31.7.11

prank hidung berdarah



Sejak dari kecil, hidung aku memang selalu berdarah. Tetiba je. Tanpa sebab. Nak kata sebab aku terangsang seperti yang berlaku dalam mana2 cerita anime (contohnya tok kura dalam cerita dragon ball), tak mungkin sebab dulu2 masa aku budak lagi, mana la aku terfikir pasai benda2 macam ni.

Symptom ni memang tak sakit langsung. Walaupon masa aku kecik2 dulu. Dan dah banyak kali dah aku gunakan “penyakit” aku ni untuk perkena (prank) orang. 

Aku ingat lagi, masa aku kecik dulu, masa tu aku tengah main “masak-masak” dengan budak2 yang lain. Tengah aku “konon-kononnya” sedang balik dari kerja. Tetiba je hidung aku berdarah.

Lepas tu semua kawan2 aku lari sebab takut tengok hidung aku berdarah. Aku pulak selamba derk je pi kejar diorang dengan darah yang menitik-nitik keluar dari hidung. macam cerita hantu la pulak. hehehe..

Banyak lagi kes prank yang aku buat melibatkan hidung berdarah. So far, prank yang paling berkesan aku rasa masa aku form 2 kat asrama sekolah aku.

Masa tu awal tahun. Dan time tu aku pekena budak2 junior (form 1) yang baru masuk asrama. Maklumlah, budak baru masuk asrama 2-3 hari. Takut dan skema habis. Malam tu, lepas makan  supper, hidung aku berdarah. Aku pon pi la basuh darah tu kat singki kat tepi dewan makan.

Kebetulan, ada budak form 1 yang Nampak aku. So, diorang pon Tanya la pasai hidung aku tu.

“asssalamualaikum, abang. (diorang wajib bagi salam. Kalau tak bagi salam, memang nahas la diorang akan kena) hidung abang tu kena apa?”

“waa’laikumussalam. Hidung abang ni berdarah sebab tadi kena tumbuk dengan budak form 5.”

“HAH..!!!” masa ni aku tengok muka diorang dah pucat dah. “betul ke bang?”

“betul la.. sebab tadi budak form 5 tu minta roti (makanan supper) abang tapi abang tak bagi. Lepas tu terus dia tumbuk abang. .” kata aku sambil membersihkan saki-baki darah di lobang hidung aku.

“tak sakit ke?” soal diorang dengan penuh cuak.

“dulu masa abang form 1 dulu memang la sakit. Tapi lama2 dah biasa dah. Klau setakat kena tumbuk sampai hidung berdarah tu, dah lali dah..” masa ni aku tengok budak2 form 1 tu dah saling berpandangan. Muka dah risau.

“ala... tak payah risau la.. nanti lama2, korang akan biasa la. normal la tu kalau dok kat asrama.” Nasihat aku kepda mereka dengan penuh serius. Gamaknya budak2 tu dengar sambil telan air liur kot. Hehehehe... 


Pha is

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 36




Terjemah hadits :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Rasulullah saw bersabda : Siapa yang menyelesaikan kesulitan seorang mu’min dari berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan kesulitan-kesulitannya hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang dalam kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah selalu menolong hambanya selama hambanya menolong saudaranya. Siapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, akan Allah mudahkan baginya jalan ke syurga. Sebuah kaum yang berkumpul di salah satu rumah Allah membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya diantara mereka, niscaya akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka dikelilingi malaikat serta Allah sebut-sebut mereka kepada makhluk disisi-Nya. Dan siapa yang lambat amalnya, hal itu tidak akan dipercepat oleh nasabnya

salam ramadhan..

just short update. nak post poster yg baru aku buat. cincai2 je ni... hehehe.. papepon, selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..!!!!









