Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking


Previously > Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet

Sila rujuk entri sebelumnya, Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet untuk berita penuh. sory aku terpaksa nak kena bahagi beberap part sebab kalau nak lumsum dalam 1 entri, panjang sangat.

Okay, back to the topic, kelengkapan hiking kinabalu ni sebenarnya bergantung kepada individu. Ada yang perlukan semua ni, ada yang kalau tak ada pun, boleh hidup. Tengok sama ada korang ni jenis tahan sejuk atau tak, atau korang jenis yang prepare the worst atau jenis yang simplest.

Kelengkapan hiking


So, list aku ni tak valid untuk semua orang. Ikut diri masing-masing. Antara kelengkapan yang kena sediakan termasuklah.


Headlamp
wajib sebab hari ke-3 korang sambung pendakian pukul 2 pagi

Penutup muka / scarf
aku bawak topeng orang mesin rumput tu. macam penyangak pun ada. aku beli kat Mr D.I.Y

scarf leher
aku tak bawak pun.

T-shirt
aku bawak dan pakai 1 je. Tapi aku pakai lengan panjang siap-siap. Kalau tak tahan sejuk, bawak lebih


Baju sejuk
aku rasa macam wajib sebab sejuk sangat, kat check point laban rata (trail km ke-6 daripada total 9km) pun dah 2 darjah celcius. Tapi ada member aku cerita dia naik pakai wind breaker je.  Tapi mat saleh yang tahan sejuk tu pun semua pakat pakai baju sejuk tebal-tebal kat atas.

Nak murah, aku cari kat kedai bundle je. Nak pakai sekali tu je. lain la korang jenis selalu melancong oversea.

Seluar
aku bawak dan pakai 1 tracksuit je. Member aku si Affan rekomen bawak sekali dengan seluar jean yang tebal dan stretchable (jean campuran spandex) untuk pakai masa hari kedua pendakian (day-3) sebab nak bagi tahan sejuk. ada orang suggest pakai 2 lapis. so, depends.

Affan pakai jeans je

member aku si Akhmal dia pakai seluar hiking yang dia beli online. katanya memang selesa walaupun sejuk kat atas.

Glove
sejuk wei! macam wajib je.

Stoking
bawak spare, takut hujan dia x sempat kering. Nanti sejuk

Kasut
recommended kasut getah a.k.a “adidas kampong”. Tapi aku pakai kasut sukan biasa je. Kalau tak hujan okay je.

Baju hujan
prepare poncho pun dah okay. Ringan, murah. Just in case

Ubat-ubat
kami naik semua empat2 orang pening kepala!

Power bar
bajet lebih, beli yang kat kedai orang gym beli potein tu. Kalau tak, takat cokelat mars or sneakers pun memadai. Bagi aku la

Water bladder.
Nak pakai botol air pun boleh, tapi yang ni aku sangat recommended.beli yang 2 atau 3 liter. Bergantung kepada korang sama ada jenis banyak minum air atau tak.

Air
aku bawak 1.5liter letak dalam water bladder, tak cukup. 2 liter okay kot. Depends

next >> Hiking Kinabalu Part 3 | Itinerary