Makhluk Halus Berbulu di Air Terjun Puteri Mandi - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Makhluk Halus Berbulu di Air Terjun Puteri Mandi

12.3.18

Makhluk Halus Berbulu di Air Terjun Puteri Mandi



Air terjun puteri mandi, Gunung Jerai, Kedah



Pernah dengar nama air terjun puteri mandi ni? baru-baru ni aku tersesat sampai ke air terjun ni. yes, tersesat! Sebab plan asal nak hiking ke puncak gunung Jerai, Kedah. Tapi rupanya trail yang kami lalu tu hanya untuk ke air terjun puteri mandi ni je. Hiking 3km hanya untuk ke air terjun!

tangga kenari, tangga hiking ke gunung jerai


Kami tahu dah yang tangga kenari tu trail yang betul untuk ke puncak gunung jerai, tapi saja try trail yang satu lagi sebab Nampak dalam peta macam trail ni bersambung, rupanya tak. So, tersilap trail. Kira sesat la jugak...

pintu masuk trail hiking ke air terjun puteri mandi dari air terjun titi hayun


Tapi bila dah sampai ke air terjun puteri mandi ni, serius tak menyesal walaupun tak sama dari plan asal. Sebab air terjun ni sangat cantik. Tinggi gila! Air sejuk pulak tu. Siap boleh mandi lagi. 


Jarak masa dan perjalanan ke air terjun puteri mandi



Lagipun, nak ke air terjun puteri mandi ni pun dah kena hiking hampir 3 jam. Dah macam hiking naik gunung dah! 3 km sehala menjadikan total 6km hiking pergi dan balik. Kalau ikut apps yang kawan aku guna, total 7.47 km pergi balik. 

seberang sungai

0900 - 1130 : hiking dari Titi Hayun Forest Eco Park ke Ait terjun Puteri Mandi
1130 - 1200 : mandi di Air Terjun Puteri Mandi
1200 - 1330 : hiking balik dari Air Terjun Puteri Mandi ke Titi Hayun Forest Eco Park


rehat kejap. mana mai entah asap putih kat belakang tuh

air terjun puteri mandi. tinggi. tak sure berapa ratus meter


Air kat sini memang sejuk gila. Kami mandi tengah hari pun sejuk macam rendam dalam air ais. Sampai kaki aku kejang. Sejuk sangat. Masa hiking turun balik tu memang sambil tahan sakit kaki kejang. Nasib baik ada member bawa ubat tahan sakit. 

mandi luu.. pantang nampak sungai!

Makhluk Halus Berbulu di Air Terjun Puteri Mandi


#MisiMuatBajuPengantin

Masa kami ke sana, balik je dari air terjun puteri mandi tu, kami terserempak dengan makhluk halus berwarna hitam  yang agak berbulu. sehinggakan bila sampai je kat bawah, salah seorang dari kami masuk hospital bahagian unit kecemasan akibat buatan makhluk halus berbulu tu!

Kisahnya begini. Masa hiking balik, tetiba kawan aku rasa ada benda berbulu sentuh tengkok dia. Dia kais buat tak tau ja. Lepas tu rasa macam ada benda dalam baju dia. Lepas buka baju, tengok dah 1 badan berbintik-bintik!

Sampai je kat bawah, dia dah macam lemah dah. Terus kami bawak pi hospital. Bila kat hospital, dia kena tahan wad kecemasan yellow zone. Dahsyat tak dahsyat buatan makhluk halus berbulu tu.

Makhluk halus berbulu tu memang orang kampung area situ tau, memang dia ada kat area hutan gunung jerai tu. Orang kampong kat situ panggil makhluk halus berbulu tu dengan nama “ulat bulu”. Yup, member aku kena allergic reaction sebab ulat bulu terjun dari atas pokok masuk dalam baju.