Pha is

30.7.11

korek hidung masa berpuasa

PERINGATAN : ini bukan hidung aku..!!!


aku rasa ramai yang dah tau pasal perkara ni. dulu, masa kat sekolah dulu, kita diajar bahawa antara perkara yang membatalkan puasa ialah dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. contoh yang paling mudah, korek hidong.

tapi, beberapa tahun yang lalu, dalam perjumpaan bersama naqib usrah masa aku form 5 dulu, beliau (naqib) aku tu ada cakap kat aku yang korek hidung semasa berpuasa tidak membatalkan puasa.

menurut beliau, asalnya, perkara yang membatalkan puasa ialah makan dan berhubungan sex. tapi oleh kerana bila kita makan, kita memasukkan makanan (sesuatu) kedalam mulut (rongga badan), dan bila kita berhubungan sex, kita memasukkan "sesuatu" ke dalam "sesuatu" (juga rongga badan), maka ada yang meng-qias-kan perkara ni dengan "memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan".

tapi kata beliau, kalau diikutkan "sebab-musabbab" dan bukannya "perbuatan" semata-mata, maka perbuatan makan itu mengenyangkan dan memberikan tenaga manakala perbuatan berhubungan sex itu memuaskan nafsu. 

oleh sebab itu, perkara yang membatalkan puasa ni ialah apabila melakukan perbuatan yang mengenyangkan, memberikan tenaga, atau menaikkan nafsu. contohnya, kalau kita disuntik dengan glucose atau bahan yang boleh memberikan tenaga, walaupon tidak melalui rongga badan, tetap batal puasa.

oleh yang demikin, kata beliau, korek hidung atau korek telinga di siang hari semasa bulan ramadhan tidak membatalkan puasa kecuali kalau korek dengan penuh bernafsu..!!! hahaha..

p/s : perkara ni disampaikan kepada aku malalui lisan. kalau nk dibuat rujukan, jangan amik kat sini. untuk maklumat tambahan dan keterangan lanjut, tanyalah kepada mereka yang lebih alim dan lebih mursyid... harap maklum.


Pha is

29.7.11

darbuka (دربوكة‎)

Sejak dari sekolah rendah lagi, aku dah mula berjinak-jinak dengan kumpulan nasyid sampailah aku kat matrikulasi. Tapi sejak dulu sampai sekarang, aku tak pernah keluarkan suara dalam mana2 pertandingan nasyid. Sebab kerja aku Cuma main perkesyen a.k.a perkusi  (alat muzik). Selalunya, perkesyen ni terdiri dari alat muzik yang memerlukan ketukan.

Kalau kat sekolah rendah dulu, alat muzik yang kami pakai Cuma 2 bijik kompang dengan satu tamborin. Time tu aku main tamborin. Kat sekolah menengah pulak, aku Cuma joint kelab nasyid, tapi x berkesempatan nak mewakili sekolah. Dan masa tu bidang “jurusan” aku kat kelab tu ialah darbuka.

Sejak tu, aku mula minat bermain darbuka. Sampailah ke matrikulasi, aku main darbuka untuk kumpulan nasyid yang mewakili matrikulasi aku ke peringkat zon utara.

Darbuka ni macam2 nama orang panggil. Ada yang panggil terkey, base, dan macam2 lagi. tu baru kat Malaysia, kalau kat negara2 lain aku tak tau la depa panggil apa menatang ni.

Bagi pendapat aku la, berbeza dari kongga (pekesyen utama dalam mana2 persembahan nasid) kerana darbuka tak banyak memerlukan skill. Apa yang penting ialah kepantasan tangan dan jari kerana secara asasnya, bunyi darbuka Cuma ada dua iaitu ketukan jari  di hujung permukaan dan ketukan tangan di tengah permukaan darbuka.

Dan masa dimainkan pulak, selalunya pemain akan letak darbuka di dua tempat. Sama ada di celah ketiak ataupon di celah kangkang. Hehehe....

Kalau kongga pulak macam2 jenis ketukan yang boleh dibuat. Ketuk jari rapat bunyi lain, jari renggang bunyi lain, pekup pulak bunyi lain, dan macam2 lagi.

Bahan badan darbuka pun ada macam2 jenis jugak. Yang paling murah rasanya yang diperbuat dari aluminium. Kalau nak elok sikit yang diperbuat dari kayu. Kalau nak yang sedap lagi, dari tanah liat. Dan permukaan atas selalunya dari plastik. Bahan lain pon ada jugak orang guna tapi so far, aku Cuma pernah jumpa yang plastic je.  

Kat bawah ni contoh video yang sempat aku rakam masa praktis nasyid kat kolej matrikulasi kedah. aku main darbuka, yang lagi satu tu djembe. layan... hehehe..





Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 35




Terjemah hadits :
Dari Abu Hurairah r.a dia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan. Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.  Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya. Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali-). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim . Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya dan kehormatannya “ 
(Riwayat Muslim)

25.7.11

Gelagat form 1 di smka



Tak tau kenapa tiba2 aku teringat masa aku form 1 dulu. Masa mula2 menjejakkan kaki ke sekolah menengah kebangsaan agama..

