tak minat farmasi?


Tiba-tiba dapat satu mesej yang dihantar memalui inbox page facebook Hikayat Budak Pening (http://www.facebook.com/HikayatBudakPening). Soalan dari seorang bakal student farmasi berkenaan pilihan beliau untuk meneruskan pelajaran ke jurusan farmasi.

Mungkin beliau banyak baca keluhan aku sebagai budak farmasi dalam blog ni kot, sebab tu beliau Tanya aku. Kat bawah ni adalah soalan beliau dan jawapan yang cuba aku jawab.

Soalan:

hikayat..saya da bca blog awak..best..congratez best blog 2..sebenarnya saya bakal budak frmasi...em n saya pun xminat sgt la farmasi..so saya nak tanya ptut x saya teruskan??

Jawapan :

ish, susah nak jawab tu. dulu masa mula2 isi kat upu, saya sebnarnya memang minat farmasi, walaupon kat matrikulasi saya budak fizik, tak belajar bio. memang saya minat sejak spm lagi, sbb saya minat kimia.

tapi, bila dah belajar, saya dah mula rasa tak minat. dan sekarang, walaupon dah hilang rasa minat, saya tetap bertahan jugak belajar farmasi sampai habis.

apa yg nk saya sampaikan, rasanya "minat" ni soal hati. hati manusia boleh berubah-rubah. mungkin sekarang Fatimah (bukan nama sebenar) tak minat, tapi bila dah belajar nanti, mana tahu kot2 minat fatimah mula berputik.

sebab tu rasanya masih awal untuk tentukan kos farmasi ni sesuai atau tak untuk fatimah. kalau nak ikutkan susah, tak ada kos yang senang. kos lain susah cara lain. kos farmasi susah cara farmasi.

jadi, saya tak berani nak kata apa2. banyakkan istikharah, tanya balik diri sendiri, betol atau tak fatimah nak ceburi bidang farmasi.

apa yg penting, bila dah buat keputusan, tak kira apa pon keputusan tu, don’t look back.


 Soalan tambahan

apa yg membuatkan awak bertahan??
and sebenarnya saya minat engineer..tpi mak xkasi..so ambik la frmasi nie...

jawapan tambahan

mulanya, sebab mak saya tak bagi tukar kos.. hehehe
tapi, lama2, ntah. dah tak kisah dah. minat atau tak, belajar jugak. benda dah jadi. dah alang2 dapat kos farmasi, belajar je la sampai dapat grad.

soal mak tak kasi tu, saya tak berani kata apa2. walaupon memang betul, kita kena patuh perintah ibupaba, walaupon mereka buat semua tu semata-mata untuk kebaikan kita, tapi, bagi saya, sekarang ni sepatutnya fatimah dah cukup matang untuk buat keputusan sendiri, untuk masa depan fatimah.

kalau betol fatimah minat engineer, cuba bincang dengan mak elok2. bagi alasan dan sebab kenapa fatimah nk engineer. buktikan kat mak fatimah yang fatimah dah cukup matang untuk buat keputusan sendiri.

sekali lagi, apa yg saya nak sampaikan, ibubapa memang kita kena taat, tapi tak semestinya kita hilang hak menentukan masa depan kita sendiri.

jadi, berbincang lah dengan elok. bila dah masuk U nnti, kalau betol dah tekad nak tukar kos, tukar cepat2. kalau masih nak stay farmasi, tak ada masalah.

* * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * *

so, setakat ini dulu kot jawapan aku. bagi sesiapa yang ada sebarang persoalan dan musykilah ataupon komen dan sebagainya, boleh lah mesejkan ke inbox page facebook Hikayat Budak Pening. mana yang boleh dijawab, aku cuba jawab.

p/s : dah macam pakar motivasi pulak aku nih.. hehehe

Pha is  


Comments

  1. mungkin pilihan tu yang terbaik untuk kita...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan tak sesuai jadi engineer...? well, no komen.. hehhe

      Delete
  3. tambahan untuk fatimah:
    kadang2 kita rasa sesuatu tu x baik untuk kita, tp sebenarnya baik, and vice versa. sbb kita mmg x tahu apa2 langsung tp Allah tu Maha Mengetahui. mohonlah petunjuk dan pertolongan dariNya. Lalu bertawakallah.

    ps: saya juga pernah melalui perkara yg lebih kurang sama suatu ketika dulu (xdpt seperti yg diimpikan), lalu saya teruskan dengan rezeki di depan mata, dan Alhamdulillah. (kalau Allah bagi apa yg saya impikan suatu ketika dulu, saya pasti saya tidak akan berada di tempat yg saya berada skrg ini[alhamdulillah yg terbaik utk saya]).

    sekadar berkongsi pengalaman buat fatimah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2... kerana ketentuan Allah itu sebenarnya yg terbaik buat kita, sama ada kita sedar ataupon tidak...

      Delete
  4. dulu aku tak nak masuk matrik...tp matrik je offer yg aku dpt..try appeal upu pun xdpt...teruskan je kat matrik,aku rs semua dipermudahkan n at last aku dpt tahu mmg matrik yg tbaik Allah tentukan utk aku...apa yg kite xnk xsemestinye xbest utk kite :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol3... masa dpt matrik dulu, sedih gak bila dapat tau ramai kawan2 yg dpt hebat2. malah ada yg sampai oversea... tapi, redha je lah.. dah itu yg terbaik...

      Delete
  5. Replies
    1. kerana ibu mahukan yang terbaik buat anak2...

      Delete
  6. apa yg terjadi pasti ada sebab & akibat or pasti ada hikmah disebaliknya.. mungkin hari ni kita rasa xsuka, tp kita xtahu apa akan jadi kemudian hari kan.. insyaAllah kalau ada usaha, apa shj halangan pasti dpt ditempuhi dgn jayanya.. & yg sesekali menyesal dgn keputusan yg kita dah buat kerana yakinlah Allah dah tentukan jalan yg sebaiknya untuk kita..
    ~maaf terkomen byk pulak kat sini (saya ada pengalaman sebegini jgk)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. mungkin hari ni kita tak suka, tapi esok lusa mana tau.. hehehe

      ~ tak pe... lagi panjang komen, lagi banyak cetusan idea... hehehe

      Delete
  7. Mama tak pernah halang minat saya. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur kerana dapat mama yang memahami...

      Delete
  8. boleh tahanlah.. =) belajar tetap belajar..dah ada di situ, kita tetap kena teruskan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah alang2 kan? tak kan nak patah balik... heheh

      Delete
  9. budak farmasi ni budak2 yg bijak taw, akak cuba jugak isi utk ank aritu tp takder rezeki la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. x pe la.. dah tak de rezeki... kursus lain pon hebat jugak.. hehehe

      Delete
  10. belajar ni, kalau tak berminat susah jugakkan, belajar bidang lain, minat bidang lain..boleh buat tension ni hih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... boleh tension... terutama bila asyik kena pressure...

      Delete
  11. mai pun dulu mintak fisioterapi je penuh dalam upu tu, tup tup dapat microbiology. takpe la, belajar untuk mencintai microb, akhirnya bahagia dengan jalan nie. ecehhh ayat den taknak kalah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu la.. semoga berbahagia dengan microb hingga ke koloni anak cucu.. hehehe

      Delete
  12. saya pun masa mula2 tak minat dengan kos yang saya pilih.. tapi bila dah belajar, rasa macam seronok pula :)

    ReplyDelete
  13. kalau apa yang dapat tu bertentangan dengan apa yang diminati, bincanglah dengan family, sekurang-kurangnya kita tak menyesal dengan membuat pilihan yang salah..

    kalau mak tak bagi sekalipun, masih boleh bincang kenapa mengapa apa sebabnya.. takdelah nanti masam muka pulak gara-gara tak setuju dengan kehendak mak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti sampai la giliran anak2 kak aizamia3 plak.. hehehe

      Delete
  14. jgn samapai jadi mcm bdk U kite gantung diri sbb mau kos farmasi.. adoi... shuttttt kes dalaman ni keh3

    ReplyDelete
  15. salam ..
    hye3 ^^"
    sy pon pharmacist gak, hohohoho
    vote for PHARMACY!!jyeeaahhhhh -.-
    btw, sy dah follow kite yg ke-806 ye :)
    nice blog, great informations, sy suka!!huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. "pharmacist gak"..???
      saya baru student farmasi.. belum jadi ahli farmasi bertauliah lagi.. hehehe

      papepon, thanks....

      Delete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment