Testimoni | Boleh Percaya ke?


Testimoni | Boleh Percaya ke?


Banyak produk-produk kosmetik dan kesihatan sekarang ni dakwa yang produk diorang tu berkesan hanya bermodalkan testimoni-testimoni pelanggan. Persoalannya, betul ke testimoni semua tu? Boleh percaya ke?

Betul ke testimoni pelanggan?


Sebelum tu, meh aku nak cerita satu kisah benar yang diceritakan sendiri oleh "mangsa" testimoni yang merupakan kawan aku.

Alkisah, dulu kawan aku ni masa1st year usm takde la gemuk mana tapi berisi sikit. Then masa 3rd year dia usaha jaga makan, turun bersenam beberapa kali seminggu,  dan hasilnya lepas 4th year dia kurus. At least nmpak jelas la perbezaan dengan sebelum ni.

Kemudian, ada seorang agent produk "kesihatan" ni perasan perbezaan kawan aku ni. Lantas agent tu tanya kawan aku, dia nk mintak gambar kawan aku masa sebelum dan selepas kurus,  katanya nak buat testimoni produk dia.

Kawan aku ni pun tak bagi la. Hoi, Banyak cantik! Kawan aku ni penat-penat jaga makan exercise semua tu smpai setahun baru nak nampak hasil, agent tu senang-senang je mintak gambar nak buat testimoni padahal kawan aku ni mana ada ambik mana-mana produk apa pun.

Nampa tak disitu? Sapa-sapa pun boleh jadi dan buat testimoni.

Testimoni menipu



Lagi satu aku heran, terutamanya produk kosmetik yang nak bagi nampak cantik ni. Kalau nak buat testimoni tu pun, buat testimoni biarlah jujur. Dah sebelah gambar tak bemekap sebelah lagi ada make up. Klau testimoni make up takpe la jugak. Ni suplement je pun.

Dan lagi 1 kes, sebelah gambar kamera biasa, sebelah lagi kamera setting face beauty kulit flawless tak mau mau, lepas tu kata produk ni mencantikkan kulit. Oh, come on! Testimoni apanya kalau macam tu?

Sudah-sudah la nak menipu pun. Berkat ke rezeki kalau guna testimoni menipu ni?

Testimoni reliable?




Dan katakanlah kalau betul sekalipun testimoni tu memang gunakan produk dan betul-betul alami perubahan, ada jaminan ke yang perubahan tu adalah disebabkan produk tersebut tanpa ada faktor yang lain?

Mungkin selain produk tu, dia ada betul-betul ubah gaya hidup kearah yang lebih sihat berbanding sebelum ambik produk, yang menjadi faktor perubahan dia. Kita mana tau?

Jadilah pengguna yang bijak


Kita sebagai pengguna juga kena bijak. Jangan mudah terperdaya dengan testimoni semua ni. Selidik dulu betul-betul. Kena ingat,  produk kesihatan ni kalau silap ambik merana badan. 

Bukan tak bagi percaya langsung. Cuma jangan mudah percaya semua. Sebab testimoni ni kalau dalam ranking evidence (bukti) kepada dakwaan kesihatan ni, dia yang paling last. Sangat tak reliable, sangat tak boleh percaya. Banyak unsur penipuan dan bias boleh berlaku.

kalau tak boleh percaya testimoni, nak percaya siapa?



Pertama, pastikan produk tu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Bila berdaftar sekurang-kurangnya ada pemantauan dari KKM. Nak tau macam mana nak check, boleh lihat kat sini : Iklan Ubat di Blog

Kedua lepas konfom berdaftar, rujuklah berkenaan produk tersebut dengan pengamal kesihatan yang bertauliah, contohnya dengan doktor atau ahli farmasi. Jangan harapkan Testimoni je!

Comments

  1. Salam maulidur rasul phais...testimoni hanya nk lariskan jualan produk je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tpi boleh jadi unsur2 penipuan.. hehe

      Delete
  2. hahaha.. kadang2 mudah terpengaruh dengan testi.. testi pun tipu pulakk

    ReplyDelete
  3. Setuju...ada perasan juga testimoni macam ni...tambah pula sekarang ada fungsi beauty di kamera masing masing

    ReplyDelete
  4. Untung kat rumah ada mesin timbang berat hehe

    ReplyDelete
  5. Kalau dah diet cmna nak gi makan-makan lagi macam ni

    ReplyDelete
  6. Hari ni makan ais kacang ada Naik tak berat badan tu

    ReplyDelete
  7. berlambak testimoni sekarang -____-

    ReplyDelete
  8. memang tak percaya tesnimoni ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak bagi percaya langsung, cma kna bijak menilai.. hehehe

      Delete
  9. Perkongsian yang bagus.. Ramai yang tak sedar pasal ini.. share bagus nie..

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing, mmg klu tgk testimoni, hebat belaka hasilnye....

    ReplyDelete
  11. sy jarang percaya... melainkan ia terbukti dpn mata sy kalu benda2 mcm ni

    ReplyDelete
  12. testimoni pon kadang bukan betul sangat..xkata semua la..tapi ada sesetengah nya yang tak boleh nak dipercaya..kena banyak berhati-hati. Yang penting ilmu tu kena ada dan ambil tahu mengenai produk yang kita nak beli tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol1.. yg penting kna ada ilmu..

      Delete
  13. testimoni .. sebelah gambar gelap..sebelah gambar terang..cahaya lebih...x payah nak tipu sangat...

    ReplyDelete
  14. nasib tak mudah percaya dan tak suka nk cantik lebih2. ermm kna buang cuci muka the face shop tu ada SLS

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa membazir plak kalau buang.. hehehe

      Delete
  15. tp produk yg xdak testimoni lg tak bleh percaya..😅

    husna kalau produk kecantikan susah laa sikit, tp kalau utk kesihatan mmg suka tgk testimoni itupon after selidik sesikit pasal produk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ke..? habis tu produk ubat yg digunakan oleh doktor2 seluruh dunia semua tu mana ada testimony.! semua pakai kajian saintifik dari randomised controlled clinical trial double blind, dan sebagainya.. mana ada pakai testimoni semua ni tapi sangat boleh dipercayai sebab kajian tu tak dapat nk disangkal.

      pokoknya, yang penting kena tengok ada kajian dulu.. sebab testimoni tu x memberi jaminan apa2 pun, kalau nk dibandingkan dengan kajian clinical trial yang lebih sistematik, kurang bias dan lebih telus.

      testimoni pada saya ibarat macam hadis dhaif dalam agama. hadis dhaif kalau bab fadhilat ibadat, para ulama' terima untuk diamalkan tetapi langsung tak boleh diterima untuk dijadikan "hujjah" sesuatu hukum.

      testimoni pada saya hanya sebagai pelaris produk. tak lebih dari itu. kalau nak membuktikan yg ianya berkesan atau tak, kita kna tengok kajian yang lebih sistematik.

      sekian pendapat saya.. hehehehe

      Delete
  16. Ade jgk testimoni yg dibayar yg tu lg bahaya...!

    ReplyDelete
  17. Mujurlah Mrs. A pun bukan jenis yang percaya sangat dengan testimoni.

    Betullah tu macam contoh testimoni make-up tu sebelah gambar gelap, sebelah gambar flawless. Haish! pleaselah itu sumer poyo.

    Yang flawless tu sebenarnya guna apps 365%.

    Kekdahnya pengguna harus bijak jangan mudah tertipu macam Tipah.

    ReplyDelete

Post a Comment