Bila dah masuk sekolah agama ni, mesti la banyak perkara yang berubah. Kalau dulu slalu tinggal solat, tapi kat asrama, sapa tak solat di surau kena tumbuk (seriously, member aku kena tumbuk kat dada dengan senior sebab tak turun solat kat surau)

Bab pakaian toksah dok cakap la. Turun surau pakai serban. Kalau yg jenis rajin sikit, 24 jam ketayap atas kepala.

Tiap2 petang lepas asar, baca ma’tsurat ramai2. Atau kadang2 baca surah al-hujurat ramai2 (supaya lebih mengiratkan ukhwah)

Percakapan seharian kat asrama pon banyak berubah. Kalau teranaia sikit2, cakap kuat2 “ aku tak redho..!!!!
 kalau kena fitnah sikit, terus keluar ayat al-quran “al-fitnatu asy-syaddu minal qatl..!!!”...
dan kalau tak puas hati pulak, terus kata “tak apa. Nanti aku tuntut kat padang mahsyar...!!!

kalau aku teringat balik, memang nak tergelak jugak la. Tapi sekarang ni, huh, jauh panggang dari api. 


Pha is

24.7.11

adab berjemaah



penah dengar tak tok2 imam dok marah kalau kita pakai baju t-shirt yang ada tulisan kat belakang untuk dipakai masa solat. kononnya "mengganggu" makmum di belakang. tapi kalau diikutkan, bukan baju je yang boleh mengganggu. banyak lagi..

baru2 ni aku ada joint program kat UPM. sempat jugak la kami berjemaah di masjid upm tu. kalau sebelom ni, aku cuma sempat tengok kat tv, kali ni aku berpeluang berjemaah dalam masjid tu. (aku baru tau yang masjid yang keluar kat tv1 setiap kali azan dulu2 tu rupanya masjid upm)

masa aku tengah merapatkan saff, ader lagi sorang budak yang joint program tu solat sebelah aku. lepas je saff dibetulkan, beliau lantas meletakkan henset beliau atas sejadah dalam keadaan skrin henset mengadap keatas.

masa aku nak angkat takbir, sambil melihat tempat sujud, aku terpandang la henset si mamat ni. masa tu wallpaper dia tak terpadam lagi. bila aku terpandang, tarus tak jadi angkat takbir. sebab niat aku "terganggu"...

sebabnya mamat tadi tu letak gambar awek dia sebagai wallpaper. aku yang nak angkat takbir ni pon dah was2. tapi aku tengok mamat tu rilex je solat sambil "menghadapkan wajahnya" kearah wallpaper henset tadi. macam khusyuk je... heran aku..

aku rasa macam nak keluar je dari saff tu. tapi bila tengok belakang, makmum lain dah "qiam", tak jadi la. nk buat macam mana, tawakkal je la... dari angkat takbir sampai rakaat pertama, pejam je mata...



Pha is

hikmah di upm 2 : masuk kandang kambing mengembek

kisah 1 (2010)
masa tu, aku dalam perjalanan nak pulang ke penang dari hentian bas jalan duta. sebelom bas bertolak, aku sempat pi kat salah satu kedai kat situ.

aku : 100 plus ni brapa?
brader jual air : RM 2.10
aku : (menghulurkan RM 3.00)
brader jual air :ader syiling tak ?
aku : tak dak la
brader jual air : o.. tak dak... (seolah-olah mengajuk percakapan aku ) 
aku : MySpace






kisah 2 (2011)
kali ni masa aku nak beli topup kat stesyen bas puduraya

aku : topup celcom RM10
brader jual topup : RM 10.50
aku : (sambil menghulurkan RM 50, aku cakap dalam hati " mak aih, sampai 5 kupang hang sebat")
brader jual topup : ader lima posen tak?
aku : (sambil mengingati kisah lama) tak ader la.....
brader jual topup : ok.


p/s 1 : bak kata bidalan, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau, mengucap mengaum.

p/s 2 : aku rasa loghat aku ni tak la pekat sangat. standard "matlutfi" je.... hehehe




Pha is

17.7.11

Segmen : Gadget Kesayanganku


sebuah segment by Muz. berkisarkan tentang henset kesayangan.

ok. jenama henset aku ialah sony ericsson cyber-shot c 901 yang berwarna hitam. macam ni :


dah setahun dah aku pakai. beli guna duit sendiri. sebab utama aku beli henset ni adalah kerana kameranya. agak puas hati la untuk kamera henset. 5 megapixel, cyber-shot lagi, cukup la tu..

masa demam DSLR dulu, member2 aku bnyak jugak yang beli dslr. then diorang ajak aku beli sekali. tapi aku kata : "tak apa la.. kamera henset aku ni pon aku dah puas hati dah..."



Pha is





15.7.11

kemalangan

Baru tadi lepas solat jumaat, tayar belakang motor aku kena paku buat kali yang ke-2. Apesal la malang sangat nasib aku ni.. hehehe

Aku ingat, dah buat “tubeless” ni, selamat la sikit. Tapi last2 kena paku jugak. Dan kalau dulu Cuma tayar pecah, kali ni aku eksident terus..  tayar luar terkeluar terus dari rim moto..

Nasib baik aku tak apa2.. check punya check, ada paku. Boleh tahan panjang jugak la paku tu. Dia cucuk tayar aku lepas tu boleh sampai tembus keluar. Macam ni ha :



Kalau diikutkan, ni kira eksident pertama aku dengan moto aku ni. Sebelom ni aku eksident bila aku naik moto member aku ja. Moto si azman dengan riduan.

Hai.. nasib2... redha je la...


Pha is

makanan kegemaranku

ok. entry ni sepatutnya adalah sebuah contest. tapi, entah kenapa sekarang ni aku macam malas giler nak layan contest2 ni... just not in the mood. tapi, oleh kerana aku telah ditag oleh cik nani saad, dan sebagai menghargai jasa baiknya dalam men-tag aku, maka, aku cuba jugak lah buatkan entry ni, tapi dalam bentuk entry biasa. harap ko tak kesah yer... hehehe

back to the story, makanan kegemaranku ni banyak sebenarnya. maklumlah, selera besar. tapi, tak apa. aku ambik salah satu dulu. makanan kegemaran pilihan aku kali ini ialah buah putat. hah, sapa penah dengar nama buah ni angkat gigi..!!! hehehehe



sebenarnya, buah putat ni dalam katagori "ulam". selain buah, pucuk putat pon sedap. dan tumbuhan putat ni pon ada banyak jenis jugak. kalau aku dapat buah putat dengan sambal belacan cabai kering, tak ada lauk lain pon tak apa dah. hehehe...

buah ni memang kelat. bak kata mak aku,  "kelat2 lemak".. cara penyediaannya pulak, cuma potong, buang selaput dalam (selaput antara isi dan biji - aku tak tau sebab apa. mungkin dah memang petua dia macam tu kot), dan rendam dalam air garam selama bebrapa minit (supaya kurang kelatnya).

seterusnya, makan lah.. hehehe




Pha is

14.7.11

kenapa perlawanan bola selama 45 minit?



sekarang ni masih terasa lagi bahang kekecewaan bila Malaysia kena 4-0 oleh arsenal. tapi pernah tak terfikir, kenapa standard permainan bola sepak untuk separuh masa ialah 45 minit..? dari mana angka 45 ini muncul?

jom kita buat kira2 :

jumlah pemain untuk setiap pasukan atas padang = 11 pemain
setiap perlawanan = 2 pasukan yang berlawan
jadi, setiap perlawanan = 2 x 11 = 22 pemain di atas padang

setiap pemain mempunyai 2 biji "bola" yang sentiasa dibawa ke mana2
jadi, jumlah "bola" diatas padang = 22 x 2 = 44
tambah satu bola yang disepak = 44 + 1 = 45   # (solved)

tapi kadang2 akan ada masa 2 minit tambahan.
so, tambahan 2 tu untuk "bola" referee punya... hehehe

(artikel asal)

13.7.11

wordless wednesday #WW6




untuk maklumat lanjut klik sini
wordless wednesday yang lepas :

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 34




Terjemah hadits :

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a berkata : Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut (menolak dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.
(Riwayat Muslim)

12.7.11

tolong berkira



Bila time cuti sekolah, kadang2 ada la jugak rumah aku ni dikunjungin beberapa keluarga dari sanak saudara yang jauh. Lebih kurang macam “bau2 macang” la. Terutamanya masa musim raya.

