Superbike mesra pembonceng muslimah - Hikayat Budak Pening Hikayat Budak Pening: Superbike mesra pembonceng muslimah

21.3.18

Superbike mesra pembonceng muslimah


Dah lama tak tulis entri pasal motosikal.

Sebagai seorang rider single tapi akan menamatkan zaman bujang beberapa hari sahaja lagi, antara perkara yang aku fikirkan adalah cara supaya aku dapat kongsi hobi aku ni dengan my future wife.

That’s the dream!

Tapi masalah mula timbul bila moto aku sekarang, Yamaha YZF R25 bernama GadisBertudungBiru termasuk dibawah katagori “sportbike” yang agak tak mesra penumpang, terutamanya penumpang muslimah.



Terutamanya bab posisi badan. Bagi sportbike, posisi penunggang pun dah kena tunduk menonggek, apatah lagi posisi penumpang di belakang yang seat lebih tinggi, yang sememangnya memerlukan posisi yang lebih seksi dan berahi. [Lihat entri Naik Superbike Kena tonggek]


Superbike mesra pembonceng muslimah


Jadi antara plan aku untuk masa hadapan adalah untuk tukar jenis superbike bila nak upgrade cc nanti. Antara beberapa model middle-weight level superbike yang sedang berlegar dalam fikiran aku sekarang antaranya dari jenis naked bike, sport touring bike, ataupun chopper.

Naked bike



Walaupun berbanding dengan sportbike, naked bike lebih selesa dari segi posisi tunggangan, tetapi sebenarnya tak banyak jauh sangat perbezaannya. Masih kena tunduk, Cuma tunduk yang santai. kelebihannya, masih boleh nakal layan koner walaupun tak sehebat sportbike.

Antara sedang dalam pilihan aku termasuklah :

1. Honda CBR650



2. Yamaha MT 09



Sport-Touring bike


Sport touring bike ni posisi memang sangat selesa. Badan tak perlu tunduk dan Nampak posisi tunggangan yang lebih sopan dan ‘steady’. Masih boleh seronok layan koner tapi tak boleh merapat sangat la disebabkan body selalunya lebih besar dan berat untuk counter stearing.

Antara yang aku dok pandang-pandang termasuklah :

1. Benelli TRK 502


2. Kawasaki Versys 650



3. Yamaha MT 09 Tracer



Chopper


chopper ni paling rileks dan paling steady dari segi posisi badan. kelemahan utama, konfom dah tak seronok nak layan koner sebab design dia yang agak inconvenience untuk ambik selekoh tajam dengan kelajuan high speed corner.

so far yang aku dok ushar dari jenis ni cuma 1 model je:

1. Kawasaki Vulcan S



korang pilih yang mana? cadangan?


p/s : #2HariMenantiCinta !

22 comments:

  1. tahniah..selamat pengantin baru phais dan pasangan semoga bahagia hingga ke jannah
    pilihan moto tu kena tanya bakal wife dia yang duk kt blkg tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks El...
      tu la.. tunggu lepas kahwin baru nk berbincang.. hehehe

      Delete
  2. betui. Kami naik moto ng laki kami pun sama. walaupun moto LC ja, tapi taku takut gak kang ternampak macam pic yg kat atas tu naya

    ReplyDelete
    Replies
    1. pic yg atas tu kalau sport bike mmg mesti jadi macam tu punya.. tapai kalau naik kapcai x ada masalah, cuma jaga baju dengan tudung ja sebab kalau laju dia terbang nnti terselak..

      seeloknya pakai jaket dengan kemas dan tudung masukkan dalam jaket, baru kain tudung tak terbang n terselak. baju pun kena labuh supaya boleh duduk atas baju masa duduk, baru tak terselak.

      selain tu, pakai lah seluar.. walaupun pakai kain berstokin panjang, tetapi nampak bentuk betis kering.. tak elok..

      Delete
  3. Kalau Mrs. A semestinyalah chopper rilex je cara duduknya.
    Sesuai dengan faktor usia yang dah matang aka tua huhuhu....

    ReplyDelete
  4. Wah lagi beberapa Hari lagi ke.. Tahniah ye

    ReplyDelete
  5. Selamat pengantin baru. nampak best semua superbike tu :)

    ReplyDelete
  6. AlAlhamdulill . Sampai sudah jodohnya ye.. Tahniah.. Cantik-cantik model motor yang dikongsi tu..

    ReplyDelete
  7. setia dgn ex5 ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
  8. Sport touring bike ni slalu nmpk org dok jln jauh mcm p travel tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. mmg selesa walaupun jalan jauh..

      Delete
  9. aku cadangkan Yamaha MT09 Tracer. cadangan drpd segi design body la. bab lain aku tak reti. huhuhu...

    ReplyDelete

Hikayat Budak Pening © . Designed by MaisarahSidi.com