sejak dua menjak ni, aku agak rajin study. tapi bukan study paper farmasi. aku study pasal enjin moto. pergh.. langsung tak ada kaitan, kan? lecturer suruh tengok video pasal nerve cell, 10 minit pun rasa dah boring. tapi kalau baca info atau tengok video pasal komponen enjin, tak sedar dah 2-3 jam masa berlalu.
mungkin sebab bila dah minat, walaupun kita bukan 'ahli' dalam bidang tu, tapi apa pun ilmu pasal minat kita tu, kita sanggup dan rasa seronok belajar. contoh lain yang mudah, bidang fotografi.
so, jom cekidaut satu info yang bagi aku sangat menarik sehingga aku sanggup tulis entri ni walaupun pada jam 3-4 pagi.
kalau korang bukan jenis yang minat pasal moto ni, cukup sekadar korang baca sampai perenggan ini. kemudian tanya diri korang, ada tak bidang yang korang bukan 'ahli' dalam jurusan tu, tapi kurang suka baca pasal benda tu?
in-line vs v-twin
kali ni aku cuma nak sentuh pasal enjin 4-stroke sahaja, sebab enjin 2 stroke dah nak hampir pupus. tinggal beberapa model je lagi. tambah plak, tak lama lagi kawasaki ninja KR150RR pun yang 2 stroke tu pun dah nak dihentikan pengeluaran.
secara asasnya, beza antara single cylinder, twin parallel, in-line 3, inline 4, dan v-twin adalah pada perbezaan bilangan silinder yang digunakan dan cara silinder tu disusun dalam enjin. dalam twin parallel, in-line 3 dan in-line 4, silinder disusun sebaris manakala bagi v-twin, 2 silinder disusun dalam bentuk V.
semakin sedikit bilangan silinder, torque lebih banyak pada rpm yang lebih rendah, membuatkan ianya lebih sesuai kepada moto yang memerlukan lebih torque pada rpm yang rendah seperti 'off-road' dan sebagainya. tapi, bilangan silinder yang semakin sedikit membuatkan rpm maksimum moto makin terhad.
semakin banyak bilangan silinder, moto tersebut lebih sesuai untuk perjalanan jauh atas jalan raya kerana kelancaran enjin meningkat pada rpm yang tinggi. disebabkan torque banyak dihantar pada rpm yang tinggi, top speed semakin meningkat. semakin banyak silinder, semakin kurang enjin bergetar.
single cylinder
contoh : Honda CBR250R (tahun 2011 dan keatas)
kelebihan : enjin paling asas. cuma ada 1 silinder je. ringan dan murah. hanya guna 1 karburetor, tidak perlu untuk "carburetor synchronizing". torque lebih kepada RPM rendah, dalam erti kata lain, pick up mantap.
kekurangan : rpm yang rendah, kuasa kuda dan top speed kurang, dan getaran yang tinggi.
parallel twin / in-line 2
contoh : Kawasaki Ninja 250r
kelebihan : menghasilkan torque seperti 'single cylinder' (pada rpm rendah), tapi menghasilkan lebih banyak rpm, kuasa kuda dan top speed berbanding single cylinder. berat yang masih lagi ringan. lebih smooth berbanding single cylinder kerana penggunaan dua omboh dan "counter balancer".
kelemahan : penyelenggaraan lebih tinggi berbanding single cylinder kerana komponen enjin hampir 2 kali ganda dan penggunaan "double barrel carburetor". tapi tak setinggi penyelenggaraan in-line yang lain. masih lagi bergegar, rpm yang rendah, dan kurang kuasa kuda berbanding 3 dan 4 silinder. (dalam cc yang sama)
in-line 3 / in-line triple
contoh : Yamaha MT 09
kelebihan : direka untuk meminimumkan kelemahan kedua-dua enjin 2 in-line dan 4 inline dalam 1 pakej. mempunyai rpm lebih tinggi dan lebih torque pada rpm yang lebih rendah berbanding in-line 4. kurang berat berbanding in-line 4. gegaran yang kurang.
kelemahan : komponen mahal sebab enjin yang rare, jarang nak jumpa pada model lain.
in-line 4
contoh : Kawasaki Ninja ZX6R 636
kelebihan : lebih kuasa kuda, kelancaran dan top speed.
kekurangan : enjin yang berat, rumit, dan kekurangan torque pada julat rpm yang lebih rendah. kos penyelenggaraan adalah hampir yang tertinggi bagi enjin In-line kerana kebanyakannya menggunakan bank 4 karburetor.
V-Twin
contoh : Naza Blade 250r
kelebihan : ringan, torque yang tinggi dan mampu menyediakan julat RPM yang baik
kelemahan : kuasa kuda dan top speed yang rendah berbanding 3 dan 4 silinder. tahap gegaran bergantung kepada sudut V.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
cukup dulu kot setakat ni. sebenarnya ada banyak lagi jenis-jenis enjin motosikal yang lain. yang aku tulis kat atas ni yang jenis selalu orang pakai. contoh jenis enjin yang lain antaranya ;
4 stroke in-line 6 cylinder, V4 cylinder, boxer 2 cylinder, boxer 4 cylinder, boxer 6 cylinder, dan
2 stroke single cylinder serta
2 stroke parallel twin. kalau nak baca pasal yang tu, boleh tengok sumber asal maklumat ni seperti yang aku sertakan kat bawah tu.
sumber asal :
Rei. (2013). INFO: Jenis-jenis Enjin Motosikal; Rileks Community. dipetik dari :
https://www.rc.my/Thread-INFO-Jenis-jenis-Enjin-Motosikal