28.10.16

Iklan Ubat di Blog


Iklan Ubat di Blog


Sebelum ni sudah beberapa kali blogger contact dan Tanya aku berkenaan pengiklanan produk ubat dan kesihatan di blog. Terutamanya bila diorang ada terbaca entri aku yang bertajuk “Bila Share Maklumat Kesihatan”.

Tahukah korang, yang korang sebenarnya tak boleh sebarangan mengiklankan sesuatu produk kesihatan mengikut undang-undang Malaysia? Kalau disabit kesalahan siap ada denda tau!


20 Jenis Penyakit Tidak Boleh Diiklankan



Korang tak boleh iklankan ubat yang mendakwa boleh merawat dan menghindari penyakit-penyakit (20 jenis) yang tersenarai kat bawah ni. [Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, seksyen 3(1)(a)]

1. Panyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

Kelulusan Lembaga Iklan Ubat 


Selain tu, iklan tersebut mestilah mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat, LIU sebelum ianya boleh dikiklankan. [Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956, seksyen 4B(1)].


Iklan yang telah mendapat kelulusan akan ada nombor kelulusan dari LIU. Contoh nombor kelulusan sepeti KKLIU ****/2016. iklan tersebut sah selama 3 tahun dari tahun ianya diluluskan.


Iklan Ubat tak Berdaftar KKM


Berkenaan ubat yang tak berdaftar dengan KKM, konfom-konfom dah iklan ubat tu tak akan dapat kelulusan LIU. So, kira salah la jugak.


Ubat yang berdaftar dengan KKM akan ada MAL nombor (contoh MAL ******** - T) dan stiker hologram meditag pada produk tersebut.

Masud huruf kat belakang MAL nombor :
T – ubat tradisional
N – suplement
X – ubat ”Over-the-counter”, yg boleh dijual oleh orang biasa. Contoh panadol.
A – ubat mengandungi racun berjadual, hanya boleh dijual oleh farmasi dan doktor di klinik

Kalau kosmetik pulak dia tak ada MAL nombor tapi ada NOT nombor. Contoh : NOT*******

Denda


Kalau melanggar seksyen 3(1)(a) dan 4B(1) Akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956 dan didapati bersalah, boleh dikenakan denda maksimum RM3000 atau penjara 1 tahun atau keduaduanya bagi kesalahan pertama kali. [seksyen 5(1)(a)]. denda untuk kesalahan kali kedua lagi tinggi.

so, kalau rasa tak nak kena denda, hindarilah salah-laku ini. jaga-jaga. better safe than sory. kan? kalau ada pertanyaan, boleh tanya kat ruangan komen. mana yg sempat, yg aku tahu, aku cuba jawab.

rujukan :
1.Pha Is (2014 Jan). Bila share maklumat kesihatan; Hikayat Budak Pening. http://www.budakpening.com/2014/01/bila-share-maklumat-kesihatan.html
2. Laman portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM: www.pharmacy.gov.my
3. Kenali Ubat Anda : www.knowyourmedicine.gov.my


50 comments:

  1. thank u for info PI.. kalau suplemen tu bukan ubat boleh kan.. boleh bagi pencerahan x. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh Supplement?

      Sbb kna ikut jugak, ada suplement masuk katagori makanan kesihatan dan ada suplement masuk katagori ubat. Kna tgok plak ciri2 suplement tu. Apa bahan aktif dia, apa bntuk fizikal di, dan apa claim perubatan/kesihatan dia..

      Jika suplement jatuh under katagori ubat, mmg terikat dengan akta tu.. Sebab tu dlm MAL nombor, ada jugak katagori ubat suplement (MAL nombir yg berakhir dengan huruf N)

      Delete
    2. ok, lupa plak nk bagi contoh.

      contoh suplement katagori ubat termasuklah tablet vitamin C, pati ikan kod dalam bentuk emulsion, dan pati ikan haruan dalam bentul pil/softgel (contoh sahaja)..

      produk2 ni termasuk katagori ubat dan terikat dengan akta yang telah saya sebut kat atas tu..


      manakala contoh bagi suplement kesihatan yang tak termasuk katagori ubat antaranya vitagen, gula-gula mengandungi vitamin C, dan sebagainya dimana ianya termasuk dalam katagori makanan kesihatan. sebab tu iklan vitagen tidak perlu nombor kelulusan KKLIU..

      tapi nak kelaskan katagori produk tersebut kna rujuk kepada NPRA (national pharmaceutical regulatori agency) bukan boleh kita kelaskan sendiri..

      ada beberapa faktor yeng terlibat dalam mengkatagorikan produk tersebut. antaranya yg telah saya tulis kat komen yg atas tu, apa bahan aktif dia, apa bentuk fizikal dia, dan apa claim(dakwaan)/tujuan pemakanan dia, dan sebagainya...

