Skip to main content

1092 Hari mencari Cinta

Sebagai seorang yang single dan bujang bila dah masuk pertengahan usia 20-an ini, soalan yang paling popular ditanya tentulah “bila nak kahwin?” atau bila pergi kenduri kahwin, “hang bila lagi?

Alhamdulillah, kini aku dah jumpa jawapan bagi soalan tu. Sekarang setiap kali ditanya soalan tu, aku tak perlu lagi tersengih-sengih membisu mencari jawapan dan alasan macam selalu. Kerana sekarang, aku ada jawapannya.

Jawapan aku, “InsyaAllah, kalau ajal tak datang dahulu, aku akan kahwin paling awal pun, tahun 2018.” Kenapa tahun 2018? Saja... Sebab aku target nak kahwin semasa berumur 28 tahun. Lagi 3 tahun la lebih kurang.

3 tahun x 364 hari setahun = 1092 hari mencari cinta (tak bleh blah kan.?)

1092 Hari mencari Cinta


sunset, silhouette, pantai, view

Macam yang pernah aku cakap dalam entri "Bolehkah Bercouple?" aku sebenarnya malas nak cari calon sekarang ni. sebab plan aku, aku nak cari duit dulu. Dah cukup duit, baru cari calon.

dan aku rasa 3 tahun tu waktu yang munasabah untuk aku masih kekal hidup membujang. Waktu untuk aku betul-betul prepare mental dan fizikal sebelum kahwin.

Tambah plak aku anak sulung. Pak dah tak dak. Nak support family aku puas-puas dulu, at least bagi adik semua habis belajar, sebelum aku ada family sendiri nanti.

Lagipun, antara plan aku jugak, nak kumpul duit beli superbike dulu. So, nanti boleh peluk tangki minyak moto puas-puas, lepas tu baru peluk bini. Hehehe..

Alasan je tu. Sebenarnya masih bujang sebab tak de orang nak pun..

Tapi tu semua Cuma perancangan aku je.. kita Cuma mampu merancang.. yer dok..?

Comments

  1. ANAK YANG BAIK N SOLEH NI XSUSAH NK DPT JODOH...BANGGA DGN SIKAP PHA IS YG INGIN MENYENANGKN KHDUPN MAK N ADIK2 DULU SEBELUM TERIKAT DGN ISTERI TRSYNG...INSYA ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Insya-ALLAH, semoga ALLAH SW.T permudahkan segalanya =)

    ReplyDelete
  3. moga allah permudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkanNYA.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  5. Rasa macam nak tolong delete garisan strikethrough kat bawah tu jeeeee.. hihiii.. apa2 pun semoga perancangan berjalan seperti yang dirancang ye Pha Is.. all the best! In shaa Allah

    ReplyDelete
  6. jadi blogger dan hidup dalam dunia media sosial senang dapat jodoh..terpulang dengan nak atau tak sahaja..

    apa-apapun saya suka kalau bro bagi komitmen untuk support famili..tu yang terbaik

    ReplyDelete
  7. Hoho bagusnya ada perancangan gini..tang nak support family tu sy puji..apa pun all the best!

    ReplyDelete
  8. perancangan yang bagus,dik.IbuNoey rasa bangga sangat sebab Pha Is berfikiran macam ni,dahulukan keperluan adik-adik.in shaa Allah,nanti bila sampai masa, akan dipermudahkan segala.moga mendapat bakal isteri yang solehah dan memahami Pha Is ye.

    ReplyDelete
  9. nice! semoga dipermudahkan pencarian tersebut..hihihi..

    ReplyDelete
  10. Moga cepat mendapat jodoh yer Pha Is ^^

    ReplyDelete
  11. sampai masa Allah akan temukan Phais dengan jodoh tu :) Tahu tak ima jenis yg letak target cm tu gak ..hehe termakbul target tuu.. target tu cm satu doa gak tu.. jodoh dtg tak yah nak bercouple pun phais kahwin gak :DD semoga bertemu jodoh :) dan sejuk hati baca bila phais ckp nk jaga family dulu.. tp kalau da kahwin nati boleh ajk isteri sama2 jaga family hehehe

    ReplyDelete
  12. selagi tak sampai ajal dan jodoh, kita mampu merancang je :D

    ReplyDelete
  13. amin... semoga jadi kenyataan. anak lelaki, sulung pula tu, tanggung family dulu yg penting :)

    ReplyDelete
  14. relax dulu...kalau sampai jodoh nnt, tak sempat nak kira time dah kena seru...hahaha...doakan yg baik-baik utk faiz hendaknya :)

    ReplyDelete
  15. In shaa Allah Pha Is.. semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  16. Pha Is,
    Takpa... lagi elok peluk motor pun, dari anak dara orang naik motor tu peluk hang.. hik hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... yg ni betol sangat2..

      Delete
  17. insyaAllah. kalau ada jodoh, tak ke mana punya lah.

    ReplyDelete
  18. jodoh oh jodoh ..di mana kau jodoh.

    ReplyDelete
  19. kewangan yg stabil sblm kahwin itu ptg . sbb nak lafaz akad nikah tu , byk harga yg perlu di bayar . klu kumpul awal , taklah lepas nikah nanti htg keliling pinggang ...

    ReplyDelete
  20. Wahhh,bunga2 jodoh dh nk sampai tu... Hurmm,25thn tu muda g kot... Jgn lupa prepare harga bnyk2 tau to xyah hutang2... Utk menyenang ibu&adik beradik mmg Cikna sokongan 100%

    ReplyDelete
  21. bila dh jd anak sulung mesti nk utamakan keluarga dlu.. in shaa allah ada jodoh tak kemana. nk kahwin kena simpan duit dlu.. hehe

    ReplyDelete
  22. In shaa Allah Pha Is.. semoga segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.. aamiin..

    ReplyDelete
  23. Kita mmg banyak perancangan, tapi Allah jua sebaik perancang.. Semoga perancangan PI dipermudahkan-Nya

    ReplyDelete
  24. bagus pha is ni...bantu mak n adik2 dulu..nanti jodoh datang dengan sendiri nya...good luck pha is

    ReplyDelete
  25. baru 25 tahun...kalau 35 tahun still muda tau...x perlu risau pasal kahwin lagi...cari duit, kumpul harta dulu

    ReplyDelete
  26. bila stabil kewangan, dah ready utk menjadi ketua keluarga, dah ready nk pikul tggungjawab yg besar, membimbing ahli keluarga ke syuga..then proceed

    ReplyDelete
  27. pedulikan soalan2 yang menjadi rutin org bertanya bila umur berganjak ke pertengahan 2-an itu normal...sepatutnya soalan begitu tidak perlu keluar dari mulut sesiapaun kerana ia boleh mengundang sensitivi...seperti soalan 'bila u nak mati'...kasar kan bunyi nye..jodoh, ajal maut semua itu Allah lebih mengetahui...hanya org tidak berfikir panjang je suka tanya soalan begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahakss...tetiba sis JM pulak yg terlebih emo hahaha

      Delete
  28. x pe pha Is..at least ada Aim 2018..mana tahun dalam tempoh 3 tahun tu allah temukan jodoh dgn orang yg layak di jadikan isteri...alhamdulillah....

    ReplyDelete
  29. Assalammualaikum... pha,

    moga pha dipertemukan calon yang solehah... Aminnn...

    mselim3

    ReplyDelete
  30. Assalam pha is,
    hubby akak gilior2 pelok akak dengan motor dia :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung lerr.. hehehe
      teringin nk tengok moto hubby akak..

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal