bekam darah di kepala. boleh tahan banyak darah yang keluar.

Kalau dalam entri yang lepas, akua da share tentang statistic serangan cluster headache aku, kali ni aku nak share pula pasal ikhtiar yang aku lakukan untuk merawat cluster headache aku tu.

Bekam | Ikhtiar Rawatan Migraine

Dah ramai sebelum ini yang cadangkan untuk aku lakukan rawatan bekam kepala. Dan kebetulan, aku ada kenalan yang ada buat perkhidmatan berbekam. Jadi, aku pun cuba berbekam dengan dia.

Aku berbekam di kawasan belakang badan dan kepala. Banyak cup jugak. Aku tak kira pun berapa cup sebab tengah tahan sakit masa berbekam tu. Hahaha. Sebenarnya, tak ada la sakit sangat. Mungkin sebab aku “terkejut” masa tu, sebab baru pertama kali berbekam.

Tapi kawan aku cakap, dia buat 21 cup untuk bekam keluarkan darah. Selebihnya banyak cup lagi, tapi sekadar “bekam angin” tanpa toreh kulit. Boleh tahan banyak jugak untuk orang yang first time macam aku. Hahaha.

bekas toreh bekam. bukan jenis cucuk tapi toreh dengan pisau

Hasilnya, Alhamdulillah, sejak berbekam, serangan cluster headache aku pun berhenti untuk cluster kali ini. Tunggu pulak cluster yang akan datang tengok, sama ada dah stop terus ataupun tak.

bekas bekam. terpaling bekam. hahaha..

Kalau kena serangan cluster headache lagi nanti, aku try bekam lagi. Semoga seketul Pha Is sabar menahan sakit berbekam nanti. Hahahaha..