3.3.17

Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking

Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking


Previously > Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet

Sila rujuk entri sebelumnya, Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet untuk berita penuh. sory aku terpaksa nak kena bahagi beberap part sebab kalau nak lumsum dalam 1 entri, panjang sangat.

Okay, back to the topic, kelengkapan hiking kinabalu ni sebenarnya bergantung kepada individu. Ada yang perlukan semua ni, ada yang kalau tak ada pun, boleh hidup. Tengok sama ada korang ni jenis tahan sejuk atau tak, atau korang jenis yang prepare the worst atau jenis yang simplest.

Kelengkapan hiking


So, list aku ni tak valid untuk semua orang. Ikut diri masing-masing. Antara kelengkapan yang kena sediakan termasuklah.


Headlamp
wajib sebab hari ke-3 korang sambung pendakian pukul 2 pagi

Penutup muka / scarf
aku bawak topeng orang mesin rumput tu. macam penyangak pun ada. aku beli kat Mr D.I.Y

scarf leher
aku tak bawak pun.

T-shirt
aku bawak dan pakai 1 je. Tapi aku pakai lengan panjang siap-siap. Kalau tak tahan sejuk, bawak lebih


Baju sejuk
aku rasa macam wajib sebab sejuk sangat, kat check point laban rata (trail km ke-6 daripada total 9km) pun dah 2 darjah celcius. Tapi ada member aku cerita dia naik pakai wind breaker je.  Tapi mat saleh yang tahan sejuk tu pun semua pakat pakai baju sejuk tebal-tebal kat atas.

Nak murah, aku cari kat kedai bundle je. Nak pakai sekali tu je. lain la korang jenis selalu melancong oversea.

Seluar
aku bawak dan pakai 1 tracksuit je. Member aku si Affan rekomen bawak sekali dengan seluar jean yang tebal dan stretchable (jean campuran spandex) untuk pakai masa hari kedua pendakian (day-3) sebab nak bagi tahan sejuk. ada orang suggest pakai 2 lapis. so, depends.

Affan pakai jeans je

member aku si Akhmal dia pakai seluar hiking yang dia beli online. katanya memang selesa walaupun sejuk kat atas.

Glove
sejuk wei! macam wajib je.

Stoking
bawak spare, takut hujan dia x sempat kering. Nanti sejuk

Kasut
recommended kasut getah a.k.a “adidas kampong”. Tapi aku pakai kasut sukan biasa je. Kalau tak hujan okay je.

Baju hujan
prepare poncho pun dah okay. Ringan, murah. Just in case

Ubat-ubat
kami naik semua empat2 orang pening kepala!

Power bar
bajet lebih, beli yang kat kedai orang gym beli potein tu. Kalau tak, takat cokelat mars or sneakers pun memadai. Bagi aku la

Water bladder.
Nak pakai botol air pun boleh, tapi yang ni aku sangat recommended.beli yang 2 atau 3 liter. Bergantung kepada korang sama ada jenis banyak minum air atau tak.

Air
aku bawak 1.5liter letak dalam water bladder, tak cukup. 2 liter okay kot. Depends

next >> Hiking Kinabalu Part 3 | Itinerary 

36 comments:

  1. sekali fikir macam teringin nak naik. mai part empat empat orang naik semua pening kepala tu yang dok pikiaq 2-3 kali. kami berdua jenis suka sakit kpala. duhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. cubaan dan dugaan tu bnda biasa dalam kehidupan.. apatah lagi dalam pendakian.. ewwah.. hahaha

      Delete
  2. Keperluan mendaki perlu lengkap segalanya..kalau x pndg jelah gunung Kiabalu tu

    ReplyDelete
  3. semakin ramai yang gemar hiking sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. hobi ni dah macam trend dah pulak.. hehehe

      Delete
  4. Teringin nak pergi hiking dekat sini tapi since kejadian yang dulu tu mesti mak tak bagi nak pergi sini.

    ReplyDelete
  5. Impian ni nak hiking kat sini. Tp, masalahnya dah lama pulak tinggal hiking nii. Pancit sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tempah permit tu lambat.. sementara tu boleh slow2 ptaktis balik.. hehehe

      Delete
  6. banyak kena prepare bila nak naik atas tu...bagus share pha is..

    ReplyDelete
  7. banyak juga kelengkapan yang perlu yea....

    ReplyDelete
  8. PS : ibu emas tu untuk suri rumah yang bawah umur 60 tahun...

    ReplyDelete
  9. power bar tu boleh try protein shaklee. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. protein shaklee ada yang bentuk cokelat bar ke?

      Delete
  10. lama kina tinggalkan dunia berblog ni.rindu rasanya nak kunjung mengunjung

    ReplyDelete
  11. Bagus panduan n ;) Bila entah nak sampai Sabah pulak. Hehee

    ReplyDelete
  12. bestnya hiking hehe sy orang sabah tapi belum pernah hiking mount kinabalu ni..takutla hehe

    ReplyDelete
  13. terbayang kesejukannya..pas ni mendaki mana lagi?adidas kampong tu yang macam kasut menoreh tu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan saya si affan tu next target dia kat checkpoint himalaya, di gunung everest..

      Delete
    2. ya betol! kasut getah yang orang bawak pergi meroreh tu..

      Delete
  14. sejuk tuuu... hmpr sm sejuk ms sy kt london ... berat x beg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... mmg sejuk..
      beg saya bawak yang simple2 je, x berat..

      Delete
  15. 2 celcius tu memang sejuk laaa.. perghh boleh pakai jeans saja. hahaha
    xlama jd blogger daki sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kawan yg pakai jeans.. saya pakai tracksuit biasa yg nipis tu je.. hahaha.. rilex je x sejuk sbb kaki buat kerja nk panjat tangga.. x rasa dah sejuk.. rasa penat ja.. hahaha

      Delete
    2. hahaha.. wow memang jenis tahan sejuk ni. nasib lah selamat smuanya

      Delete