Skip to main content

Bila Share Maklumat Kesihatan

banyak blog yang aku jumpa share perkara kesihatan. kalau sekadar tips2 kesihatan, petua2, itu tak ada masalah. yang menjadi halnya bila kita share maklumat kesihatan yang agak berat dan serius, tapi maklumat tersebut tidak benar.


sebagai seorang blogger


sebagai seorang blogger, kita kena berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu perkara. jangan hanya pikirkan trafik blog semata-mata. fikirkan sama kesan dan impak dari penulisan kita. contoh yang aku nak tekankan kali ni tentang perkara kesihatan.

sebagai student farmasi, ada beberapa entri yang aku pernah jumpa orang share pasal kesihatan (pasal ubat terutamanya) yang mungkin kurang tepat malah boleh mengelirukan masyarakat.

contoh, tentang isu panadol, isu konspirasi ubat dan vaksin, kononnya ubat moden ni konspirasi yahudi bla bla bla... penat-penat aku belajar pasal ubat 4 tahun bagai nak rak, orang boleh kata ubat tu hanya konspirasi. seriusly?

pastikan dulu sumber maklumat kesihatan tu dari mana, dan kesahihan serta tahap reliable sumber tu. jangan main share sahaja. hal kesihatan kadang-kala tak boleh nak dibuat main. kalau orang lain percaya dan amalkan, lepas tu berlaku sesuatu yang buruk (mintak simpang), sapa nak tanggung?

kedua, tahukah korang yang kalau mengikut akta ubat (iklan dan penjualan) 1956, korang boleh didenda sehingga RM 3000 atau penjara 1 tahun atau kedua2 jika disabit bersalah mengiklankan produk kesihatan yang mendakwa boleh menyembuhkan 20 jenis penyakit (lihat senarai kat bawah ni) tanpa sebarang kajian clinical yang kukuh?

senarai 20 jenis penyakit yg tidak boleh diiklankan.

1. Panyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

so, kalau nak share pasal produk-produk kesihatan, berjaga-jagalah. kalau boleh, pastikan dulu ubat tu berdaftar dengan Biro Pengawalan farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) - kini dikenali dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara, NPRA. kalau nak check ubat atau produk tu sama ada berdaftar atau tak, boleh check kat sini : QUEST  - Product search

untuk maklumat lanjut tentang perkongsian maklumat kesihatan ni, boleh lihat entri ini : Etika Menyampaikan Maklumat Kesihatan

sebagai seorang pembaca


dan sebagai seorang pembaca, kita kena faham yang maklumat di internet boleh ditulis oleh sesiapa sahaja. jadi, kena pandai gunakan akal yang waras untuk tapis dan menilai apa yang kita baca. jangan sekadar percaya membuta tuli.

jadilah pembaca yang bijak.



sumber dan rujukan  : 
Portal Rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangssan, Kementerian kesihatan Malaysia. http://portal.bpfk.gov.my/
Nota Kesihatan. (2013 Jun 17). Keraguan Suntikan Vaksin | Penjelasan oleh Ketua Pegarah Kesihatan KKM dan JAKIM. dipetik dari http://notahidupsihat.blogspot.com/2013/06/keraguan-suntikan-vaksin-penjelasan.html
Hikayat Budak Pening. (2013 June 11). Etika Menyampaikan Maklumat Kesihatan. dipetik dari http://pening-pala.blogspot.com/2012/06/etika-menyampaikan-maklumat-kesihatan.html

Comments

  1. thanx for sharing... setiap benda ada akta rupanya.. :)

    ReplyDelete
  2. ye betul, tidak semua apa yang kita baca, kita kena cedok bulat-bulat.. :)

    ReplyDelete
  3. risau kalau adik2 kita yg baca.... adik2 yg masih sekolah ni kekadang pemikiran dia belum dewasa.... percaya je apa yg dia baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu sebagai seorang blogger, kita kena bertanggung jawab, jgn sebarkan perkara yg memudharatkan..

      Delete
  4. InsyaAllah,,..time kasih atas ingatannya..

    ReplyDelete
  5. dh jd tanggungjawab yg tahu memberitahu yg xtahu kan pha is tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni x de la tahu sangat.. sekadar menyampaikan apa yg saya belajar.. hehehe.
      smoga bermanfaat..

      Delete
  6. Ya...jadi pengguna yang bijak, pembaca yang berfikir dan blogger yang bertanggungjawab.
    Thanks tuan doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, saya bukan doktor.. tapi pelajar farmasi je.. heheh

      Delete
  7. thanx for sharing...InsyaAllah ~_^

    ReplyDelete
  8. Terbaik! Peringatan bersama. Selidik dulu sebelum publish :)

    ReplyDelete
  9. baru akak tahu mengenai 20 jenis penyakit dan akta itu.. kena lebih peka selepas ini jika nak share berkenaan ubat-ubatan di blog.. ianya perlu dipastikan kesahihan terlebih dahulu.. menabung nandos.. :D

    ReplyDelete
  10. Ya, bukan penulis je yang perlu bijak. Pembaca pun kena ada kepala yang betul agar tak 'pening-pala'! hehe...btw thanks for the great sharing!

