14.4.14

Keluarga Ralat Anak Kahwin Awal


Sekarang ni, sudah mula beberapa berputik trend berkahwin lepas grad. Maksud aku, on the spot lepas grad, belum bekerja, terus kahwin. Member aku sendiri pun dah ada beberapa yang dah berstatus bini/suami orang selepas grad. Malah ada yang sampai tahap “hari ini grad, esok kahwin”.

Fenomena ni ada kebaikan dan ada keburukanya. Tapi tu bukannya point aku kat sini.

Keluarga Ralat Anak Kahwin Awal


Mungkin ada sesetengah keluarga yang ralat dengan kes kahwin sebelum kerja ni. mungkin mak bapak kepada pengantin tak kisah, tapi mungkin saudara mara jauh yang ambil peduli. Mungkin mak sedara kepada pengantin perempuan pulak yang rasa tak puas hati bila anak dara tak masuk keje lagi, dah kahwin, walaupun anak teruna dah keje dah. Eh, berapa banyak mungkin da...

Kata mereka, “alah, tak sempat nak merasa kerja hidup bujang, tak sempat nak merasa gaji dalam keadaan bujang, dah nak kahwin.. bagi la puas hidup bujang dulu...

Ekceli, ini dari cerita benar. Bukan aku main reka. Aku dapat cerita-cerita macam ni dari ‘AJK mesyuarat tingkap’ kampong aku. Sekali orang kampong datang rumah ziarah mak aku, bukan diorg ziarah dengan tangan kosong, tapi datang bawak cerita sensasi. Gossip kat kampong aku ni mengalahkan gossip artis kat internet tau! Ada je cerita baru. Hehehe..

benda baik elok dipercepatkan


ijab kabul, qabul, kahwin,
akad nikah (gambar sekadar hiasan)*

So, berbalik kepada situasi macam ni, secara jujurnya aku tak kisah sangat kes-kes macam ni. sebagai contoh, aku ada adik perempuan. Dan sejak ayah dan tok sebelah ayah aku (wali mujbir) dah tak ada, aku sekarang dah jadi wali yang utama kepada diorang. Kalau jodoh diorang dah sampai walaupun tak bekerja lagi, aku kahwinkan je.

Kalau dah jodohnya dah sampai, elok permudahkan je. Lebih baik kawin awal2, dari berkepit kehulu kehilir walaupun berstatus “bujang”.

Pendapat korang plak macam mana?



p/s : aku tak ada calon lagi. Kemungkinan besar adik aku yang kahwin dulu. So, nanti bila aku bersalam ‘ijab-qabul’ buat pertama kali, bukan aku yang kahwin tapi aku mengahwinkan orang. Nak merasa feel salam akad nikah orang lain dulu, sebelum merasa feel salam untuk akad nikah aku. Hehehe...




daftar kata 

Ralat I : 1. tidak betul, keliru, salah, silap; 2. ke­salah­an cetakan (tulisan dll).

Ralat II : bp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak baik): tidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan membaca buku ini.

(sumber : kamus dewan edisi keempat)

103 comments:

  1. salam. abe kie ada kakak 3 org. mrka bekerja 2-3 thn b4 kahwin krna nak bantu parents n adik2 yg masih sek. jgn la tergesa2 nak kahwin...balas jasa ibubapa yg menyekolahkan kita sampai grad. kawal la nafsu gelenyar tu sikit, ok? Wallahualam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. okay2.. bagi saya, kalau jenis tak 'berpasangan' ni, better kalau balas jasa ibu bapa dulu... cuma masalahnya bagi yg dah 'berpasangan' ni, yg gatal kehulu kehilir tapi tak kahwin2 atas dasar x puas hidup bujan, padahal dating tak macam orang bujang. hehehe..

      bergantung kepada orang la. contoh macam kes saya ni, since x de sapa2 yg sudi nk jadi calon lagi, memang berhasrat untuk jaga mak dulu.. insyaAllah..

      Delete
    2. Saya setuju dengan pandangan Pha Is, kalau dah ada calon elok disegerakan sebelum jadi perkara yang tidak elok. Betul, perkara macam ni bergantung pada individu. Secara peribadi, bagi saya pula, saya mahu menyelesaikan perkara yang berkaitan ibadah kepada Allah s.w.t. Untuk mengawal nafsu, perbanyakan ibadah puasa.

