Jika diberi pilihan, aku lebih suka berada di "belakang" kamera berbanding di "depan" kamera. Contohnya bila dalam 1 majlis atau event, selalunya aku akan jadi volunteer untuk jadi tukang ambil gambar secara tak bertauliah.

Ada sesetengah orang hanya suka beli kamera mahal-mahal tapi malas nak ambil gambar. Sebab lumrah tukang ambil gambar selalunya gambar beliau dalam photo mesti tak banyak. Gambar orang lain je lebih.

So, jalan penyelesaian bagi mereka yang ada DSLR tapi tetap nak muka diorang ada banyak dalam gambar, diorang pass kamera mahal diorang tu kat aku. Win-win situation. Aku dapat pengalaman 'main' kamera yang pelbagai, diorang plak dapat masuk dalam gambar banyak-banyak walaupun tu kamera diorang sendiri.

kamera orang. aku tukang shoot je.

Aku tak kisah sangat kalau gambar aku tak de. Bajet low profil la kononnya. hehehe... Walaupun aku tak ada DSLR lagi, sekurang-kurangnya boleh jugak asah bakat sambil belajar dulu basic dalam ilmu mengambil gambar.

bak kata pepatah, belakang kamera diasah lagikan tajam. #eh... Tapi kadang-kadang, tukang ambik gambar pun nak jugak masuk dalam gambar. Yer dok..?

picture credit to Saddam Shariff Gallery  

belajar dahulu asas fotografi


selain tu, walaupun aku tak ada DSLR lagi, tapi aku suka join mereka yang ada DSLR keluar 'outing' shooting gambar. dari situ la aku belajar dari diorang.

shooting gambar sunrise di masjid terapung tanjung bungah, penang. 
untuk keterangan janjut, lihat sini : outing sunrise masjid terapung

shooting sunrise di jelutong
untuk keterangan lanjut, lihat sini : photo | jetty jelutong express-way 

walaupun aku tak ada DSLR lagi, tapi aku dah ada anak murid yang berguru dengan aku pasal kamera. hehehe.. tak de la sampai tahap berguru, cuma aku share pengetahuan yang aku ada kat beliau. ini petikan kata2 beliau:

"aku tak pernah berguru secara formal, ie masuk kelas or kursus. 80% self-taught, yang lain tu ada laa aku tanya kawan2 (okay faiz sorang je yang aku pernah tanya, kawan perempuan aku kebanyakannya tak berminat untuk duduk di belakang kamera, diorang lagi suka duduk depan kamera)."

so, korang suka berada di bahagian mana? depan atau belakang kamera?

maa'ssalamah,
Pha is