      Delete
  2. owhh. baru tahu. thanks for info. so far belum lagi ada orang nak iklan ubat di blog AmerJaya.

    ReplyDelete
  3. Good info Phais! Banyakkan informasi sebegini di blog anda...
    Banyak perkara tentang akta dan infomasi perubatan yg masih belum diketahui ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks BM.. insyaAllah.. lepas ni kna banyak main peranan sebagai seorang ahli farmasi.. hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. sama-sama.. nnti tanya la anak yg kerja farmasi tu.. hehehe

      Delete
  5. Sekurang-kurangnya kami tak tertipu dek iklan sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengguna pun kna ambil langkah berhati2... x boleh percaya 100% apa yang diiklankan.. jadilah pengguna yg bijak.. :)

      Delete
  6. Info yg bagus agar org tak sembarangan promote ubat2 melanggar peraturan yg disediakan especially ubat kuat huhu... thanks sharing Pha Is.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu.. ubat kuat antara ubat yg panas kat pasaran.. banyak sangat smpai tak sempat nk kawal semua..

      Delete
  7. Sy memang tak tau pasal ni, ada jugak kawan bcadang nk tempek banner jual ubat mujurlah jumpa info ni...thanks bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi x melanggar peraturan, x de masalah... :)

      Delete
  8. Thanks for info sekarang ni banyak sangat ubat yang kata boleh ubati semuua penyakit padahal berbahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bagi laku, klentong la kata boleh sembuh macam2.. baru laku.. hahaha.. kalau claim sembuh penyakit A je, org penyakit B x beli, org penyakit C pun x beli.. so, sebuat semua penyakit, baru semua boleh beli..

      renung2kan dan selamat beramal.. hahaha

      Delete
  9. hai obat hai obat mari beli obat...sblm beli periksa betul2 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. P. Ramlee dah cipta lagu penuh dengan maksud yg tersurat dan tersirat, melangkaui sempadan masa...

      hai obat hai obat
      mari beli obat
      kalau salah obat,
      MELOMPAT!

      see...!!!

      ubat kna pilih betul2, tak boleh sebarangan ambil.. nanti "melompat"..

      Delete
  10. baru taw...terima kasih pha is atas perkongsian, jap nk p search cosmetic plak..hr tu dah check ubat...

    PS : lokai tu gelang tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama.. bagus2, ambik inisiatif selidik dahulu ubat yg nk diambil... jangan percaya bulat2 apa dakwaan org, lebih2 lagi dari mereka yg bukan ahli dalam bidang perubatan dan kesihatan..

      ps : owh.. 1st time dengar..biasa la.. noob.. hehe

      Delete
  11. ubat..ubat!! kalau nak ubat baik g jumpa Doktor jgn coba2 nak beli online atau terpengaruh ngna iklan

    ReplyDelete
    Replies
    1. di internet siapa2 pun boleh buat claim semata nk melariskan jualan.. ada kepentingan mereka sendiri..

      Delete
  12. tak pun..dapatkan nasihat dari Pha Is dulu heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. insyaAllah.. mana saya tahu, saya sampaikan.. hehehe

      Delete
  13. Minyak angin minyak urut tu masuk kategori ni tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk! untuk kes ubat sapuan, krim, dan sebagainya ni, lain sikit. kalau tujuan menepati definisi dibawah, ianya berstatus kosmetik:

      "any substance or preparation intended to be places in contact with various external part of the human body (epidermis, hair system, nails, lips, and external genital organs) or with teeth and the mucous membranes of the oral cavity, with a view exclusively or mainly to cleaning them, perfuming them, changing their appearance and/or correcting body odours and/or protecting them or keeping them in good condition".