      Rasulullah SAW telah pun bersabda, “Wahai sekalian pemuda, siapa yang mempunyai kemampuan hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa akan mengurangkan nafsunya" (Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari no. 5065 dan Muslim no. 1400).

      Delete
    3. thanks cik misstree atas perkongsian hadis..:)

      Delete
    4. Betul cakap Pha Is, kalau dah ada calon cepat-cepat la kawin. Hehe

      Betul juga cakap Abe Kie, especially kalau keluarga tak berapa nak senang, anak sulung pula, bantu ibu ayah dan adik-adik dulu kot baru kawin :)

      Tapi kalau anak sendiri, tak kisah la anak sulung ke bongsu ke, kalau dah ada yang berkenan, kawin awal la senang, tapi make sure habis study la ;)

      Delete
    5. itu betul.. cma saya rasa, kalau dah kahwin x bermakna dah x boleh tolong mak ayah langsung.. cuma mungkin tak dapat nk tolong sebanyak mana berbanding masa bujang, disebabkan tanggung jawab yg bertambah.. :)

      Delete
  2. kira kes mengankut la nie...mgkn sebab dyeorang tak matang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, lain kali pikir dulu sebelum mengangkut. heheh..

      Delete
  3. bahaha..memandangkan gejala sosial dh semakin berleluasa mmg btl bgus kawenkan aja..mulut org mmg ssh nk ttp..bg kawen awl berckp, xbg kawen nampak anak2 kehulu kehilir dgn bf,gf pun berckp jgak..aptb..dh mcm mak2 lak sy ni berckp..ekeke..kalau dh jodoh..nk wat cm ne kan..jgn pha is lak nervous nk menikahkan adik..hehehe..

    click digi 2x dan inti kat sini... ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan.. mulut orang ni... khwin lambat salah, kahwin awal salah.. ada je salah orang kan.. hmm..

      nk kahwinkan orang nk nebes pasai apa.. bukan sendiri yg kahwin.. feel dia lain.. heheh..

      Delete
  4. salam singgah..

    terpulang kpd individu utk menilai baik buruknya berkahwin awal..
    benda baik elok dipercepatkan.. ye tak?

    psttt..sy pun kawen awal gak.. blom grad da kawen.. kikikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. ikut keadaan semasa.. kalau bujang dan single (dengan erti kata sebenar, x berpasangan lagi) x pe la kalau nak enjoy hidup bujang puas2, berbakti kepada mak bapak puas2..
      masalahnya bagi yg bujang tapi tak single ni.. heheh

      waaa... tahniah..

      Delete
  5. kalau dah jodoh, dan mampu buat majlis... teruskan aje.... takut nnt terjerumus ke lembah kemaksiatan pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. ini bukan soal gatal nak menikah.. tapi dari mengaku bujang tapi tak macam bujang, baik kahwinkan terus..

      Delete
  6. terpulang kepada indivudu itu sendiri. nanti tak kawin takut terjerus plak.

    ReplyDelete
  7. lebih elok kahwin awal KALAU dah siap2 ada calon dari duk berkepit..... kan dapat memelihara agama, maruah dan keturunan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, besarnya KALAU.. hahaha.. yer yer saya faham.. saya kena kahwin lambat, boleh sara puas2 mak dulu.. heheh

      Delete
  8. Kahwin itu jadi wajib jika dapat menghalang zina... Jika tidak, lakukanlah yg sewajarnya dulu terutama membalas jasa ibu bapa... Kalau dah jodoh, teruskan...itu ketentuan Ilahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kalau tak ada keperluan untuk kahwin, better balas jasa ibu bapa dulu...

      Delete
  9. pada pendapat org tua mcm kak ni..anak2 lelaki r perempuan yg dh grad, carilah kerja elok2 dulu sebelum kahwin ..bantu keluarga yg dh brabis duit menaja pengajian selama ni..ibubapa mmg xminta dibantu anak-anak tapi xsalah meringan bebanan ibubapa kecualilah ibubapa tu kayaraya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu betul juga.. kalau boleh, bantu keluarga dulu.. bagi saya, dah kahwin pun masih boleh bantu ibubapa, cuma tak sehebat orang yg bujang la. bila dah kahwin, mungkin tanggung jawab perlu dibahagi dengan pasangan dan ibubapa. tak bermakna bila dah kahwin, lupa terus ibubapa...

      Delete
  10. ada jenis lelaki yang aku kenal, dia nak berbakti kat family dulu before nak jaga anak orang. bak kata kawan aku, 'nak bagi mak ayah puas makan duit aku dulu.'

    depends kat orang jugak akhirnya. tapi kalau dah sampai tahap membawa kepada maksiat, elok cegah daripada nak ubat. kalau tak rasa boleh kawen lagi, toksah menggatal nak berteman bagai. kot.

    masalah orang sekarang ni ada dua jenis, tak ready nak kahwin tapi nak berteman. tapi bila dah ready nak kahwin, family pulak bantah. haih.

    just my two cents :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. aku suka ayat hang.. "tak ready nak kahwin tapi nak berteman"...

      aku pun sekarang ni lebih kurang macam tu jugak. maklumlah, orang forever alone macam aku ni, memang so far tak target nk kahwin awal. boleh jaga mak aku dulu, setelkan dulu perkahwinan adik2 perempuan aku, then baru serius kot nak pikir pasal kahwin ni..

      yang aku nak tekankan dalam entri ni, masalah family yg tak berkenan anak2 kahwin awal , yang tak puas merasa gaji anak i.e. anak tak cukup lagi berjasa kepada mak bapak. tapi dalam masa yg sama, anak dah berpasangan dan memang berhasrat nak kahwin...

      macam yg ko kata, "bila dah ready nak kahwin, family pulak bantah"

      Delete
  11. dh tiba masa, kawen je lah... jgn ditangguh benda yg dituntut disegerakan :)

    ReplyDelete
  12. kahwin dan kahwin...isu hangat nie..=_="...tak tau la nak cakap kalau orang sebut pasal isu kahwin tapi diri nie masih dok pegang buku,ptptn yg sara mengaji..nak kahwin awal,takut adik beradik dan mak ayah halang..tapi kalau tak kahwin,dosa makin banyak..

    kalau putuskan hubungan,ada dua hati yang akan merana...=_="...

    sekarang orang yg dah ada calon dengan tak ada calon sama ja...yg tak ada calon,mak ayah suruh cari,kita yg anak nie pening,"aku nie tak laku langsung ka"..

    yg dah ada calon,suruh kita tunggu,"akan sampai masa itu,waktu untuk kita bersama"....

    dah tu,kita mampu buat apa ya?

    last sekali,kembali pada alam yg nyata,'off' henset,'sila pegang buku sebab final exam dah nak dekat'...

    sekian,terima kasih..=_="

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la.. isu kahwin banyak sambutan.. hehe..
      tedddiiaa.. tapi saya tak ada calon mak x suruh cari pun.. hehehe.. mak suruh jaga dia kot.. maybe nnti mak yg tolong carikan.. teettt hahaha..

      good luck untuk exam.. :)

      Delete
  13. Itu la...tpi pndangan peribadi rietta...lepas dh berjaya, bntu la keluarga...walau diri sndiri dah berkeluarga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. stuju..!!! dah kahwin x semestinya tak boleh nk bantu mak bapak langsung... masih boleh balas jasa..

      Delete
    2. guru saya pernah cakap bila seseorang bernikah rezeki bertambah-tambah .bukan 2 kali ganda tapi berganda-ganda

      Delete
    3. itu janji Allah... nabi pun dah pesan, kalau nk murah rezeki, kahwinlah.. ;)

      Delete
  14. maksud tersirat P/S tu utk cari calon ke Pha Is,.....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la.. saja nk cakap, nanti kalau keluar gambar saya duduk bersila, bersalam dengn lelaki lain dengan berpakaian baju melayu, sambil tangan kiri pegang teks nikah, itu maknanya bukan saya yang kahwin, tapi saya mengahwinkan orang.. hehehe

      Delete
    2. menjadi wali mujbir membanggakan adik perempuan dan keluarga. semoga selamat

      Delete
    3. maksud Cikna yg ni la Pha Is "p/s : aku tak ada calon lagi."..........;-)

      Delete
    4. Setuju 100% ngan p'dpt Faizal,.........;-)

      Delete
    5. x de apa2 maksud yg tersirat pun..mmg x ada calon lagi.. hehehe

      Delete
  15. Macam Pha Is kata tu zumal pun setuju, benda elok patut dipercepatkan dan dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  16. Ada juag dengar parent yang merungut.,yalah sedih pun ada jugak..especially yang parents orang susah..bertugus lumus menyara keluarga supaya anak-anak berjaya..then habis belajar terus married..parent dah hampir dilupakan coz ada family baru..tu yang dia orang sedih..apa-apa itu rencana allah kan..semoag kita semua tak lupa pada parents even after ada family sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu rasanya mungkin masalah anak itu sendiri yg cepat elupakan orang tua bila dah berkahwin.. sepatutnya, walaupun dah berkahwin, orang tua tidak dilupakan.. :)

      Delete
  17. dah jodoh nak kawin awal...kawin jelah....lagipun benda baik...

