Monday, April 13, 2015

1st Segmen Kerjaya Blogger IPT by NJiheam


segmen ni sebenarnya dah tamat, tapi aku tertarik dengan cara pengisian segmen ni. dan disebabkan puan penganjur kata kalau segmen dah tamat pun masih boleh hantar penyertaan entri segmen, aku pun buat la entri ni.

sekadar nak share pengalaman sebagai bekas student U, terutamanya sebagai ex-student farmasi so, tak menang pun tak pe.. bukan hadiah yang aku kejar, cuma pengalaman yang aku nak share.. :)

lagipun aku tengok antara objektif segmen pihak penganjur ni supaya pengalaman ni dapat dikongsi terutamanya bagi budak2 lepasan spm yang tak tau nak masuk kos apa kat Uni.

lets cekidaut...


Segmen Kerjaya Blogger IPT


1. Kursus yang diambil masa uni.

aku dulu pernah ambik ijazah sarjana muda sains farmasi kat USM penang.

2. StudyPlan (kalau ada)

study plan aku? huh, kalau orang lain target nak skor, aku cuma target nak grad je. sebab susah kot. tu pun merangkak-rangkak nak grad pun. sampai kena extend.. hehehe..

3. Pandangan masyarakat tentang kursus tu dan apakah sebetulnya?

so far yang aku jumpa, pandangan masyarakat terhadap budak pamasi ni ada dua spesis.

a) jenis yang fikir kos farmasi ni kos budak2 yang mintak medic tapi tak lepas. HELLOO.. aku minta farmasi ni 1st choice kot.. masa isi borang UPU dulu, dari 1st choice aku sampai ke 4th choice, semua kos farmasi, cuma beza U je...

lepas tu, kalau org macam ni tanya aku budak kos apa dan aku jawab farmasi, diorang buat muka "kesian". pandangan mereka, kami ni budak yang mintak medic tak dapat, so dapat farmasi JE..

contoh, macam dalam entri ini : Pilihan Kursus : Farmasi vs Medical apa ingat kos farmasi ni kos koman spanar ke..? ingat kos medic je ke yang hebat? sabor je la..


b) masyarakat yang ni bagus sikit. diorang respect dengan budak farmasi. mereka tahu akan kepentingan dan keperluan ahli farmasi dalam sistem kesihatan di malaysia.

4. Cara anda survive...

kalau survive dari segi study, banyakkan bertanya kepada kawan yang excel. sebab kadang-kadang apa yang lecturer ajar tu susah nak paham, maybe kalau kawan kita sendiri yang ajar, jadi mudah untuk kita hadam.

5. Medium mereka untuk bertanya lebih lanjut secara personal dengan anda atau individu tertentu

sebenarnya, aku sudah beberapa kali ditanya berkenaan kos farmasi ni, terutamanya bagi budak2 yang baru nak masuk. diorang tanya aku melalui PM inbox FB fanpage Hikayat Budak Pening. dan bila aku jawab pertanyaan diorang, aku share kat blog, supaya orang lain boleh ambil manfaat.

contoh soalan diorang macam kat entri ni
1. tak minat farmasi?
2. Minat Farmasi

so, kalau ada pembaca ni yang student dan berminat untuk aply kos farmasi dan ada persoalan, boleh tanya aku. jangan segan2. PM je kat inbox fb page aku, Hikayat Budak Pening. sebab kalau PM fb kat aku directly, nanti aku tak jumpa kalau korang bukan friends aku sbb nanti dia masuk other.
 
6. Suntikan motivasi

er.. tak pandai la nak bagi motivasi bagai ni. cuma kalau ada persoalan pasal farmasi, boleh tanya aku. mana aku sempat dan boleh jawab, aku cuba jawab, insyaAllah..

7. Bagi yang sudah bekerjaya, boleh tambah cerita pengalaman bekerja bla..bla.

err.. bab ni, aku baru bekerja tak sampai sebulan. so, macam tak layak je nak cerita pengalaman yang ciput tu.. hehehe.. maybe from time to time aku akan cerita pengalaman tu kat blog ni nanti.. insyaAllah.. :)

okay, cukup dulu stakat tu kot.. maa'ssalamah... :)

34 comments:

