Hiking Kinabalu part 3 | Itinerary


Hiking Kinabalu part 3 | Itinerary 


Previously >> Hiking Kinabalu part 2 | Kelengkapan hiking

So, kalau sebelum ni kita sembang pasal bajet dan kelengkapan, kali ni kita sembang pasal itinerary dan perjalanan sepanjang hiking Kinabalu kami baru-baru ni.

Kami ambik pakej 3 hari 2 malam. Pakej ni aku rasa cun-cun je. Tak kalut sangat, tak rilex sangat. Hari 1st, korang Cuma daftar je, tak buat apa-apa lagi. Mula mendaki gunung kinabalu ni lepas hari kedua dan ketiga. Turun sekerat hari je.

Basically, tempoh pendakian adalah :

Mendaki : 6 jam + 3 jam
Turun : 1 jam setengah + 3 jam

(dua sesi sebab rehat di Laban Rata, kira-kira km ke-6 pendakian dari total hampir 9km trail.)

Tapi, ikut orang jugak. Yang stamina kuat, cepat je ambik masa. Yang slow macam aku ni, naik mula-mula tu yang sepatutnya 6 jam dah ambik masa 7 jam. Tapi, turun yang 3 jam aku ambik masa 2 jam 40 minit. Berlari!

Itinerary pendakian


Kat bawah ni Itinerary penuh sepanjang pendakian kami

Day 1

10am - bertolak dari penang airport

1.30pm – tiba di lapangan terbang kota kinabalu. lunch, dan bertolak dari dataran bandaraya ke kinabalu park.

dari dataran bandaraya ke kinabalu park naik van ni je.


4pm – check in di kinabalu park (check in after 2pm). Kalau sampai sebelum pukul 5pm, boleh setel siap-siap register dan bayaran untuk climbing fees (rujuk entri Hiking Kinabalu Part 1 | Bajet) tu, kat sabah park office. Kalau tak, boleh buat esok pagi.


7pm – diner buffet macam makan kat hotel, then tidur kat bilik yang ada siap dengan unggun api. Dah bayar mahal kan.. ahahaha..



Day 2

8am – breakfast dan ambil packed lunch untuk makan tgh hari masa hiking nanti. Bertolak ke pintu masuk kaki gunung kinabalu, (Timpohon Gate) dengan kenderaan yang disediakan.

tengah tu mountain guide kami, namanya Alfred
rasa macam jadi Bruce Wayne plak sebab ada butler nama Alfred. hahha..
aku rasa dia kristian (aku rasa la, based from nama dia) tapi sebelum pendakian, dia suruh baca doa. bagus tak beliau?

9am – baca doa dan mula mendaki.

1pm – berhenti lunch di layang-layang check point. Then sambung perjalanan

4pm – tiba di Laban rata a.k.a Panabalan di km ke-6.  (sepatutnya 3pm. Kami slow sikit) Check in di hostel.

4.30pm -  early diner, rehat dan tidur.

Day 3

2am – bangun tidur, makan early supper.

3am – sambung pendakian

6am - Tiba di puncak Gunung Kinabalu, rehat dan bergambar

kinabalu dalam duit kertas seringgit versi yang sebelum ini.
ini Akmal, tapi kami panggil dia Lolo sejak dari form 1 sampai sekarang.
status : berkahwin anak 1
plaster hidung tu sebab sejuk sangat sampai hidung tersumbat.

7am - bertolak turun

8.30am - tiba di Laban Rata, rehat, breakfast

10am - check out dari Laban rata dan mula sambung perjalanan turun ke kaki gunung

1pm - tiba di pintu masuk Timpohon. bertolak ke pintu masuk Kinabalu Park dengan kenderaan yang disediakan. (kalau sampai lepas pukul 4pm, akan di-charged setiap jam korang lambat)

1.10pm - tiba di pintu masuk Kinabalu Park, ambil beg dan lunch!

3.30pm - bertolak ke dataran bandaraya Kota Kinabalu.

5.30pm - tiba di dataran bandaraya, bertolak ke Kota Kinabalu airport.

7pm - berlepas dari Kota Kinabalu Airport



Itinenary ni apa yang member aku si Lolo ni buat. memang dia turun kinabalu tu terus pergi airport terus balik KL sebab dia ada hal family kena balik awal. maklumlah, orang dah berbini dan dah ada anak la katakan..

Kami yang lain, yang masih bujang senang ni, rilex2 dulu tido hotel kat KK, esok tu pusing2 KK sikit, Cuci mata tengok tempat orang, tengok orang  dan beli cenderamata sikit, then baru berlepas balik sebelah malam. tak kalut sangat.

okay, cukup dulu takat ni. kalau entri part 1, 2, dan 3 lebih kepada info dan fakta apa yang berlaku, next part, next entri ni cerita pasal pengalaman plak, apa yang aku rasa sepanjang pendakian kami hari tu.

Next >> Hiking Kinabalu part 4 | nota pendakian (cooming soon)

Comments

  1. haha..iti orang dah berkeluarga jangan diikutkan.tahniah dah sampai puncak kinabalu.Alfred tu rilek je pakai seluar pendek.dah biasa katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. har1 pertama pendakian je dia pakai short.. starthari kedua hiking, dia pun pakai seluar panjang.

      Delete
  2. Good info. Suka baca entry ₽asa|hiking...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kira hikers jugak la nih.. hahaha

      Delete
  3. wahhh! dah sampai dah dia eh...huihh...kalau sally nak hiking, kena tempat yg dalam jiwa meronta nak g je...semput nak oii

    ReplyDelete
  4. best nya dah sampai di puncak kinabalu..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah smpi jua... nnt kalu sy nk hiking sy pinjam iti ni ya tp ejas2 laa sbb x de family lg hehehe

    ReplyDelete
  6. alhamduliullah hebatnya, saya selalu kagum dengan mereka yang suka kembara camni

    ReplyDelete
  7. akhirnya sampai juga ke Gunung Kinabalu.

    ReplyDelete
  8. Tahniah! salah satu wishlist dah tercapai kan??

    ReplyDelete
  9. perghhhh abam pha is daki gunung la. hahaha
    next time daki luar mesia pulak. amacam

    ReplyDelete

Post a Comment