Minat Farmasi


soalan:

Salam hikayat.

Saye memang minat bidang farmasi. 27 mei ni saya akan mendaftar ke matrik. SPM saye 5A je. Ada peluang tak untuk saya ambil bidang farmasi? Dengar citer, matrik banyak persaingan, n saya takut kalau saya dapat pointer 3.5 n above, saya tak dapat tempat ke IPTA sebab banyak persaingan.. betol ke?


jawapan:


w'salam

pertamanya, tahniah saya ucapkan kepada saudari kerana berjaya mendapat tawaran masuk ke kolej matrikulasi.

untuk melanjutkan pelajaran dari matrikulasi ke ijazah sarjana muda sains farmasi, result SPM selalunya dah tak releven. yang penting, pointer final exam matrik. jadi, boleh dan tak ada masalah kalau SPM 5A. yang penting, usaha dengan lebih gigih masa di kolej matrikulasi

memang tak dinafikan akan ada banyak persaingan semasa nak mohon UPU untuk ijazah sarjana muda nanti, terutamanya untuk kursus-kursus kritikal seperti medic, dentist, vet, farmasi, dan sebagainya.

kalau betol nak sambung pelajaran ke jurusan farmasi, memang kena usaha lebih untuk dapat pointer yang tinggi, terutamanya kalau nak pohon bidang farmasi di IPTA.

yang penting, belajar sungguh-sungguh, dapatkan pointer yang mantap, aktifkan diri dalam bidang ko-k di matrik, dan buat persediaan masa interview farmasi nanti.

memang pointer penanda aras utama. tapi, bila dah persaingan tinggi, yang pohon pula ramai yang 3.70 dan keatas, selalunya faktor yang nak membantu, macam markah ko-k dan penilaian masa interview nanti.

harap dapat membantu.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * *  *  *

p/s :

1. soalan ni aku dapat dari page facebook hikayat budak pening (https://www.facebook.com/HikayatBudakPening) . so, kalau ada sesiapa yang ada nak tanya apa-apa sahaja kat aku, boleh tanya disitu melalui PM inbox. mana yang aku boleh jawab, aku cuba jawab.



 2. ekceli, dah banyak orang tanya aku, terutamanya bab farmasi dan bab motosikal honda wave 125x ultimo. macam aku ni dah jadi kaunter pertanyaan la pulak. (tak pe, aku tak kisah) ada lagi jawapan yang aku belum jawab, terutamanya bab moto sebab secara jujurnya, aku ni tak otai sangat bab moto.

3. so, bagi mereka yang ada tanya aku pasal moto yang aku belum jawab, maksudnya aku tak tau nak jawab macam mana. mungkin aku kena buat research sikit-sikit atau tanya mana-mana otai moto yang aku tau. kemudian, baru aku boleh jawab. tak nak la nanti aku syok sendiri, bagi jawapan yang salah. hehe...

4. minggu ni aku sibok sikit. tambah plak, laptop buat hal. ni pun tulis entri pnjam laptop kawan. so, memang susah sikit nk update blog dan BW.

5. so, disini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada member aku arief kerana bagi aku pinjam laptop beliau untuk buat keje dan untuk update blog.. hehehe...

maa'salamah,
Pha is




Comments

  1. Wah..dia dpt matrik...matrik mana tu.l...rietta t penang...btul kata awk..markah koo sgt penting..sebanye td lec USM dr PPIP td ckp....g apply ramai,pointer plak semua tinggi...so dorg plih berdasarkan markah interview juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..? rietta skrg bukan baru habis matrik ke?

      Delete
  2. Persaingan mmg ramai... alaa.. ala rezeki x kemana dik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. tapi kena usaha.. hehehe

      Delete
  3. kira en faiz pening pening ni farmasi la ye ? ohh .

    hebat hebat . kita cikgu tadika je :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. sbb tu masuk farmasi. nak cari ubat pening.. hehehehe
      cikgu tadika pun bagus apa.. didik anak-anak harapan bangsa dan negara.. heheh

      Delete
  4. mmg persaingan makin sengit. mmg kalau dah masuk matrik, result spm dah tak di ambil kira pun. yg penting pointer masa kat matrik kan.

    ReplyDelete

Post a Comment