banyak blog yang aku jumpa share perkara kesihatan. kalau sekadar tips2 kesihatan, petua2, itu tak ada masalah. yang menjadi halnya bila kita share maklumat kesihatan yang agak berat dan serius, tapi maklumat tersebut tidak benar.
sebagai seorang blogger
sebagai seorang blogger, kita kena berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu perkara. jangan hanya pikirkan trafik blog semata-mata. fikirkan sama kesan dan impak dari penulisan kita. contoh yang aku nak tekankan kali ni tentang perkara kesihatan.
sebagai student farmasi, ada beberapa entri yang aku pernah jumpa orang share pasal kesihatan (pasal ubat terutamanya) yang mungkin kurang tepat malah boleh mengelirukan masyarakat.
contoh, tentang
isu panadol, isu konspirasi ubat dan vaksin, kononnya ubat moden ni konspirasi yahudi bla bla bla... penat-penat aku belajar pasal ubat 4 tahun bagai nak rak, orang boleh kata ubat tu hanya konspirasi. seriusly?
pastikan dulu sumber maklumat kesihatan tu dari mana, dan
kesahihan serta tahap reliable sumber tu. jangan main share sahaja. hal kesihatan kadang-kala tak boleh nak dibuat main. kalau orang lain percaya dan amalkan, lepas tu berlaku sesuatu yang buruk (mintak simpang), sapa nak tanggung?
kedua, tahukah korang yang kalau mengikut
akta ubat (iklan dan penjualan) 1956, korang boleh didenda sehingga RM 3000 atau penjara 1 tahun atau kedua2 jika disabit bersalah mengiklankan produk kesihatan yang mendakwa boleh menyembuhkan 20 jenis penyakit (lihat senarai kat bawah ni) tanpa sebarang kajian clinical yang kukuh?
senarai 20 jenis penyakit yg tidak boleh diiklankan.
1. Panyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.
so, kalau nak share pasal produk-produk kesihatan, berjaga-jagalah. kalau boleh,
pastikan dulu ubat tu berdaftar dengan Biro Pengawalan farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) - kini dikenali dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara, NPRA. kalau nak check ubat atau produk tu sama ada berdaftar atau tak, boleh check kat sini :
QUEST - Product search
untuk maklumat lanjut tentang perkongsian maklumat kesihatan ni, boleh lihat entri ini :
Etika Menyampaikan Maklumat Kesihatan
sebagai seorang pembaca
dan sebagai seorang pembaca, kita kena faham yang
maklumat di internet boleh ditulis oleh sesiapa sahaja. jadi, kena pandai gunakan akal yang waras untuk
tapis dan menilai apa yang kita baca. jangan sekadar percaya membuta tuli.
jadilah pembaca yang bijak.
sumber dan rujukan :
Portal Rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangssan, Kementerian kesihatan Malaysia. http://portal.bpfk.gov.my/
Nota Kesihatan. (2013 Jun 17). Keraguan Suntikan Vaksin | Penjelasan oleh Ketua Pegarah Kesihatan KKM dan JAKIM. dipetik dari http://notahidupsihat.blogspot.com/2013/06/keraguan-suntikan-vaksin-penjelasan.html
Hikayat Budak Pening. (2013 June 11). Etika Menyampaikan Maklumat Kesihatan. dipetik dari http://pening-pala.blogspot.com/2012/06/etika-menyampaikan-maklumat-kesihatan.html