Iklan Ubat di Blog


Sebelum ni sudah beberapa kali blogger contact dan Tanya aku berkenaan pengiklanan produk ubat dan kesihatan di blog. Terutamanya bila diorang ada terbaca entri aku yang bertajuk “Bila Share Maklumat Kesihatan”.

Tahukah korang, yang korang sebenarnya tak boleh sebarangan mengiklankan sesuatu produk kesihatan mengikut undang-undang Malaysia? Kalau disabit kesalahan siap ada denda tau!


20 Jenis Penyakit Tidak Boleh Diiklankan



Korang tak boleh iklankan ubat yang mendakwa boleh merawat dan menghindari penyakit-penyakit (20 jenis) yang tersenarai kat bawah ni. [Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, seksyen 3(1)(a)]

1. Panyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

Kelulusan Lembaga Iklan Ubat 


Selain tu, iklan tersebut mestilah mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat, LIU sebelum ianya boleh dikiklankan. [Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, seksyen 4B(1)].


Iklan yang telah mendapat kelulusan akan ada nombor kelulusan dari LIU. Contoh nombor kelulusan sepeti KKLIU ****/2016. iklan tersebut sah selama 3 tahun dari tahun ianya diluluskan.


Iklan Ubat tak Berdaftar KKM


Berkenaan ubat yang tak berdaftar dengan KKM, konfom-konfom dah iklan ubat tu tak akan dapat kelulusan LIU. So, kira salah la jugak.


Ubat yang berdaftar dengan KKM akan ada MAL nombor (contoh MAL ******** - T) dan stiker hologram meditag pada produk tersebut.

Masud huruf kat belakang MAL nombor :
T – ubat tradisional
N – suplement
X – ubat ”Over-the-counter”, yg boleh dijual oleh orang biasa. Contoh panadol.
A – ubat mengandungi racun berjadual, hanya boleh dijual oleh farmasi dan doktor di klinik

Kalau kosmetik pulak dia tak ada MAL nombor tapi ada NOT nombor. Contoh : NOT*******

Denda


Kalau melanggar seksyen 3(1)(a) dan 4B(1) Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956 dan didapati bersalah, boleh dikenakan denda maksimum RM3000 atau penjara 1 tahun atau keduaduanya bagi kesalahan pertama kali. [seksyen 5(1)(a)]. denda untuk kesalahan kali kedua lagi tinggi.

so, kalau rasa tak nak kena denda, hindarilah salah-laku ini. jaga-jaga. better safe than sory. kan? kalau ada pertanyaan, boleh tanya kat ruangan komen. mana yg sempat, yg aku tahu, aku cuba jawab.

rujukan :
1.Pha Is (2014 Jan). Bila share maklumat kesihatan; Hikayat Budak Pening. http://www.budakpening.com/2014/01/bila-share-maklumat-kesihatan.html
2. Laman portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM: www.pharmacy.gov.my
3. Kenali Ubat Anda : www.knowyourmedicine.gov.my