Dan oleh kerana aku anak yang sulong, setiap kali ada family jauh2 yang datang rumah,  mesti mak aku exited memperkenalkan mereka kepada aku. Maklumlah, supaya ikatan kekeluargaan ni tak putus.

Semuanya diceritakan kat aku. Dari latar belakang mereka, persangkut-pautan antara mak aku dan mereka, sehinggalah kenangan2 mereka masa dulu.

Kata mak :

“Yang ni Tok lang, sepupu kepada tok hang. Dulu dia dok kat kota (kuala muda). Lepas mnikah dengan orang Alor Setar, terus dok sana. Masa depa menikah dulu, tok hang yang tolong berkira

Ataupon kadang2, bila aku sembang2 dengan mak tentang sedara mara, selalu jugak timbul cerita2 tentang tolong berkira ni..

“Pak ngah hang dulu, masa nak kawen, tok su hang yang dok kat permatang keriang tu la yang tolong berkira. Sekali pak ngah tengok mak ngah hang, terus jadi...”
Kak juri hang tu, dulu tok wan hang yang tolong berkira. Masa tu, kawan dia yang dok sungai derhaka tu nak cari menantu. Mai2 sini terus jadi.
 
Huh.. kalau macam ni la sejarah family aku, silap hari bulan, masa aku nak menikah nanti, mesti mak aku yang tolong berkira. Tak payah susah2 nak cari calon.. berkat.. hehehe

pasca bersih..

baru2 ni dah berlaku satu perbincangan antara ilmuan2 islam dan antara topic yang dibincangkan termasuklah berkenaan perhimpunan bersih 2.0.. antara yang terlibat dalam perbincangan ini termasuklah  :


  1. Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ( Mursyid Liqa’)
  2. Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
  3. Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
  4. Ust Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
  5. Ust Aizam Mas’ud,
  6. Ust Hasrizal Abdul Jamil,( saifulislam.com )
  7. Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
  8. Imam Muda Asyraf,( http://www.imamudasyraf.com )
  9. Ust Ramadhan Fitri,
  10. Ustaz Dr. Maszlee Malik,
  11. Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
  12. Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman ( Pengerusi / Moderator Liqa’)
  13. Ust Syed Mohd Norhisyam

setelah membuat timbang tara, maka perbincangan kali ini yang diwakili ustaz Zaharuddin Abd Rahman bersetuju menyatakan bahawa demonstrasi itu harus, provokasi itu haram.

untuk maklumat lebih lanjut, boleh tengok video ni :




10.7.11

Singgah blog aku sat , bleh ?



satu lagi segment keluaran bro ben... nk joint? klik gambar dia yg pakai baju merah tu...

kepada pelawat2 sekelian, slamat datang yer... sila2 la masuk... buat macam "blog" sndiri yer...

9.7.11

dashboard "Hikayat Budak Pening" yang PENING..

aku ni dah la budak pening. dashboard aku pulak buat2 pening. lagi la aku pening. kenapa? korang tengok la sendiri...

klik untuk tumbesaran sempurna

mula2 kata aku tak follow lagi mana2 blog. then, bila aku nak follow, keluar yang ni pulak :

klik untuk tumbesaran sempurna

aku tak tau pulak yang aku hanya boleh follow 300 blog je... pening2...

korang penah kena tak?

7.7.11

benda yang aku hampir nak beli, tapi terbeli benda lain.

1. dulu masa era tahun 2006, aku simpan duit nak beli PS2. kumpul punya kumpul, tak beli2 pon, sampai aku form 5 (2007). since lepas aku spm, kemungkinan besar aku akan masuk matrikulasi, daripada aku beli ps2 yang akhirnya akan dimainkan oleh adik2 aku, lebih baik aku beli henset.

akhirnya, duit yang aku kumpul untuk beli ps2 tu aku gunakan untuk beli henset pertama aku (lepas spm) iaitu sony ericsson w610i.


2. lepas aku masuk usm, berbekalkan duit biasiswa JPA, aku beli laptop. asalnya, laptop yang berkenan di hati adalah hp pavilion dv3 disebabkan covernya yang lawa dan saiznya yang comel. tapi kat kedai yang aku cari tu tak de spesis ni. akhirnya, aku terbeli lenovo ideapad y450. walau bagaimanapon, aku tetap berpuas hati sebab lenovo ni pon cantik jugak.

lenovo

hp













3. setelah bajet mencukupi, aku menanam hasrat untuk membeli sebuah motosikal pada hujung tahun 2010. saat itu, jenis motosikal yang berjaya menawan hatiku ialah honda wave 125x biasa. namun, atas sebab miscommunication dengan tokey kedai moto, aku terbeli honda wave 125x ultimo.

wave 125x
wave 125x ultimo














moral of the story,  tak semua benda yang kita suka, telah ditaqdirkan untuk kita. tapi, terimalah apa sahaja dengan redha dan ikhlas serta dengan hati yang terbuka. sesungguhnya segalanya itu adalah yang terbaik untuk kita...

