Posts

Showing posts from December, 2017

Wajib Try! NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang

Image
Ramai yang tahu kalau sebut je pasal kacang phool, mesti ingat negara  negeri Johor. Tapi tahukan korang yang kat Penang pun sudah ada Kacang Phool "Penang Style"? Jadi, kalau korang singgah Penang dan nak rasa makanan penang, NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool ni patut masuk dalam list korang. NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang Senang je nak cari kedai ni. Korang boleh waze atau search google map "NAZZEERAS' Roti Bakar Kacang Phool Penang", insyaAllah jumpa. Kedai dia terletak di kawasan Tanjong Tokong, Penang, antara Gurney dan Tanjung Bungah. (coordinate 5.452354, 100.308441) Sampai je aku kat sana, first impression je dah nampak sangat yang makanan kat sini sedap sebab pelanggan ramai tak kira bangsa! Aku tak sure kat negeri lain macam mana, tapi kat Penang kalau pelanggan dia lebih dari 1 jenis kaum, maksudnya konfom sedap! Homade Kacang Phool Yes. Kacang Phool yang dihidangkan disini adalah homade. dihidangkan dengan pil

Tak semua yang indah perlu digambarkan

Image
Tak semua yang indah perlu digambarkan Baru-baru ni agak heboh berkenaan larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk berswafoto di perkarangan masjid al-haram dan masjid nabawi. Aku agak hairan sedikit sebab setahu aku, bukan dari dulu lagi ke kerajaan arab Saudi dah larang orang bergambar dalam kawasan masjidil haram? Entahlah. Kalau tak silap aku la. Larangan Swafoto Di Dua Masjid Suci Pointnya, dengan perkhabaran ini, ada yang sedih, ada yang marah, ada yang bangkit isu wahabi. Hahaha. Tapi aku tak rasa terkesan sangat dengan larangan tu. Personally aku rasa selfie atau berswafoto kat sana tak salah , cuma macam tak ada keperluan sangat pun. Bagi aku la. takut jadi isu lain. takut riak.atau takut disalah gunakan. Aku tak kata konfom riak. cuma takut je...   Tak semua yang indah perlu digambarkan Betul, aku suka ambil gambar, aku suka berada di belakang kamera berbanding di depan. (rujuk entri Belakang Kamera ). Tapi kadang-kadang, bila moment tu t