Seram tak?  



p/s : #11HariMenantiCinta

52 comments:

  1. Cisss... gigih kakak baca. Hahaahha... btw terhibur dan suspen sungguh aihhh!

    http://www.byshaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. menarik betul tgk air terjun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik n rare smpai nak krna hiking lebih 2 jam utk ke sana saja..

      Delete
  3. Alamak dalam fikiran saya bila baca perkataan makhluk halus berbulu tu refer benda mistik rupanya ulat bulu aduii terkena saya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Halus la jugak kan, sbb dia x besar, kecik ja..

      Delete
  4. chaishhh... kena tipu. hahaha...

    ReplyDelete
  5. hahaha
    ingatkan hantu bigfoot ke apa
    rupa2 ulat bulu
    hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau big foot dia dah x jadi makhluk halus..
      dia dah jadi makhluk kasor.. hahaha

      Delete
    2. dah la kasor.. berbulu plak tu.. bulu2 pun mesti kasor macam rambut kak limah.. hehehe

      Delete
  6. saspen je.

    berani yee hampa pi ayaq terjun tuu
    kami tak berani. hari pun dah senja masa tu. jalan2 atas je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. plan asal kami nak naik atas, tapi tersilap trail.. hehehe

      Delete
  7. Wah dah sampau Yan ya...ulat bulu jgn buat main mmg demam miang buluya..sepupu kak kerja kat spital Yan sbg matron.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. hebat tu, matron.. tapi hari tu kami bawak ke hospital sungai petani.. sebab mula2 dia x mau pi hospital. tapi masa on the way balik dah parah dah, terua bawak pi hospital terdekat masa tu..

      Delete
  8. Agak dah. Betul saja tekaanku.
    Tapi asap tu.. Ada org bunian tgh masak kot.

    ReplyDelete
  9. HMM, DAH AGAK DAH ASAP ROKOK /VAPE, LAPORPOOO!!!
    TAK KAN TAK JUMPA ANY PUTERI PON, ITULAH BANYAK SANGAT BAWAK KIMIA, HEHEHEHE...PUTERI KAN SUKA YANG NATURAL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak jumpa pun mana2 putri sebab dalam hati ni dah tersimpan nama puteri lain.. hehehe

      Delete
  10. Alahaii.. beriya baca sampai habis.. tapi air terjun tu memang cantik.

    ReplyDelete
  11. Khusyuk betul baca plus dengan gambar-gambar cantik last last ulat bulu Ya Allah buat aku cemas je haha

    ReplyDelete
  12. Cantik tempat ni.. tenang pun ye juga. Cuma kena hati2 dgn makhluk halus je, lebih2 lagi klu yg jenis berbulu tu, eh huhu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya makhluk tu.. sampai ada org masuk wad.. jangan main2..

      Delete
  13. Moga kawan Pha Is tu cepat baik hendakNYA.
    Gigih akak baca dan tak terfikir apa dia makhluk berbulu itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. malam tu dia dah boleh keluar..

      Delete
  14. pha is bab pekena org mmg pandai. tp titi hayun tu serik dh nk p.. ada anak jiran mati hempap pokok dpn mata dan sorg lg budak ikut atuk naik atas bukit

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib kami baru ni semua selamat. Alhamdulillah..

      Delete
  15. Gigih baca sampai habis, ending dia buat orang naik minyak je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik minyak x pe.. jangan naik bulu ja.. hahahaha

      Delete
  16. ingatkan makhluk halus yg serammm tu..huhu

    ReplyDelete
  17. nasib baik tersesat ke Air Terjun buat nye tersesat ke Pantai Merdeka..acaner hihih

    ReplyDelete
  18. Ada nampak puteri tengah mandi tak? hihih

    ReplyDelete
  19. ciss..itu ke makhluk halus tu...mula2 dah seram..takut nak hiking ke air terjun tu...ahaha..adoilah...

    ReplyDelete
  20. Klau yg tk biasa naik tu kena guna guide kn? Mcm mna nk contact guide tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi je kat pejabat renjer gunung jerai kat gurun tu. situ ada

      Delete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com