Jelajah Raya 2016 | Prestasi Yamaha R25 Teruji

Alhamdulillah, raya tahun ni agak memorable bagi aku sebab aku tekad ride motosikal Yamaha YZF R25 aku tu a.k.a. Gadis Bertudung Biru ke kelantan secara solo. Maklumlah, tuan dia ni pun solo lagi.. *Ehem* Lone rider la katakan..

gadis bertudung biru


Praktis Layan Corner


Fuh, Layan beb.. Dengan ptotective gear macam pad lutut, siku, etc.. Tapi aku tak de la lagi sampai seret lutut. Cuma praktis "meleper" sikit-sikit je.. Budak baru belajar la katakan.

jaket tu satu-satunya "baju raya" yang aku beli untuk tahun ni. yang lain semua recycle baju tahun lepas punya. (duit bonus habis kat sini je)  

Lagipun, masa ni la aku nak test performance motosikal Yamaha YZF R25 aku tu cukup-cukup. So far, aku puas hati la kalau stakat layan corner dan naik turun bukit sepanjang lebuh raya timur barat tu.

Handling senang, ringan. Dah boleh bajet tak makan jalan orang. Kelajuan? hmm.. Boleh la.. Laju-laju sangat time layan corner ni bahaya.. Lain la kalau jalan straight. Yang tu baru seronok kejar top speed.

minyak pun okay la. 1 tangki cukup untuk bawak dari penang ke kelantan. bukan jenis bawa slow-slow cara nak jimat minyak. bawak macam orang nak terberak tengah jalan. Dapat la dalam 1 jam dari stesyen minyak Shell Jeli ke simpang 4 Gerik (kari kepala ikan). newbie lagi...

Menghadiri Jemputan Kenduri


Selain tu, ada beberapa lagi sebab kenapa aku nak beraya di Kelantan sebenarnya. Antaranya nak menghadiri jemputan kenduri kahwin rakan sekuliah aku masa aku belajar farmasi di USM dulu. Demi sesuap nasi minyak, sanggup aku merempit merentasi Banjaran Titiwangsa tau! hahaha..

dari kiri : Jemey, Pha Is, Helmi&Ilyani, dan Izreen


Beraya di Rumah Sahabat


Raya tahun ni aku berkesempatan beraya di rumah sahabat Kelantan yang sebelum ni aku tak pernah jejak lagi kaki kat rumah diorang. Antaranya rumah Jemey (usm), Nazri (matrikulasi dan usm), dan Hafiz (plkn).

akhirnya, berjaya jumpa sahabat PLKN. kat rumah beliau masih tergantung kemas gambar kami kat plkn dulu.



Comments

  1. patot jalan jauh.. nak bawah awek tudung biru tengok negeri cek mek rupanyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambil ushar cek mek klatey.. hahaha

      Delete
  2. wah kembara jauh kali ni...sronok kan jmpa kwn kwn....

    ReplyDelete
  3. hamboi jauh bw gadis bertudung biru jenjalan..takde jumpe cik ct wan kembe ke kat kelate nuuun..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hok cik siti wan kembang x jupo.. hok tubik, cik siti wan kecut ja.. hahahaha

      Delete
  4. ehem2..puhhh..bergetar tulng blkng tgk gadis brtudung biru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bergetar tulang rusuk tu okay lagi.. tapi ni sampai dah tahap bergetar tulang belakang ni, parah dah nih.. hahaha

      Delete
  5. selamat hari raya bro. jem tak gi kelantan hari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya..
      jem teruk jugak la.. nasib baik moto.. klau kereta x bergerak langsung.. hahaha

      Delete
  6. wee weiitt..raya dgn partner baru..mengancam habis!!!

    ReplyDelete
  7. gadis bertudung biru yg sgt menawan

    ReplyDelete
  8. selamat haro raya Pha Is..maaf zahir n batin....kosong-kosong eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat harO raya jugak.. eh.. hehehe

      Delete
  9. lg menggoda dan tergoda klaau ada yg bonceng kat belakang :-)

    ReplyDelete
  10. wah dah membelah puncak titiwangsa....
    semoga lebih banyak lagi puncak dapat ditawan.

    seronok juga jumpa balik kawan-kawan lama ni...eratkan siratulrahim

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. amiin..
      tapi saya x tawan puncak.. cuma tawan laluan lereng bukit ja..

      Delete
  11. Hebat, beli jacket utk baju raya :)

    ReplyDelete

Post a Comment