Hadis Arbain Imam Nawawi - Hadis 33



Terjemah hadits :

Dari Ibnu Abbas r.a, sesungguhnya Rasulullah saw : Seandainya setiap pengaduan manusia diterima, niscaya setiap orang akan mengadukan harta suatu kaum dan darah mereka, kerana itu (agar tidak terjadi hal tersebut) maka bagi pendakwa agar mendatangkn bukti dan sumpah bagi yang mengingkarinya“ .
(Hadits hasan riwayat Baihaqi dan lainnya yang sebagiannya terdapat dalam As Shahihain)

5.7.11

Perkahwinan yang dirancang keluarga

Sebelom tu, tengok dulu synopsis ringkas cerita2 kat bawah ni :

1. miftahul jamilah


disebabkan perangainya yang "liar" hero dalam cerita ni (lakonan jehan miskin tapi aku tak ingat nama watak dia) telah dipaksa berkahwin dengan seorang gadis kampung yang "solehah" (lakonan lisdawati-nama watak yang ni pon aku tak ingat sebab cerita ni dah lama).  berkat kesabaran si isteri, akhirnya si suami insaf walaupon agak terlambat sebab masa tu si suami dah kena HIV.






2. adamaya



adam (lakonan Sein Ruffedge) dan maya (lisa surihani) telah dijodohkan oleh keluarga mereka. walaupon maya masih lagi mencintai dani, namun, berkat kesabaran si suami, akhirnya si isteri "insaf" dan akhirnya mereka hidup bahagia.

3. nur kasih



disebabkan telah jauh menyimpang, adam (remy ishak) telah dijodohkan oleh bapa beliau denagn nur amina (tiz zakyah) supaya adam kembali ke jalan yang benar. bekat kesabaran dan ke-solehah-an si siteri, akhirnya si suami insaf dan mereka hidup bahagia.

4. nora elena



kerana pertunangan terputus last2 minit, nora elena (siti saleha) terpaksa menerima seth tan (Aaron aziz) sebagai suami bagi menutup malu keluarga. walaupon pada mulanya si isteri tidak menyintai si suami, malah dibencinya kerana si suami pernah merogol si isteri 10 tahun yang lalu, namun, berkat kesabaran dan ke-romantik-an si suami, akhirnya si isteri dapat menerima si suami seadaanya dan mereka hidup bahagia. 

...........................................................................................

Nampak persamaan keempat-empat cerita diatas? Semuanya berkisar tentang perkahwinan yang dirancang keluarga atau sekurang-kurangnya perkahwinan dengan bukan pilihan hati. Tapi semuanya berakhir dengan “happy ending”. Kan?

so, sapa kata perkahwinan yang dirancang keluarga tak akan bahagia? kan berkat tu.. lagipon, cinta boleh dipupuk. kan?

lepas ni, kalau ada sesiapa yang terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga, korang tak perlu bimbang. Sebab dah banyak contoh perkahwinan yang macam ni dan berakhir denagan kebahagiaan. Tapi dengan syarat :

1. suami yang hensem dan isteri yang cun.
Tengok je la contoh kat atas tu. Lisdawati, Tiz Zakyah, Siti Saleha, Lisa Surihani, Jehan Miskin, Remy ishak, Aaron Aziz, dan Sein Ruffedge. Semuanya hensem2 dan cun2 belaka, so, kalau isteri or suami pilihan kelurga korang nanti cun or hensem, tok sah bimbang la.. hehehe

2. isteri yang solehah
Contohnya dalam cerita nur kasih dan miftahul jamilah. Lisdawati dan Tiz Zakyah memang pandai “berlakon” jadi isteri solehah. Sampai akhirnya si suami terpikat dan insaf. Akhirnya, mereka hidup bahagia.