    ReplyDelete
  11. pernah dengar pasal akta 20jenis penyakit tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la.. yg penting amalkan.. heheh

      Delete
  12. betul tu pha is...selalu ramai yg share dlm fb....

    ReplyDelete
  13. nice info...baru tahu ada akta sebegini......

    ReplyDelete
  14. THANK YOU VERY MUCH DEAR FOR SHARING. wah, cepat2 kakni check entry kakni kot2 ada yang menyalahi undang2 mcm pha is tulis kat atas ni, fuh... seb baik lah x de. sbb qaseh gold yg kakni dok promote tu mknn kesihatan, ia supplement dan bkn ubat, so x de tulis boleh merawat penyakit sekian sekian... thanks again dear.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. bagus la.. kalau promot sebagai makanan khasiat tambahan okay, x de masalah..

      Delete
  15. setuju sangat! jadi la pembaca dan blogger yang bijak.. jangan tau nak post je tapi tak amik tau kesahihan benda yang nak d post tu.. hehe..

    ReplyDelete
  16. terima kasih share pasal akta tu. something new for me

    ReplyDelete
  17. memang bayak org sekarang yg kongsi maklumat2 macam ni, selain pasal ubat-ubatan tak kurang juga banyaknya pasal status halal sesuatu produk atau makanan sedangkan kesahihannya tidak diketahui drpd sumber yang sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal halal ni pun satu hal.. kalau kita nk sebarkan kata produk ni halal atau tak, kena check jugak dulu.. takur tersebar maklumat palsu.. kesian pengusaha tu kalau dia difitnah, x pasal kita jadi agent penyebar fitnah..

      Delete
  18. Salam n selamat tahun baru 2014.tq share pasal ni. Mmg blogger sepatutnya menulis sesuatu yg baik nnelak drpd share atau tulis sesuatu yg x pasti n diluar bidang kitakan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. seelok-eloknya tulis apa yg kita tahu.. jgn memandai-mandai... kalau nk tulis apa yg diluar bidang kita x de masalah, cuma pastikan ianya betol. rujuk kepada ahlinya.. heheh

      Delete
  19. Peringatan yg sgt baik ni Pha Is.. t kasih diatas perkongsian ye.. :)

    ReplyDelete
  20. itulah.blogger sepatutnya post sesuatu yg dia faham, jgn main post sesuka hati. Banyak juga denda tu ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kalau disait kesalahan, x pasal nk kena bayar denda..

      Delete
  21. yes. dan sbg seorang yang ada kaitan dengan ubat serta penyakit hana jugak rasa agak terkilan. cehh kemain lg. haha tak la. kadang benda2 mcm nie penting tp sebab excited terlampau dorang pown update la tanpa mencari dan menilai kesahihannya. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkilan..? waa.. hahahah
      org sekrang suka bnda pelik2.. walaupun bnda tu x pasti lagi betol atau x..

      Delete
  22. sebagai pembaca kita mmg perlu bijak dari segi segala aspek yg kita baca..bukan tgk aspek jangka pendek je..fikir jgak aspek jaga panjang..btw,thanks pha is share link utk check produk yg berdaftar ke x.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u're welcome.. lepas ni sebalum share atau promot, boleh la check dulu.. heheh

      Delete
  23. oh...pernah bc pasal panadol tak baik kalau kerap ambik..betul ke? huhu kn kaji dan rujuk sebelum percaya pd sesuatu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat apa2 pun, kalau makan berlebihan mmg akn jadi x elok, bukan panadol je.. tapi kalau ambil panadol dengan cara yg betol n disarankan oleh doktor dan ahli farmasi, x de masalah.. :)

      Delete
  24. betul tu..mcm mcm org ckp ubat itu tidak hancur dalam badan selama 5 taun la..abeh tu kalau tak hancur nape dia tak kuar ikut najiss...

    ReplyDelete
  25. betul tuh..!! ramai blogger main share jer..ada tuh main copy dan langsung takde ubah apa2..kadang ne keliru dengan maklumat yang d bagi..dah masukkan pha is dalam bloglist saya,^^

    ReplyDelete
  26. thanks for the info..
    skrg ni trend org share bulat2, percaya bulat2.. tapi tak dari mana sumbernya. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. bahaya trend macam tu... yg jadi mangsanya pembaca yg percaya bulat2 apa yg dibaca..

      Delete
  27. Replies
    1. x boleh macam tu.. kena tengok sama apa yg kita tulis..

