Semasa entri ini dijadualkan untuk di-auto-published, jika kesemuanya berjalan lancar, aku dijangkan sedang dalam proses bertukar status daripada bujang kepada suami orang. Tulis entri ni siap-siap sebab takut hari kejadian ni aku sibuk.

Aku Terima Nikahnya...


Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang, segala puja dan puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam, dengan limpah karunia dan izin-Nya, serta syafaat kekasihNya, junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dengan karomah Ibu dan hikmah Bapa, dan dengan doa-doa keluarga dan sahabat semua, jodoh antara kami berdua yang telah tertulis di Lauh Mahfuz telah selamat dizahirkan ke alam nyata pada hari ini.

Aku terima nikahnya Nurul Nabila....

Doakan kami.. J

Jodoh itu sampai bila waktunya


gambar ketika majlis pertunangan, Jun 2017

Dari tahun 2015 lagi aku dah pasang azam untuk tamatkan zaman bujang pada tahun 2018 melalui azam #1092HariMencariCinta. Alhamdulillah, termaqbul.

Sedikit pasal latar belakang kami, aku dan Nabila ni sebenarnya sama-sama student Farmasi kat USM. Tapi sepanjang aku belajar kat sana, aku tak kenal pun budak ni walaupun dia junior 1 tahun ja! hahaha..

Itulah kata orang, jodoh itu sampai bila tiba waktunya. Kalau waktunya belum sampai, walaupun belajar sekali, tetap tak kenal, tak pernah terserempak. Tapi walaupun bila dah kerja kat tempat lain-lain, kalau masa dah tiba, jadi jugak akhirnya.

Bertemu atas taqdir, disatukan dengan jodoh yang dimulakan oleh pihak keluarga. Yup, boleh dikatakan jodoh kami dimulakan dengan pilihan keluarga...

Sampai masa tibanya waktu
Redup hati kita berdua
Dua jasad menjadi Satu
Hidup mati jadi bersama


Jadi bagi yang masih mencari tu, jangan stress. Rilex.. jodoh tu dia macam rezeki. Dia datang kadang-kadang dengan jalan yang tak disangka.  


Jodoh itu tak ada yang tahu.. Seberapa kuat  menggenggam, seberapa jauh berjalan, seberapa lama bertahan, walaupun seberapa banyak cinta dan seberapa kuat perasaan ingin memiliki, Jika bukan jodoh yang tertulis di Lauh Mahfudz maka tak kesampaian juga.

Hanya terus lakukan yang terbaik. Jangan kerana fikir jodoh telah di tentukan Allah, jadi tak ingin berusaha dan hanya duduk diam tanpa memperbaiki diri dan tak pernah melakukan yang terbaik. J

p/s : #0HariMenantiCinta

p/s 2 : kenduri belah laki lambat lagi. Nanti aku jemput untuk rakan blogger..