tu kurang org mandi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu boleh mandi... masa saya kecik2 la.. skrg tgok pasir dia pun dah kasor.. kadang2 tgok hitam macam berselut la plak.. mcm dah x sesuai je mandi..

      Delete
  11. Hehehe... baca ni teringat pulak lagu tu.
    Dah lama tak dengar.

    ReplyDelete
  12. Seronok ye berkonvoi to utamakan keselamatan tau

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com