      Delete
  28. jarang cari maklumat pasal ubat2 kat internet en Pha Is, macam tak boleh percaya sangat je. baik pergi tanya kat farmasi/doktor sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus2.. itu yg sebaiknya.. tapi kalau x de masa, boleh cari maklumat di internet, tapi pastikan cari di laman yg berkredibiliti... kalau kat blog, tengok dulu sumber dari mana n pikir 2-3 kali dulu la..

      Delete
  29. akak nak bagi cenderahati kepada 3 pengomen terbanyak untuk bulan lepas.. pha is salah seorang dari 3 orang tu.. nanti pha is bagi details nama, alamat dan nombor telefon ke http://www.mizzaiza.com/p/blog-page.html

    ReplyDelete
  30. uwah3. bekem abang farmasi. hee. tapi betulla. bila benda2 mengarut ni tersebar, pastu org ramai main percaya je membuta tuli, habis jatuh kredibiliti orang2 kesihatan. jenuh pulak nak explain citer sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik najihah pun apa kurangnya.. farmasi ke, penolong farmasi ke, sama2 ada peranan dan tanggung jawab.. heheh

      Delete
  31. baca boleh, percaya tu kena pastikan dulu sumber2nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. elok diamalkan macam tu.. heheh

      Delete
  32. setuju ngan entry nih. kadang2 blogger2 ni pun bukan selidik dlu apa yg diorang tulis. maen copy paste je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu la saya berharap lepas ni x de lagi blogger yg buat macam tu.. sama2 kita selidik dulu apa yg kita tulis.. jadilah blogger yg berkredibiliti dan bertanggung jawab

      Delete
  33. sbb tu nina takut nk share info2 kesihatan tkut salah bg info nanti merana org. hehe
    apapun boleh tnya pha is pasal ubat2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. mana yg saya boleh tolong jawab, saya jawabkan.. hehehe

      Delete
  34. betul sekali paiz, jangan berkongsi fakta yang kita sendiri tidak sahih. Bukan setakat ubat, benda lain pun kena pastikan kesahihannya sebelum di publish

    ReplyDelete
  35. betul...ada benda kita kena pastikan kesahihan dia baru la kita share :)

    ReplyDelete
  36. wow...bru rietta tahu....igtkan maen iklan jerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iklan ni pun ada akta... x bleh main sebat iklan je.. hehehe

      Delete
  37. Good entry dari seseorang pakar ubat.Yelah kan,kadang kadang kena siasat dulu sebelum menyebarkan apa apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la pakar sangat pun.. baru student lagi.. heheh

      Delete
  38. kadang klau husna terbaca entry yang macam tu, nak percaya 100% tu xdelah tapi sekadar langkah berjaga2 tu mungkin.. benda nak jadikan kita tak taw.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol. kena hati2.. better safe than sorry.. :)

      Delete
  39. erm.. cmne yer nk komen.. geram dengan org yg copy pastu tajuk dan artikel yang hits..pehtu tak letak credit,, hangin!! ape pun good info pait,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pasal ciplak karya orang tu satu hal. pasal tak check dulu kesahihan plak 1 hal.. hehe

      Delete
  40. Salam,
    then kementerian kena lah kuatkuasakan undang2 menyaman orang2 yang buat iklan cam gitu.
    banyak sangat dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. mmg cita2 saya nk masuk bidang farmasi bahagian penguatkuasaan.. doakan yer. heheh

      Delete
  41. Betul tu... sebagai blogger... kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis/paste sepenuhnya... so berhati2... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. jadilah blogger yg bertanggung jawab..

      Delete
  42. sebelum post pastikan maklumat tu sahih dan dari bukti yg boleh dipercayai :)

    ReplyDelete
  43. terima kasih atas pencerahan ni pha is, kita kena cakap dengan fakta bukan auta :)

    ReplyDelete
  44. Thanks share pha is. Next time kena careful klu nak buat entri tentang ubat2 ni,

    ReplyDelete
  45. Saya baru tahu wujud kesalahan mengiklankan produk kesihatan yang mendakwa boleh menyembuhkan 20 jenis penyakit di atas. Apa-apa hal pun sembuh sesuatu penyakit kuasa Allah jika kena ubatnya walaupun tidak ada kajian klinikal yang kukuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. sama seperti yg telah saya tulis dalam entri "ilmu farmasi ilmu syirik".. ubat tak ada kuasa penyembuh. ia cuba asbab untuk kita sembuh kerana kuasa penyembuh semuanya pada Allah semata.. :)
      itu dari segi keberkesanan. tapi yg kat atas tu dari segi pengiklanan.. sebab kalau tanpa bukti yg kukuh tapi dah dakwa boleh sembuhkan macam2 penyakit, dah macam ada unsur2 penipuan disitu.. :)

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac