Sekarang ni, sudah mula beberapa berputik trend berkahwin lepas grad. Maksud aku, on the spot lepas grad, belum bekerja, terus kahwin. Member aku sendiri pun dah ada beberapa yang dah berstatus bini/suami orang selepas grad. Malah ada yang sampai tahap “hari ini grad, esok kahwin”.

Fenomena ni ada kebaikan dan ada keburukanya. Tapi tu bukannya point aku kat sini.

Keluarga Ralat Anak Kahwin Awal


Mungkin ada sesetengah keluarga yang ralat dengan kes kahwin sebelum kerja ni. mungkin mak bapak kepada pengantin tak kisah, tapi mungkin saudara mara jauh yang ambil peduli. Mungkin mak sedara kepada pengantin perempuan pulak yang rasa tak puas hati bila anak dara tak masuk keje lagi, dah kahwin, walaupun anak teruna dah keje dah. Eh, berapa banyak mungkin da...

Kata mereka, “alah, tak sempat nak merasa kerja hidup bujang, tak sempat nak merasa gaji dalam keadaan bujang, dah nak kahwin.. bagi la puas hidup bujang dulu...

Ekceli, ini dari cerita benar. Bukan aku main reka. Aku dapat cerita-cerita macam ni dari ‘AJK mesyuarat tingkap’ kampong aku. Sekali orang kampong datang rumah ziarah mak aku, bukan diorg ziarah dengan tangan kosong, tapi datang bawak cerita sensasi. Gossip kat kampong aku ni mengalahkan gossip artis kat internet tau! Ada je cerita baru. Hehehe..

benda baik elok dipercepatkan


ijab kabul, qabul, kahwin,
akad nikah (gambar sekadar hiasan)*

So, berbalik kepada situasi macam ni, secara jujurnya aku tak kisah sangat kes-kes macam ni. sebagai contoh, aku ada adik perempuan. Dan sejak ayah dan tok sebelah ayah aku (wali mujbir) dah tak ada, aku sekarang dah jadi wali yang utama kepada diorang. Kalau jodoh diorang dah sampai walaupun tak bekerja lagi, aku kahwinkan je.

Kalau dah jodohnya dah sampai, elok permudahkan je. Lebih baik kawin awal2, dari berkepit kehulu kehilir walaupun berstatus “bujang”.

Pendapat korang plak macam mana?



p/s : aku tak ada calon lagi. Kemungkinan besar adik aku yang kahwin dulu. So, nanti bila aku bersalam ‘ijab-qabul’ buat pertama kali, bukan aku yang kahwin tapi aku mengahwinkan orang. Nak merasa feel salam akad nikah orang lain dulu, sebelum merasa feel salam untuk akad nikah aku. Hehehe...




daftar kata 

Ralat I : 1. tidak betul, keliru, salah, silap; 2. ke­salah­an cetakan (tulisan dll).

Ralat II : bp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak baik): tidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan membaca buku ini.

(sumber : kamus dewan edisi keempat)