  1. hahaha ... dah medic budak straight A aje ... cer kita pun straight A mesti terambil medic :P

    dulu tak pernah plan pun nak ambil ape. just tahu nak masuk UTP. Sebab sepanjang ting3-5, 2 kali tau staff UTP datang mrsm kami promote UTP. pemikiran yg silap ni. muda remaja lagi kan, tau nak masuk u best aje, course ape pun tak pikir :p

    kalau dulu boleh pikir macam sekarang, nak ambil dentist atau farmasi. buka bisness sendiri. masyuk tu. lagi masyuk dari buka klinik. belajar pun lebih mudah dari medic :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya straight A pun saya tak akan ambik medic jugak.. sbb tak minat. so, tak semestinya bukan pandai tu budak medic.. ada je budak pndai yg ambik kos "biasa2" ni, sebab dah minat diorang kesitu.. so, tak perlu la nak judge org based from kos apa yg diorg ambik kat U.. kan.? hehhe

      Delete
  2. Kalaulah dulu Zumal belajar pandai2 boleh amik course macam Pha Is...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semestinya kena pandai baru ambik kos kritikal macam ni.. kalau pandai tapi tak minat, last2 tukar kos jugak.. hehehe

      Delete
  3. good luck.. good luck.. owh ex usm rupanya pha is ni.. salam kenal

    ReplyDelete
  4. pilihan pertama tp awatnyaa pk nak grad jer hehehe mesti cemerlang la phais kata minat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la minat, pada mulanya.. pastu dah tawar hati.. hehehe..

      Delete
  5. Bidang pharmacy ni pun tak dapat elak dari persepsi umum yang tengok bidang ni macam 2nd class dari medic. Padahal pharmacy ni pun sama pentingnya dan juga berkait rapat.

    ReplyDelete
  6. Memang respek dengan student2 jurusan yang hebat macam medic & pharmacy..cabaran lebih besar berbanding kitaorang jurusan pengurusan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sebenarnya ak ada beza pun.. bagi saya setiap kos ada cabarang masing2.. tak semestinya kos kritikal ni hebat.. kos lain pun hebat jugak, tapi dengan cara dan bidang masing2..

      Delete
  7. selamat malamm :) syira jenjalannn sini sementara cuti midsem..hehee

    ReplyDelete
  8. mentaliti org2 kita mmg cmtu..ate biar org nk kate ape..kite ni lg budak seni,amik plak fine art...selalu kena kutuk,dipandang rendah..dan soalan fav die..dah grad nk keje apa?eh sibuk bebenor...huhuhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan.. macam la rezeki tu Allah turunkan kat budak kos tertentu je...

      Delete
  9. Dula abang saya pernah study farmasi tapi tak sampai satu sem pun rasanya, dah tukar course...susah katanya, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun hampir2 nk tukar kos.. :)

      Delete
  10. Macam best je segmen ni. Boleh join ni.

    ReplyDelete
  11. semoga berjaya pha is dpt tau juga serba sedikit tentg pharmacist pha is ni..

    ReplyDelete
  12. Semoga berjaya! =)

    Singgah sebentar =)

    ReplyDelete
  13. Kawan I ada sorang dapat tawaran farmasi.. konon isi farmasi masa apply..last tak pegi pun..hehe.. dia kata lebih suka nak jadi cikgu..

    Susah jugak kan nak study farmasi ni.. mujur la berjaya jugak pha is.. hehe..

    ReplyDelete
  14. Salam singgah, segmen ni dilanjutkan lagi. Cepat join reramai! hehe. Tk.
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete
  15. IbuNowy bukanlah budak medic,jauh sekali ada pengetahuan dalam medic.tapi kalau difikir secara logiknya,farmasi pun sama penting dengan medic sebab berkait rapat juga kan.

    ReplyDelete
  16. Bidang farmasi mempunya masa depan yg cerah.. bnyk potensi yg akan ada nanti..

    ReplyDelete
  17. Bidang farmasi banyak peluang, tak kerja kerajaan, boleh kerja swasta

    ReplyDelete
    Replies
    1. bidakng lain pun apa kurangnya..

      Delete
  18. Cikna mmg xleh la join GA ni sbbnye Cikna xpernah masuk u & xb'cita2 pun nk jjk kaki Kat Sana....;-)

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. entahla.. berjaya la kot. kot.. hehehe

      Delete
  20. Assalam pha is,
    phaaaaaaaaaaaa iiiiiiissssssssss ahkak pun USM jugaks :)

    pstttt : tapi ghasernya by the time pha is masuk usm akak dah baeh blajor :P

    ReplyDelete