    ReplyDelete
  18. pada noe...kalau dah sampai seru nk kawin...kawin kan jer...dpd buat maksiat (walaupun hanya berpegangan tangan)...mak bapak juga tanggung dosa...buat benda baik...Allah akan bagi rezeki lepas kahwin...lepas kawin boleh juga bantu mak ayah...biasa dgr org cakap..."bagi la mak ayah merasa duit kerja anak"...pada noe tanggungjawab beri pelajaran dan tanggung anak masa belajar....adalah tanggungjawab mak ayah...lepas anak keje...n diaorg nak bagi mak ayah...itu kira bonus la...kalau anak2 nk ringankan beban mak ayah...ada juga mak ayah yg x nakkan duit...cukup sekadar anak2 menjenguk mereka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. mencegah maksiat itu lebih baik dari dibiarkan..
      pada saya, memamng anak seharusnya bertanggung jawab membalas jasa orang tua. tapi tak bermakna bila dah kahwin, dah tak boleh membalas jasa.. dah kahwin pun boleh je tolong ibubapa. nk seribu daya..

      Delete
  19. Suka dgn ayat bro ni:
    Kalau dah jodohnya dah sampai, elok permudahkan je. Lebih baik kawin awal2, dari berkepit kehulu kehilir walaupun berstatus “bujang”.

    Tapi kadang2 ada gak yg berangan nak kawin cepat dlm usia muda ni. Tp tula dlm kepala nak pk kawin je. Tp tak nak pk pasal tanggungjawab selepas kawin. Takut institusi perkahwinan goyah pulak lepas kawin nnt. Itu yg menjadi kerisauan. Elok pergi jumpa pakar kaunseling sblm nak kawin. KAUNSELING bukan hanya utk orang yg ada masalah saja.

    Apa yg penting adalah sokongan dari mak ayah, orang sekeliling dan kawan-kawan. Boleh bagi nasihat secara percuma. Dan yg lebih jgn lupa tanggungjawab pada ibu bapa selepas kawin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu maknanya persediaan x ada, hanya pikir angan2 dan bahagia kahwin je, x pikir susah-senang selepas kahwin.. then, tak bersedia nk kahwin, tapi dah gatal nk berteman.. itu masalahnya..
      betul, kaunseling antara langkah yg boleh diambil.. yg penting sokongan dan bimbingan ibubapa.. x de la bila dah kahwin, terkontang kanting x tahu nk buat apa. sekurang-kurangnya ada tempat untuk dirujuk.. :)

      Delete
  20. takat saudara je yg ralat xpe la. tp bg aku, kalo dah ada couple tu, elok dipercepatkan je perkahwinan diorang.

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum... pha,

    kalau tangguh perkahwinan kerana ibu bapa.. mselim3 pun kahwin lewat gak,.. hehehe. Byk faktor... kekadang masalah kewangan dan kekadang komitmen dengan keluarga (ibu bapa). xper pha... lepas kahwin ibu-bapa tetap no.1 yer tak?

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..
      betol2.. dah kahwin x permakna ada alasan untuk melupakan orang tua.. dah kahwin pun masih tetap bertanggung jawab untuk balas jasa mereka.. :)

      Delete
  22. Kenalah amik kira.. kalau mak dengan ayah bukan dari kalangan orang yang senang, eloklah berbakti dulu pada mereka sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.. bila kewangan dah agak stabil.. teruskanlah niat tu.. tapi kalau hidup pun mak ayah yang tanggung camane nak jaga anak orang..
    Tengok pada family dulu, jangan peduli apa kata jiran, apa kata sedara.. yang susah kita.. yang senang pun kita dan keluarga kita.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kalau macam saya yg forever alone ni, mmg patut buat macam tu dulu.. cuma bagi yg dah berkepit kehulu kehilir dalam status bujang ni, baik dikahwinkan terus.. dah kahwin pun masih boleh balas jasa orang tua.. dah kahwin x bermakna ada alasan untuk melupakan mereka..

      Delete
  23. Benda baik eloklah dipercepatkan..dah kawin bantulah ibu bapa kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. dah kahwin x bermakna dah x boleh balas jasa orang tua..

      Delete
  24. sebab tu la jangan bercinta masa belajar..sebab bila bercinta masa belajar mesti terpikir pasal nak kawen.,akak memang tak boleh terima orang bercinta masa belajar...kesian kat mak ayah.balas dulu jasa mak ayah lepas baru fikir pasal jodoh ni..

    tapi tu la..jodoh ni Allah yang tentukan.siapa lah akak ni untuk bercakap macam ni..kan..cuma pandangan peribadi saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg x betol, bercinta kemudian asyik dengan cinta sehingga lupakan orang tua. tak kira la bercinta ka, x bercinta ke, dah kahwin , belum kahwin ke, tetap kena balas jasa orang tu. itu tanggug jawab kita sebagai anak.. :)

      Delete
  25. laki ni atleast cari laa keja dlu sblm nk kawin. hg nk bg ank org mkn apa lau xdak keja? haha. psl pmpuan tu xdak mslh. klau dh kawin tp xkeja lg, sptutny suami tu kna bg duit kt family pmpuan tu sama laa. just pendapat aku laaa hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. jarang nk jumpa hg komen kat sini. hahaha...

      itu betol. yg aku maksudkan dalam kebanyakan kes disini, dah bekerja, tapi terus nk kahwin. sebab ada sesetengah orang kata 'bagi orang tua puas makan jagi kita dulu', macam yg izzah kata tu..

      aku pun rasa macam tu jugak. since duit isteri tak wajib bagi pada suami, boleh jugak sara family guna duit tu since diri sendiri suami boleh tanggung. so, untuk anak perempuan, aku rasa tak de masalah kalau kahwin awal2.

      mgkin bagi anak lelaki macam kita ni, bila dah kahwin, duit nak guna untuk sara anak bini, so, mungkin peruntukan untuk parent akan kurang kalau dah kahwin, berbanding bujang.

      Delete
  26. Kalau bole, lepas grad tu cari la keje yang stabil dulu, elakkan pergantungan yang 'melampau' pada suami... dan sambil tu bantu la parents ape yg terdaya, lebih2 lagi kalau family bukan dari kalangan org senang dan adik beradik ramai lagi yg masih belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebolehnya, elok la kalau buat macam tu.. tapi bagi saya, kalau dah kahwin sekalipun, tanggung jawab sebagai anak seharusnya tak dilupakan..

      Delete
  27. Wah, siap ada rujukan kamus Dewan lagi ya. Betul, kalau itu pilihan yang terbaik, kahwinkan saja dengan pasangannya tu.

    P/S: Saya dah poskan buku Pha Is petang tadi, mungkin esok petang dah boleh dapat. Terima kasih ya atas sokongan yang diberikan. Selamat membaca.

    ReplyDelete
  28. pada pendapat zizie, depends..
    kalau dibiarkan lama2 takut menjadi kemungkaran, eloklah dipercepatkan.
    tapi, kalau ada goal tersendiri, biarlah dipenuhi dahulu impiannya..
    memang jadi trend kahwin awal ni skrg.. tapi, tak semestinya ia bagus untuk diaplikasikan kepada setiap pasangan..

    p/s : zizie klik digi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju... jangan kahwin awal kerana ikut trend, tapi kahwin la bila dah bersedia, demi mencegah perkara yg lebih mungkar iaitu maksiat.. :)

      Delete
  29. dah ada calon n bajet, kawen jela, tak rugi apa2 pun ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kahwin je.. x bermakna bila dah kahwin, x boleh balas jasa orang tua..

      Delete
  30. menabung di sini..Inti + Libresse :)

    ReplyDelete
  31. kawin awal lagi better. tak perlu rasanya nak grand2. cukup akad nikah kann . ralat or tak larat. bercinta selepas nikah lagi high class n yg pnting mereka mampu tanggung khidupan selepas khwin ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. cukup ambil yg wajib.. yg lain kalau berkemampuan, silakan..
      isu ralat tu, mungkin ibubapa fikir bila anak dah berkahwin, diorg dah x dapat nk balas jasa mereka..