3. suami yang romantic
Ok. Kalau isteri “kurang” solehah, mesti suami yg super romantic. Contoh cerita adamaya dan nora Elena. Sein Ruffedge tu dalam cerita adamaya kira boleh tahan la tapi yang terbaru ni, Aaron Aziz. Pergh.. romantic tahap hyperbola. 

tapi kalau tak ada langsung 3 ciri2 tu? pandai2 lah korang nak hidup.. hehehehe...


Pha is

2.7.11

AKU nak BERKAWAN

First of all, buat pengetahuan umum, dalam blog ni aku selalunya memang akan menggunakan istilah “AKU” sebagai kata ganti nama pertama aku.

Tapi, Sejak kecil kita diajar agar tidak membahasakan diri dengan menggunakan istilah “AKU”. Alasannya kerana ianya kurang beradab. Tapi, Betulkah?

Adakah “AKU” itu kurang beradab? kalau macam tu, kenapa kita berdoa dengan menggunakan istilah “AKU”. Contohnya : aku memohon kepadaMu ya Allah....

Atau adakah kita sentiasa kurang ajar dengan kawan2 kita.? “wei, AKU nak pi makan ni, nak pesan apa2 tak?”

The point is, aku sebenarnya nak beritahu yang aku tak berniat nak kurang ajar dengan sesiapa bila aku membahasakan diri aku sebagai “AKU”. Aku Cuma nak menghilangkan jurang yang ada antara aku dan korang.

Sebabnya, menurut Kamus Pelajar Edisi Ke-2, maksud “AKU” ialah :
 kata ganti diri pertama (selalu digunakan dlm perhubungan yg akrab antara sesama kawan dan antara manusia dgn Allah tetapi agak kasar jika digunakan ketika berbicara dgn orang yg harus dihormati).

Lagipon, korang kan kawan2 aku jugak. Kawan2 blogger. So, aku harap korang tak amik hati lah ye..

Namun begitu, bagi pembaca belog ini yang umurnya melebihi 21 tahun, atau yang mempunyai darjat kehormatan yang tinggi, aku mintak maaf. Bukan niat nak kurang ajar, tetapi kerana niat nak berkawan. (n_n)


lagipon, kat sini terbuka. kalau face2face, personally, kena jaga adab susila la.. ye dok..? heehhe

Pha is

1.7.11

mak tak kisah



Dulu masa aku form 1, aku dok asrama. 2 minggu sekali, aku balik rumah. Selalunya, bila balik, aku tak singgah dan tak merayau mana2. Tak macam kawan sekampung dan se-sekolah aku si johari ni (bukan nama sebenar). Sebelom balik rumah dia, mesti dia pi melepak kat perangin, komtar, dan sekawasan dengannya.

Bukannya apa. Masa tu aku ni budak skema. Kami masa tu diHARAMkan  untuk “outing” ke tempat2 tu. Dalilnya :
Qaala sulhi, man yazhabu ila komtar, hua ya’malu zina” yang bermaksud : telah berkata sulhi (ustaz sulhi - warden asrama skolah aku masa tu), barang siapa yang pergi ke komtar, dia melakukan zina.

Suatu hari, telah berkata mak aku kepada aku

Mak : awat bila balik rumah, hang sampai petang.? Mak johari kata yang johari tu kalau balik selalunya malam baru sampai rumah.
Aku : johari tu pi merayau dengan kawan2 dia, mak. Pi melepak2 dulu. Sebab tu malam baru dia sampai rumah.
Mak : awat hang tak ikut sekali?
Aku : malas la..
Mak : len kali, pi la ikut sekali. Balik malam pon tak pa. Mak tak kisah. Cuma kalau lambat, bagitau dulu je.
Aku : MySpace




Pha is

GEGAR BLOG JULAI 2011

Santai Bersama BEN ASHAARI


Tulis apa saja yang boleh jadikan soalan pada contest akan datang nanti..?? yang ni aku kurang paham... bro ben ni nak SOALAN or JAWAPAN? 

sebab dia tak kata tulih "apa saja soalan" tapi "apa saja yang boleh dijadikan soalan".. ah, tulih je lah apa2 pon, kan...?

kalau nk soalan, aku bagi yang ni : tujuan berblog
kalau nk jawapan, aku bagi yang ni : untuk kenal someone dengan lebih dekat

boleh ke?.. ah, lantaklah.. 

p/s : sapa nk joint, kelik gambar bro ben yang tengah pakai baju kaler merah tuh...