30.7.11

korek hidung masa berpuasa

PERINGATAN : ini bukan hidung aku..!!!


aku rasa ramai yang dah tau pasal perkara ni. dulu, masa kat sekolah dulu, kita diajar bahawa antara perkara yang membatalkan puasa ialah dengan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. contoh yang paling mudah, korek hidong.

tapi, beberapa tahun yang lalu, dalam perjumpaan bersama naqib usrah masa aku form 5 dulu, beliau (naqib) aku tu ada cakap kat aku yang korek hidung semasa berpuasa tidak membatalkan puasa.

menurut beliau, asalnya, perkara yang membatalkan puasa ialah makan dan berhubungan sex. tapi oleh kerana bila kita makan, kita memasukkan makanan (sesuatu) kedalam mulut (rongga badan), dan bila kita berhubungan sex, kita memasukkan "sesuatu" ke dalam "sesuatu" (juga rongga badan), maka ada yang meng-qias-kan perkara ni dengan "memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan".

tapi kata beliau, kalau diikutkan "sebab-musabbab" dan bukannya "perbuatan" semata-mata, maka perbuatan makan itu mengenyangkan dan memberikan tenaga manakala perbuatan berhubungan sex itu memuaskan nafsu. 

oleh sebab itu, perkara yang membatalkan puasa ni ialah apabila melakukan perbuatan yang mengenyangkan, memberikan tenaga, atau menaikkan nafsu. contohnya, kalau kita disuntik dengan glucose atau bahan yang boleh memberikan tenaga, walaupon tidak melalui rongga badan, tetap batal puasa.

oleh yang demikin, kata beliau, korek hidung atau korek telinga di siang hari semasa bulan ramadhan tidak membatalkan puasa kecuali kalau korek dengan penuh bernafsu..!!! hahaha..

p/s : perkara ni disampaikan kepada aku malalui lisan. kalau nk dibuat rujukan, jangan amik kat sini. untuk maklumat tambahan dan keterangan lanjut, tanyalah kepada mereka yang lebih alim dan lebih mursyid... harap maklum.


Pha is

9 comments:

  1. bagus.. betol2 menarik entri ni.. hehe :D

    ReplyDelete
  2. hahaha..kelako..korek hidung dengan penuh bernafsu..adeh..nice entry..:)

    ReplyDelete
  3. Kelakar laahhh pic dia atas.. Hahaha

    btw, entri yang penuh infomasi, tq kawan :)

    Jom Join Segmen Puasa !

    http://adinbeetles.blogspot.com/2011/07/jom-join-segmen-berpuasa-di-bulan.html

    ReplyDelete
  4. hahaaa . menikmati sungguh masa mengorek yeee . hahahaaa .. sengal , tapi best entri :)

    ReplyDelete
  5. tia : mana la tau kot2 ada jugak org yg korek hidung untuk melempiaskan nafsu.. hahaha

    ReplyDelete
  6. nice!!! XD

    p/s : korek hidung bernafsu time gatal :P

    ReplyDelete
  7. sergeant keroro, kalau macam tu jangan korek masa tgh gatal la... hehehe

    ReplyDelete