      Delete
  32. pilihan terletak pada diri masing-masing dan takdir Allah yang menentukan. Kalau jodoh awal, elok juga sbb dalam Islam pun digalakkan kahwin awal. tapi kalau keje dulu pun okay je boleh simpan duit lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada 'orang menunggu', better kahwin terus, sbb bnda baik elok dipercepatkan..

      Delete
  33. Kahwin awal atau lambat sama je.. orang kata kalau dah ada jodoh tu tak lari ke mana *ecehceh* hahaha..

    ReplyDelete
  34. Klu berkemampuan.. maksud saya bukad dari segi kewangan semata2. Tp berkemampuan kpd kedua2nya utk merancang & menempuh kehidupan bersama, lebih baik kahwin je. Mmg dunia skrng ni bnyk yg khuatir utk kahwin awal disebabkan cabaran utk menanggung kehidupan. Tp, bila dah jodoh.. Allah pasti berikan rezeki juga sbb jodoh tu DIA yg aturkan. In shaa Allah.. klu mampu kahwin je.. lagi bagus.. :)

    ReplyDelete
  35. Ya, kalau dah jodoh dan yang penting mampu, kahwinkan saje... dari berkepit kehulu kehilir... InsyaAllah, rezeki ada selepas berkahwin...
    Ps: K nrl dulu pun adik yang jadi wali... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. mencegak maksiat itu lebih penting..
      waa... adik jadi wali.. hebat adik k nurul..

      Delete
  36. semoga selamat...perkara baik memang patut disegerakan..

    ReplyDelete
  37. Semoga Pha Is mendapat jodoh yang terbaik buat diri sendiri

    ReplyDelete
  38. Replies
    1. yup.. yg penting, dah kahwin nnti jangan lupa plak jasa orang tua..

      Delete
  39. Wah entri menarik nie
    Semangat lak cik akak baca
    Baguslah kalau ada niat nak balas jasa ibu bapa dulu tu dik hihi
    Ini lah salah satu fakta cik akak lambat kawen hihi Ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tu,, kalau bab kahwin, mesti semangat punya.. hehehe.
      tapi kalau jodoh dah sampai, jangan ditunggu2. hehehe

      Delete
  40. nak kawin awal boleh, jangan cerai pun awal sudah la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. itu betol.. jangan fikir seronok kahwin je.. fikir sama asam garam, susah perit dah kahwin nnti..

      Delete
  41. haha.. janji dh dpt adik ipar yg sah kan. selamat mengakadkan nikah

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, mana dapat lagi.. saja je cakap macam tu, intuk masa depan nnti.. heheh

      Delete
  42. kite x leh nak tutup mulut orang
    lama2 penat la dorang hihi

    actually terpulang pada persepsi masing2
    ada pro & con nya,

    well semuanya berbalik pd rezeki
    ada yg kawin after grad terus dpt kerja
    ada yg kawin after grad masih lg menganggur
    *experience from closes relative
    so tepuk dada tanya iman
    dah mampu ke nak pikul tanggung jawab
    jangan sampai menyusahkan parents pula nanti

    perkahwinan ni mcm gamble
    untung sabut timbul, untung batu tenggelam
    so positif dan doakan terbaik
    sbb masing2 rezeki dia lain
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teddiia.... bila cik syazana berhujjah.. hehehe..
      betol2..

      Delete
  43. zaman sekarang elok sgt dinikahkan awl..haishh gerun sgt tgk ank muda2 skrg ni..bercinta lebih dri org dh kawen..nauzubillah, mnta djauhkn dri ketrunan2 kita..

    jemput singgah sini http://bit.ly/1n6gNLZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. buat bnda mengalahkan orang kahwin.. :)

      Delete
  44. betul jugakkan.....mungkin kawin awal ni ada baik dan buruknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada baik dan buruknya, bergantung kepada individu dan keadaan.. :)

      Delete
  45. betul . kalau mampu kahwin awal tu lagi bagus .
    tapi nak ambil kata putus nak kahwin awal tu biarlah betul2 , bukan2 sekadar trend .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol tu.. jangan kahwin kerana trend.. kahwinlah kerana bersedia..

      Delete
  46. Betul tu , kalau orang tu mampu kahwin awal . Tak macam kita , belum mampu lagi , kena kerja dan cari duit dulu . HUHU .

    ReplyDelete