Orang malaysia ni kan mudah terikut-ikut. Bila tgok taukey produk kecantikan pakat boleh jadi jutawan, yang lain pun pakat nk try. yer la, siapa yang tak nak jadi jutawan kan? 


Senang je tektik dia. dia. Beli produk luar secara bulk berkilo kilo. dah beli secara bulk, komfom la murah kan. Lepas tu balik rumah bungkus comey-comey, letak sticker sendiri, letak nama sendiri, letak muka sendiri, buat penjenamaan semula.  Siap!


Harga? Jual mahal-mahal. Sebab orang Malaysia ni mudah tertipu. dia ingat yang mahal-mahal ni sebab ekslusif. ini bukan produk cikai-cikai beb, produk mahal nih! berkualiti! kononnya lah.

Mahal kat Testimoni je


Bijak kan? Kos kurang sebab beli secara pukal, untung pulak berganda sebab jual mahal-mahal. Modus operandi dia senang je, buat testimoni bnyak-banyak, lepas tu print screen. Orang malaysia ni kan mudah kena tipu dengan testimony!


Ala, bukan susah pun buat testimoni. bukannya nak kena keluarkan duit banyak macam kompany-kompany syarikat pharmaseutikal ubat yang keluarkan duit berbillion-billion semata-mata nak buat kajian klinikal, dari fasa 1, fasa 2 sampai la fasa 4 (post marketing phase). cuba tanya tengok pasal fasa clinical trial semua ni, haram tak tahu! tahu untung je.

Nak buat usaha extra mile? Nak bagi lagi laku? Senang je. Buat iklan gedik-gedik!  Setel! Nak dengan tak nak je. Isu dia Sanggup dengan x sanggup je.  Nampak x permainannya disitu?

Penipuan Suplement


Yang suplement pun tak nak kalah!  Dia punya claim, ya Auloh! Kanker pun buleh sembuh. pakai letak je nama penyakit semua yang dia pernah dengar, kat poster, kat brochure. semua tu boleh sembuh kalau ambik produk dia! Tinggal tak letak claim kalau ambik suplement dia, mati bleh hidup balik je..

Paling simple, tapi berkesan, dia bagi info yang salah. Dia jual Vitamin, tapi dia claim kononnya sehari badan perlukan 1000mg vitamin C. 1000mg wei! padahal sehari badan yang sihat perlukan 70mg sehari je! Beza 1000mg dengan 70mg dia kencing! rasa-rasa berkat ke rezeki tu dengan menipu?


Produk PenunggangAgama


nak lagi dahsyat? tambah sikit claim special. produk ni dah dibacakan 33 juzuk! 33 juzuk wei! 30 juzuk tak cukup power! kalau nak lagi power? 44 juzuk! orang melayu ni pantang dengar nombor 44! tak cukup tunggang orang, dia tunggang Agama pulak.

Siapa yang jadi mangsa? Customer la!  Beli produk murahan tanpa kualiti dengan harga yang ekslusif tak masuk akal. Ingat mahal-mahal tu sebab buat researh ke aper, rupanya mahal kat testimoni je. kena kencing kat situ je.


Lepas tu bila aku tegur, kata aku dengki tak boleh tgok org melayu berniaga, PHD,  kacau periuk nasi orang. Kalau berniaga jujur tak pe. produk buat sendiri, kilang sendiri, ada buat kajian klinikal sendiri. aku tegur apa yang salah.

bila dah kena serbu, dan produk kena rampas dengan penguatkuasa farmasi, buleh pulak dia kata "saya tak halal kamu rampas produk saya!"

"kak rasa jual produk secara salah ni, rezeki tu halal ke?" 

Hmmm...

bacaan tambahan : 


rujukan :