      jika selain dari tujuan tersebut yg berorentasikan kesihatan, sudah dikira produk ubat (termasuk tujuan melangsingkan badan sudah dikira bukan lagi produk kosmetik tetapi ubat).

      tapi dua2 jenis produk ini (kosmetik dan ubat) terikat dibawah akta Ubat (Iklan dan penjualan) 1956 ini. bezanya kosmetik mempunyai nombor notifikasi (nombot NOT) manakala ubat mempunyai nombor pendaftaran kkm (nombor MAL)

      Delete
  14. baru tahu nak iklan ubat pun kena ada kelulusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenaa.. kalau ubat yg memudharatkan dan org percaya dan guna, silap ubat boleh mengancam kesihatan malah kalau serius boleh mengancam nyawa.. sbb tu perlunya kawalan pengiklanan ubat dan penjualan ubat itu sendiri.. hehehe

      Delete
  15. ooo kena ada kelulusan dulu ya hehe baru tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenaa.. rujuk komen balas saya kepada aswaleyla diatas tu.. hehehe

      Delete
  16. zaman teknologi canggih...informasi (+ve dan -ve) mudah tersebar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu iklan ubat perlukan kawalan.. x boleh semberono sebarnya dan iklankan..

      Delete
  17. mcm banyak ja org iklan penyakit2 kt atas.. rasa semakin jd viral dan org beli tanpa was2

    ReplyDelete
    Replies
    1. thats the point.. org beli tanpa was2, tanpa usul periksa, mudah terperdaya dengan janji2 manis pengiklan produk.. apa ada dalam tu kita pun x tau.. hmm..

      Delete
  18. tak jumpa pun notification no kt pencuci muka korea tu pha is. sebab semua bahasa depa. kwn ofis pun pakai jugak. ada kena mengena dgn apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tu tandanya dia tak berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia.. salah disisi undang-undang.. denda dia lagi tinggi dari iklan ubat tak berdaftar.. way much higher..

      mana-mana org tak boleh menghasilkan, menjual, menyediakan, mengimport, memiliki atau menggunakan produk yang tak berdaftar dengan KKM [peraturan 7(1)(a), peraturan kawalan ubat dan kosmetik 1984]
      jika didapati bersalah mengikut peraturan 30(1) dibawah peraturan yang sama, boleh didenda sebanyak maksimum RM25,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya [seksyen 12(1), akta penjualan ubat 1952]

      Delete
  19. Skrg ni mcm2 inovasi produk kecantikan yg org buat.. Mmg perlu berhati2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "inovasi"? hahaha.. rasanya xde la inovasi sangat.. sbb diorg ambil produk tu dari kilang yang sama je.. just buat penjenamaan semual je.. mostly buat macam tu... hanya beberapa je yang betul2 buat produk sendiri dalam erti kata sebenar, buat dengan buka kilang sendiri, dsb..

      tapi tu la, ramai org mudah tertipu.. ingatkan produk baru padahal produk yang sama je..

      Delete
  20. Info yang menarik. Saya baru tahu ada larangan mengiklankan ubat yang mendakwa boleh merawat dan menghindari 20 penyakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tak ramai yg tahu pasal ni.. saya masa mula2 tahu masa belajar farmasi kat um dulu.. kalau x belajar farmasi, x tau la sampai sekarang.. hehehe

      Delete
  21. Thanks for sharing this information. Sometimes I read about it in the blog too.

    ReplyDelete
  22. Bagaimana dengan minuman serbuk halia,tunjuk langit,stevia atau kayu tongkat ali?Iklan hanya menyebut khasiat bahan2 tapi tak sebut boleh sembuh penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika sekadar menyatakan khasiah bahan aktif sahaja (contoh : khasiat halia untuk buang angin") dan TAK IKLANKAN/NYATAKAN KHASIAT PRODUK (contoh : teh halia ABC ini dapat kurangkan angin dan kembung perut), sepatutnya tak ada masalah bagi MINUMAN SAHAJA.

      kalau produk ubat (pill, kapsul, softgel, etc.) kena dapatkan kelulusan daripada lembaga iklan ubat.

      Delete