Posts

Showing posts from January, 2019

CUKUR KEPALA BAYI | dalil, cara, dan tips

Image
Tahun 2018 yang lepas, macam-macam jadi kat aku. Mac 2018 aku sah bergelar suami , Desember 2018 pulak aku sah bergelar bapak . Alhamdulillah. Agak “fast track” jugak la. Hehehe.. Selepas lahir, aku panggil tok bidan (orang tua-tua) untuk cukur kepala bayi. Maklumlah, anak pertama, nak buat sendiri tak ada pengalaman. Lepas ni dah tau dah cara, boleh la buat sendiri untuk anak seterusnya, insyaAllah. Cukur kepala bayi Aku cukur pada hari yang ke-14. Kalau ikutkan sunnah, afdhal masa hari ke-7. Tapi disebabkan hari ke-7 tu tali pusat tak jatuh lagi, aku tunda ke hari ke-14. Kalau ikut adat, selalunya memang lepas tali pusat jatuh. Bukannya ada kepercayaan apa-apa pun. cuma kalau tali pusat tak jatuh lagi, susah sikit masa proses nak cukur kepala tu. Nanti seriau kat tali pusat tu masa nak pegang bayi masa nak cukur. Kalau dah jatuh tali pusat, mudah sikit kerja mencukur. Dalil cukur kepala bayi Mungkin ada orang ingat cukur kepala bayi, atau dalam adat melayu disebut ber

Hikayat Ali

Image
Alhamdulillah "abang dah tulis entri pasal Ali?" Soal isteri aku, tiba-tiba. Mungkin terlalu sibok dengan Ali sendiri, sampai aku lupa nak tulis pasal Ali. Siapa Ali? Ali Iskandar itu anak aku. Alhamdulillah, hujung disember 2018, putera sulong cahaya mata aku dan isteri telah selamat dilahirkan ke alam nyata. Hikayat Ali Dua perkara penting yang berlaku dalam hidup aku dalam tahun 2018. Mac aku sah bergelar suami, dan Disember pulak aku sah bergelar bapak. Apa yang aku boleh cakap, tahun 2018 yang lepas adalah tahun yang baik buat aku. Kusangkakan dapat 1,tapi rupanya 2 permata hati. Pernah dengar tak cadangan bila dapat bayi, buat email. kemudian tulis semua pasal baby tu kat email tu, dan bila tiba hari jadi dia yang ke-18, bagi password email tu. pernah?Aku pernah terfikir untuk buat dengan cara yang sama, tapi aku nak tukar kepada blog. Plan asal aku, nak buat 1 blog baru, private-kan blog tu. kemudian nanti aku tulis ja apa-apa perkembangan pasal ali kat

Benda Tumpang

Image
Mesti korang pernah lalu kat jalan yang gelap, sorang-sorang, tengah malam, yang agak menyeramkan. Kan? Kalau korang lalu kat jalan yang macam ni, antara naik kereta atau naik motosikal, yang mana lebih korang prefer? Dulu sudah beberapa kali isteri aku marah bila aku nak keluar malam-malam, apatah lagi nak kena lalu jalan yang suram gelap sorang-sorang, tapi aku nak pergi dengan moto. Dia suruh aku naik kereta. Hahaha.. Benda Tumpang : motosikal atau kereta? Serius, dalam situasi macam ni, sebenarnya aku lebih prefer naik motosikal aku, berbanding naik kereta. Korang mesti pilih naik kereta kan? Ini sebab kenapa aku lebih suka naik moto dalam keadaan yang macam ni. Bayangkan, masa korang sorang-sorang lalu kat jalan yang menyeramkan tu, tetiba korang Nampak ada perempuan baju putih lau tepi jalan sambil angkat tangan nak tumpang. Apa yang akan berlaku selepas tu? Kalau korang naik kereta, seat penumpang ada kosong banyak lagi kot. Sebelah driver ada, kat belakang pun ada

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

Image
Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah) Kredit: bantuansarahidup.com Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.  Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com . Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join. Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giv